Pada saya, perniagaan pasar malam adalah tempat terbaik memberi pendedahan awal tentang selok belok perniagaan. Yang bestnya, ia mudah dimulakan kerana modalnya rendah dan menggunakan peralatan yang sedia ada di rumah. Manakala pendapatannya agak stabil dan lumayan bergantung pada produk dan jualan.
Namun ini tidak bermakna, selama-lamannya anda terus menjadi peniaga pasar malam. Inilah mindset atau pemikiran yang perlu diubah. Tahukah anda usahawan cina yang telah berjaya bermula daripada peniagaan kecil-kecilan seperti anda. Bezanya mereka mempunyai pemikiran untuk terus mengembangkan perniagaan. Mereka boleh berjaya, kenapa tidak anda.
Disini saya berkongsi sedikit pandangan dan tips untuk mengembangkan bisnes pasar malam anda. Sekadar sedikit pandangan dari saya. Semoga ia serba sedikit membuka minda anda dalam mengembangkan bisnes anda. Yang penting, fahami konsepnya dan fikirkan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan anda dengan cara anda sendiri. Ya, dengan cara anda sendiri kerana setiap individu adalah berbeza, setiap produk adalah berbeza dan setiap perniagaan adalah berbeza.
Di dalam perniagaan, jualan amatlah penting. Sekiranya anda mahu kembangkan perniagaan, mulakan dengan meningkatkan jualan produk anda. Kita ambil satu contoh mudah iaitu bisnes sate. Katakan sehari anda menjual 1000 cucuk sehari. Untuk mengembangkan perniagaan, anda perlu berfikir bagaimana anda boleh menjual 2000 cucuk sehari. Seterusnya 3000 cucuk sehari. Andalah yang perlu memikirkannya. Mungkin anda boleh membuka gerai kedua ataupun supply kepada pengusaha makanan yang berminat. Konsepnya bagaimana anda boleh meningkatkan jualan produk anda.
Perkara kedua di dalam mengembangkan perniagaan ialah pekerja. Jika anda ingin mengembangkan perniagaan, anda tidak boleh lari dari mengambil pekerja. Mungkin ada yang risau dengan kerenah pekerja. Inilah yang perlu anda belajar dari pengalaman. Semua yang bergelar majikan pasti pernah menghadapi masalah ini pada permulaan. Yang penting jangan berputus asa dan terus memperbaiki diri sendiri dalam mengurus pekerja anda.
Biasanya pada permulaan bisnes, anda perlu menguruskan segala-galanya sendiri. Namun setelah anda memiliki gerai kedua atau ketiga, anda perlu mempunyai pekerja yang menjaga gerai anda. Pada saat ini, anda lebih kepada menguruskan pekerja dan mencari lokasi baru untuk bisnes sate anda. Anda tidak lagi menjaga kedai atau membuat sate lagi. Anda lebih tumpukan pada jualan dan keuntungan.
Memang tidak mudah dan masalah pasti akan timbul. Pekerja lari, pekerja curi hasil jualan dan sebagainya. Sebagai seorang usahawan anda perlu lebih memikirkan jalan penyelesaian. Jangan asyik memikirkan masalah dan menyalahkan orang lain. Anda perlu tumpukan pada penyelesaian. Seterusnya merangka prosedur-prosedur atau langkah-langkah yang mampu mengelak masalah tersebut berulang lagi.
Katakan anda telah memiliki 5 gerai dengan pulangan yang stabil yang dijaga oleh pekerja anda. Sekarang tiba masanya anda mengambil seorang pembantu yang akan menguruskan pekerja-pekerja dan jualan di gerai-gerai anda. Kini anda hanya monitor pembantu anda dan mula mencari projek-projek perniagaan lain yang lebih lumayan. Dalam mencari bisnes baru, jangan terikat kepada bisnes sate sahaja. Anda boleh cari apa sahaja bisnes yang menguntungkan.
Katakan anda memilih bisnes penternakkan lembu. Langkah pertama anda perlu mencari pekerja yang berpengalaman tentang perternakan lembu. Pada saya elakkan dari mengambil rakan kongsi tetapi cari pekerja yang berpengalaman dalam bidang berkenaan. Anda juga perlu belajar dan memahami selok belok perniagaan tersebut agar tidak ditipu. Belajar dan terus belajar dari pekerja anda. Seterusnya mencari pasaran atau jualan untuk perternakan lembu anda.
Dan apabila perniagaan berkembang, anda perlu memiliki sales team yang mengambil alih kerja anda dalam mencari pasaran baru dan menguruskan pasaran sedia anda. Kini anda hanya menguruskan sales team dan bertindak sebagai GM yang mengawal setiap head department. Seterusnya apabila perniagaan anda berkembang lebih besar lagi, anda boleh mengambil seorang GM berpengalaman. Kini anda hanya mengawal GM dan Financial Controller untuk setiap perniagaan anda. Anda tidak perlu risau dengan penipuan, kerana anda memiliki external dan internal auditor yang akan menjaganya. Pada ketika ini barulah anda boleh digelar CEO.
Ya.. menulis memang mudah. he.he.he. Namun tujuan saya lebih kepada membuka minda anda untuk berubah. Anda tidak boleh selama-lamanya menjadi peniaga pasar malam. Jika anda sudah berumur, didik anak anda untuk mengembangkan perniagaan anda. Agar masa depan anak anda dan keluarga anda lebih baik. Orang-orang cina boleh melakukannya. Kenapa tidak anda?
Sekiranya anda seorang peniaga pasar malam atau kecil-kecilan. Mulakan dengan berfikir bagaimana meningkatkan jualan anda. Inilah titik permulaan kepada empayer perniagaan yang lebih besar nanti. Dan jangan lupa 5 tips strategi perniagaan yang pernah saya terangkan sebelum ini. Ia sangat membantu apa jua perniagaan anda. Link artikelnya ada di sidebar kanan blog ini.
Satu lagi nasihat saya, elakkan dari mengambil rakan kongsi kerana banyak juga perniagaan yang gagal kerana rakan kongsi. Saya tidak nafikan, ada juga yang berjaya dengan rakan kongsi tetapi berhati-hatilah ya. Semoga berjaya.
Juan says
pertama kali singgaj sini. betul tuh, kalau minda kita hanya nk jadi jurujual pasar malam jer, x kemana kita akan pergi dan juga tiada perkembangan, jadi bisnes org melayu ditakuk yg lama
Hairul Hissam says
Selamat dtg en. Juan :D.. Tambahan lagi Islam sendiri mengalakkan kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.
titan says
betul. aku sendiri ambil pembantu untuk cover kerja-kerja blogging aku ni. Tak larat dah nak cover sorang-sorang..
Hairul Hissam says
Wah.. hebat en. Titan. Tentu bisnes online bro dah berkembang maju. Tahniah diucapkan. 😀
Yelah bro, tangan ada dua je :D. Bila bisnes mula berkembang, pasti memerlukan pekerja..
kakmunirah says
kak x pernah meniaga pasar malam….maklom la surirumah sepenoh masa tp memandangkn kos sara hidup yg makin meningkat, banyak keperluan yg tdak mncukupi…..meniaga d pasar malam adalah satu2 nya cara utk akak mengatasi masalah kewangan…..
nak minta pndapat adik….kawan kak ada buat bisnis kuih frozen, dn kak nk ambik dekat dia utk meniaga kat pasar malam (makan komisyen jerr) AGAK2 BOLEH JLN X BISNIS NII…? ATAU ADA BISNIS LAIN YG LG MUDAH DN BYK UNTUNG….boleh kongsi…
Hairul Hissam says
Benar tu kak Murni. Apa juga perniagaan sangat membantu mengurangkan beban kewangan.
Perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan modalnya kecil..
Bagus juga akak mengambil komisen dengan menjual kuih frozen kawan akak..
tapi tambah juga produk jualan dengan produk akak sekali..
Produk taufufah lebih mudah dibuat dirumah dan dijual dipasar malam.
Ia tidak memakan banyak tempat dan boleh diuruskan seorang sahaja.
keuntungannya pun berlipat kali ganda.. semoga berjaya kak 😀
kakmunirah says
terimaksih….tp kak x pandai masak tambah2 lag nk buat kuihmuih nii….mcmn nk dapat kn ebook tau fu fah nii…
Hairul Hissam says
Jangan risau kak, cara membuat taufufah diajar step by step dengan video. ramai yg telah berjaya
Untuk detail pakej taufufah, sila ke laman web http://www.rahsiataufufah.com
Cara pembeliannya ada di laman web dibawah:
http://www.rahsiataufufah.com/beli70.html
Muslimah says
Salam..saya ada buat part time business ..disamping tu saya bekerja..Alhamdulillah business bertambah maju dan saya mempunyai 5 org pekerja..masalahnya ialah salah seorang pekerja ni masih bekerja dgn saya tetapi dia juga ada membuat business sendiri yg sama dgn business saya..saya rasa macam tak kena dari segi strtegi perniagaan kerana di sini ada `konflik of interest’..saya rasa mcm dia dtg kerja utk menimba ilmu secara percuma dan seterusnya membina empayarnya sendiri..patutkan saya tamatkan perkhidmatan beliau.. tlg bagi pandangan ..terima kasih..
Hairul Hissam says
Wsalam.. susah jugak saya nak jawab.. Tapi kalau fikir secara logik, memang besar risikonya. Tambahan lagi apa yg dijual sama dengan kita.. Elok Puan sembahyang istiharah, minta petunjuk dari Ilahi. 😀
hisham says
salam, sya nk kembangkan bisness di luar negeri, tapi jauh drpd tmpt sy tinggl, sy buat biz kiosk waffle, so nk tmbh cwgn,…mntk tuan bg pndgn cara nk uruskan…sprt staf dll.tq
Hairul Hissam says
Wsalam.. berkenaan biznes kios luar negara nie.. saya tiada pengalaman.. apa2 pun saya doa en hisham terus berjaya dan melangkah jauh ke hadapan 😀
siti says
saya nak mulakan bisnes kuali besar (mee,koteau,bihun n nasi)..bagaimana dgn modal,tempat n waktu yg sesuai berniaga..harap dapat beri sedikit panduan..TQ
Hairul Hissam says
Semoga cik siti berjaya dalam bisnes kuali besar. Caranya mudah.. cik siti hanya perlu tengok peniaga2 kuali besar dipasar malam. Lihat apa kelengkapan yg mereka gunakan. Kemudian survey harga kelengkapan tersebut di kedai berdekatan. Jika tidak tahu dimana beli kelengkapannya, tanyalah peniaga makanan lain dimana mereka beli kelengkapan perniagaan mereka. Semoga berjaya ya 😀
siti says
saya bukan nak berniaga di pasar malam,nak berniaga di taman perumahan saja,waktu pagi atau tengah hari atau petang? sekitar jam 10pg hingga 4 ptg..sesuai ke waktu tu?
Hairul Hissam says
Pada pandangan saya la, elok berniaga pagi untuk sarapan pagi spt pukul 7-10 pagi…. kalo dapat tempat yg ramai org bekerja, insyaAllah mmg jalan. Tapi perlu sabar pada permulaan sebab org belum kenal masakan kita. Nanti dah kenal dan suka masakan kita…Diaorg akan beli siap untuk sarapan dan makan tengahari diorg nanti.. semoga berjaya 😀
siti says
owh..InsyaAllah..saya akan cuba dulu untuk waktu sarapan..terima kasih atas pandangan..
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik siti.. semoga berjaya ya.. 😀
abe grill says
salam..
sy peniaga pasar malam dh msuk 3 tahun,masalah nya bisnes ayam madu sy mcm nk berkembang tp x kembang2 gak.dulu sy run sorang2 je,skg cuba pakai pekerja tuk bantu,cadang nya nk buka 2,3 tapak lain tp lain lak jd nya.bisness jd mcm down je berbanding sy run sorang2 dulu.mgkin sy silap percaturan kot.. for ur info smpai skg sy xde apa aset pn hasil dr bisness sy tu..kdg2 tu motivasi diri ckit sbnyak down gak laa… mcm mn gak nya sy pelu wat tuk bg struggle sy pnya bisness? thanks…
Hairul Hissam says
Wsalam.. dalam bisnes nie en. abe.. mmg ada turun naik..
kalo kita tanya org yg berjaya2 .. semua bermula dari kegagalan.
sebenarnya kegagalan nie membuatkan kita lebih memahami ttg bisnes…
yg penting kita mengkaji kegagalan dan kelemahan kita sebelum ini…..
dari situ, kita akan menghasilkan strategi bisnes yg lebih hebat dan barjaya..
semoga berjaya.dan jangan berputus asa……
azali says
sy seorang peniaga psar malam mnjual ayam percik,,ni sy nk tnye la kn,sy ni mmg bjiwa berniaga,buat masa ni sy bniaga 5kali smingu,sy berhasrat untok mmbuka 2tempat atau lebih dalam sehari,bagi pndapat tuan betol ke sy punye kputusan tok lakukan cara ni n satu gi sy nk tuan bagi cara yg paling99 bkersan tok sy kmbang kn pniagaan ayam percikni,satu lagi cara tok mngendalikan perniagaan aym prcik ni,,plssss tlg sy
Hairul Hissam says
Saya tidaklah pakar, Sekadar memberi pandangan sahaj. Memang bagus plan tersebut. Tapi elok buka satu dulu cawangan. Biasanya kalo benda baru nie, byk masalah yg tak diduga akan berlaku. Tapi itulah menjadikan kita matang dalam perniagaan dan batu loncatan utk berjaya. So dlm tiga bulan kaji bagaimana menarik pelangan dan menyelesaikan masalah yg bakal timbul. Setiap perniagaan berbeza, so pengalaman dan kesilapan adalah guru terbaik buat kita.
faisal says
sy baru nk start berniaga pasar mlm..tpi xtahu nk berniaga ape barang..dalam sy punya planing nk buat seluar jeans..agak2 bleh ke x sy ceburi dlm perniagaan tersebut..mntak pandangan @ pendapat…
Hairul Hissam says
Kalo dapat jual seluar jean yg harganya murah atau bundle mmg bagus dijual di pasar malam…
jgn lupa baca tips bisnes dibawah:
https://hairul.com/blog/5-tips-strategi-perniagaan-sangat-membantu-bisnes-online-dan-offline-anda/
Leklei says
Salam
Bro,apa pandangan tuk membuka stemboat cucuk di atas lori yg bergerak..adakah baik atau risiko yg tinggi.??
Hairul Hissam says
Apa jua bisnes, ia bergantung pada tempat dan cara kita. semoga berjayaen. leklei 😀
suraya says
Saya n suami telah lama berminat untuk membuka perniagaan. Suami adalah seorang tukang masak di sektor awam manakala saya hanya pekerja kontrak. Kami bercadang ingin memulakan perniagaan menjual satay. Malangnya agak sukar untuk mencari tapak. Bolehkah berikan panduan..
Hairul Hissam says
Panduan dari pengalaman saya telah saya ceritakan dalam artikel pasar malam….
nie linknya:
https://hairul.com/blog/pasar-malam-panduan-mencari-tapak-pasar-malam/
Syed Azhar says
Satu tips yang sangat bagus. Bagaimana bermula dari kecil dan menjadi besar. Yang saya tertarik ialah bagaimana bermula daripada gelaran peniaga yang akhirnya mendapat gelaran CEO. Terima kasih tuan Hairul
Hairul Hissam says
Tiada yg mustahil en syed azhar. Yg penting kena usaha keras dan bijak menyelesaikan masalah perniagaan…. semoga ktia bersama berjaya ya.. 😀
ida@nurul says
slm… sye dulu penah bukak kdai runcit 11 tahun n hadapi masalah bila becerai ngn suami.. n skg sye bercadang nk buka kedai semula tp x nk kdai rncit lg.. n sye ada modal 50 ribu tpi x thu nk brniaga ape.. bleh tlg bg pendapat berniaga ape yg modal rendah tpi sewa d dlm rumahkedai..sye ingin mencari pengalaman lain pula
Hairul Hissam says
bisnes supply bun kat sekolah pun ok juga.. sebab ramai pembeli pakej http://www.rahsiabun.com saya yg berjaya dgn supply ke sekolah dan maktab.. 😀
mr syapiky says
Assalammualaikum. .sya ada gerai kebab..sya ingin memajukan gerai sya ni..sya dpt idea untuk megembangkn peniagaan sya ni dgn membuka kiosks franchise ke semue shoping2 mall..sya penah buat 1 lawatan kiosks takoyaki kenalan sya..jualan die cecah 7 hngga 8 ratus sehari..dan pula tauke takoyaki pula meyakinkn sya untuk bniaga di kiosks2 yg kosong..dia mnjaminkn boleh berjaya..pada msa yg sma tauke takoyaki ni mahukan resepi kebab sya..dan stiap hari dtg ke gerai sya beli kebab smbil mahukn resepi..bab2 resepi sy x brani nk bgi sbb sya diamanahkn oleh orng tua sya supaya tidak berikn resepi ini kepada sesiapa..dipendekkan kawan makan kwan nanti..jadi sya ingin minta pendapat tuan..adakah sya boleh bejaya atau sebaliknya..sya ada rasa sedikit takot untk peperangan ini..huhu..
Hairul Hissam says
wsalam.Mmg bagus plan buka byk kios kebab dishopping mall tu.. kalau sedap dan kena pada tempat, insyaAllah akan berjaya.. Bab resepi tu mmg patut dirahsiakan. Kerana ia nadi dan rahsia perniagaan. Dlm bisnes, kita tidak boleh mudah percaya pada org lain krn org lain hanya memikirkan keuntungan buat diri mereka shj sebenarnya. So bila bisnes berkembang dan diuruskan oleh pekerja, rahsia perniagaan tetap perlu dijaga dgn cara kita sendiri… semoga berjaya 😀
mr syapiky says
Trima kasih tuan..atas nasihat tuan..insyaAllah
Hairul Hissam says
Semoga berjaya.. amin.. 😀
Noor Azwa binti Hashim says
Terima kasih di atas tips yg diberi.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat 😀