Petua cara menghilangkan kutu rambut ini adalah kiriman Cik Nor ‘Izzah (‘Izzah) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Tahukah anda??? Kutu rambut adalah sejenis binatang parasit penghisap darah yang biasanya hidup di atas kepala. Ia seperti nyamuk yang menghisap darah anda. Dan dalam sehari, seekor kutu betina boleh bertelur 6 biji telur sehari.Dan telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu rambut membiak sangat pantas.
Petua Cara Menghilangkan Kutu Rambut
1. Salah satu cara yang berkesan menggunan minyak kayu putih. Campur beberapa senduk kecil minyak kayu putih dengan air limau nipis. Gunakan campuran tersebut untuk membasahi rambut dan urut kepala selepas itu,ramas-ramas rambut anda selama beberapa minit. Tutup kepala,dengan penutup kepala dan biarkan ia bertindak selama 1 jam.
Ulangi beberapa kali dalam seminggu sehingga anda benar-benar bebas kutu.
2. Selain dari menggunakan minyak kayu putih, anda juga boleh gunakan lendir dari dalam lidah buaya. Sapukan lendir tersebut pada atas kepala. Biarkan satu jam dan kemudian basuh serta bilas dengan air. InsyaAllah hilang kutunya.
Insyaallah dengan izinNya, anda akan bebas dari kutu. Selamat Mencuba!
Admin: Terima kasih Cik Izzah atas kiriman petua cara menghilangkan kutu rambut ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan panas badan dari makan durian. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
masa ngajar kat sarawak dulu
budak2 spray je kepala dengan ridsect
huhu
Adif Fida says
haaa..ridsect??
bio betul?? hehe….
Petua Emak says
silap haribulan .. ngan rambut sekali hilang..he.he.he
Adif Fida says
haha…nyamuk pun takut nak dekat..fuhh, aman..aman
Petua Emak says
ha.ha.ha..
Mohd Rujhan says
petua tambahan, ambil beberapa ulas bawang putih,buangkan kulit,tumbuk hingga lumat.Kemudian campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut.Akhir sekali,balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci…
Petua Emak says
Bawang putih mmg bagus membunuh kuman.. tqvm en. rujhan..
ecah says
jaga rambut elok2 naa semua.. 🙂
Petua Emak says
dengar nasihat ecah tu semua… 😀
Adif Fida says
minyak kayu putih tu camne ek???
klu tak nak rambut tu ade kutu….sila elakkan berkongsi sikat rambut dgn kawan2 yer..bukan kedekut…tapi bukan ke lbh elok mencegah drpd merawat kan??? Mmg haru kalau rambut ade kutu…asyik tergaru-garu jek….
Petua Emak says
saya pun kurang pasti minyak kayu putih.. tunggu cik izzah explain…. 😀
'Izzah says
Minyak kayu putih nie sbnarnye ialah
minyak panas.Ade je dijual d kedai..:)
Selalunyer di farmasi,,Tp ade juge di kedai2
biase…
Petua Emak says
tq cik izzah.. minyak panas rupnya 😀
suri says
cik cinta tak tahu nk ckp apa..rasa mau jer garu2 brkali2 hee..
ada ckp minyak tanah..haa tpi jgn bakar rmbut dah ar..berkesan gak sb dulu penah guna masa tu berjangkita dn kwn satu sekolh tadka mana ada pakai tudung kepala heee.
Petua Emak says
kuat bau minyak tanah tu…. takut tak hilang baunya nanti… tqvm cik suri atas tips tu…
titan says
botak aje terus. masa tu..bubuh la apa yang patut..insya-Allah..leh hilang. hehe..
Adif Fida says
haaa..bagus2, cume nak tak nak jek kan….hahaha!!!
Petua Emak says
he.he.he.. botak licin.. berkilat lagi…. 😀
gloryatie says
selain tu boleh try guna ubat gegat. tumbuk halus dan campur minyak kelapa. lumur ke seluruh kepala dan balut. lepas 15 minit bilas bersih. paling senang nak elakkan rambut dari berkutu lebih2 lagi yang rambut panjang tu, cuci rambut bersih2 tiap2 hari dengan syampoo yang sesuai. (*,~)
Petua Emak says
guna ubat gegat.. mati terus kutunya.. tqvm cik yatie..
chii says
kutu xde…kalo kelemumur tu..adeuhai
Petua Emak says
kalo kelemumur.. boleh cuba petua dibawah cik chii
http://petuaemak.com/petua-menghilangkan-kelemumur/
ibudhira says
kecik2 dulu pun pernah kena jangkitan kutu nih..mak lumur minyak tanah kat kepala..pastu balut ngn towel putih..sejam pastu bukak balutan…tgk2 kutu2 dh melekat kat towel..so apa lagi..ketis la dgn kuku..eee..naik bulu roma..
Petua Emak says
mmg berkesan rupanya guna minyak tanah nie…
yg best bunyi bila ketis ngan kuku… 😀
azrie amriey says
Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.