.
Artikel ini kiriman pembaca blog iaitu Cik Azriey Amriey. Bercita-cita untuk mati sangat dilarang oleh Islam kerana membawa kepada sikap berputus asa dan mengalah. Sebaliknya Islam agama yang menggalakkan umatnya berusaha bersungguh tanpa mengenal erti putus asa. Jom kita baca artikel penuhnya.
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Keterangan:
Daripada hadis di atas, Rasulullah s.a.w. melarang dan mengharamkan umatnya bercita-cita untuk mati. Ia sebagai satu motivasi kepada umat islam untuk meneruskan kehidupan dengan bersungguh-sungguh, tabah dan cekal. Apa jua masalah dan kesempitan hidup perlu dilalui dan diperbaiki untuk masa depan yang lebih baik.
Ada juga yang bercita-cita untuk mati kerana merasakan amalannya telah cukup. Ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah s.a.w. mengalakkan umatnya untuk terus berusaha menambahkan amalan dan kebaikan. Bagi mereka yang membuat perkara jahat, pintu taubat masih terbuka luas. Jangan sesekali berputus asa dalam meminta ampun kepada Allah s.w.t. Saangat banyak faedah dari hadis ini untuk umat islam.
Islam menyuruh kita redha dengan apa juga Qada’ dan Qadar yang telah Allah tentukan dan terus berusaha mengubah kehidupan kearah yang lebih baik. Mengeluh dan berduka cita yang berpanjangan adalah sifat yang sangat tidak baik dan dicela dalam islam. Semoga hadis ini memberi semangat kepada kita untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal dalam mengubah hidup kearah yang lebih baik.
Hairul.com: Terima kasih Cik Azriey Amriey di atas kiriman hadis ini. Semoga menjadi memberi manfaat dalam kehidupan kita.
riza says
Agama Islam memberi ‘harapan’ kepada kita untuk menjalani kehidupan. Bersangka baik kepada Allah, menguatkan dorongan dalaman kepada kita untuk terus cekal melalui liku-liku hidup. Tempoh hayat kita, adalah hak Allah, bukan kita yang menentukan. Kita diberi ‘pilihan’ (we are given the power to make our own choice) bagaimana mecaturkan kehidupan harian kita. Usaha di tangan kita, tapi Allah yang menentukan kesudahannya. Ringkasnya, kita mesti berfikiran positif…’…KITA BOLEH!…
Hairul Hissam says
Betu kata kak riza. bersangka baik pada Allah dan percayalah apa yg ditentukan oleh Allah adalah yg terbaik utk kita.. 😀
azriey amrie says
Salam.. ada org anggap mati adalah jln penyelesaian terbaik kepada sesuatu masalah… tp hukuman yg lebih berat menanti ‘disana’ nanti…
Hairul Hissam says
Wsalam, memang menakutkan dgn amalan yg kurang ini… 😀