Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ikan Masin Nasi Goreng ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Masin Nasi Goreng:
=1 cawan nasi
=1 ulas bawang merah (cincang lumat)
=2 ulas bawang putih (cincang lumat)
=2 tangkai sayur sawi
=1 biji telur
=knorr pasti sedap/maggi cukup rasa/garam (secukup rasa)
=1 sudu kecil sos tiram
=1 keping ikan masin tenggiri papan in oil (goreng dan hancur2kan tp jgn terlalu hancur)
Cara Membuat Resepi Ikan Masin Nasi Goreng:
1) tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2) masukkan telur dan sayur sawi.masak seketika.
3) masukkan nasi dan tambahkan knorr pasti sedap.perasakan secukupnya.
4) masukkan ikan masin,gaul sebati.tutup api.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi nasi goreng ikan masin
myrujukan says
Aku suka nasi goreng ikan masin nih
Hairul Hissam says
Sedap dan menyelerakan nasi goreng ikan masin niee..