Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ayam Kicap Cendawan Coca Cola ini kiriman . Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ayam Kicap:
=1 keping dada ayam – (potong kecil/ikut suka -perap dgn sedikit kicap cair,sos tiram,serbuk lada sulah dan tepung jagung)
=2 kuntum cendawan shitake (rendam,hiris memanjang)
=2 ulas bawang putih -saiz kecil (cincang halus)
=1 cm halia (cincang halus)
=1 sudu kecil kicap pekat (optional)
=1/2 sudu kecil kicap cair
=1 sudu kecil sos tiram
=1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
=1/2 cawan coke
=1/2 sudu kecil cuka
Cara Membuat Resepi Ayam Kicap:
1) goreng ayam yang telah diperap separuh garing.angkat dan ketepikan.
2) tumis bawang putih,halia dan cendawan hingga naik bau.
3) tambahkan kicap pekat,kicap cair,sos tiram.lada sulah dan cuka.gaul rata.
4) masukkan ayam dan gaul sebati.tambahkan coke.pastikan perasanya secukup rasa.
5) jika kuah dh agak pekat,matikan api.
* kalau nak kuah byk lebihkan coke.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi ayam kicap Cendawan
Nor Hasila Idris says
Salm..klu sy xnk masukn coke n cuka boleh x??
Hairul Hissam says
Cubalah, dah cuba baru tahu.. heee 😀