Petua ini kiriman Cik Sakeenah (Choco Nila) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Mungkin kita pernah digigit oleh nyamuk. Semestinya kegatalanya akan hilang dan memberi kesan kepada kulit kita. Ada beberapa cara untuk menghilangkan kesan atau setidak-tidaknya menyamarkannya.
.
Petua Cara Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
1. Campurkan sedikit garam bersama sedikit air (jangan larutkan) . Sapukan campuran tadi pada kesan gigitan.Insyallah kesan dan rasa gatal akan hilang
2. Kita juga boleh menggunakan kapur makan untuk menghilangkan kesannya. Caranya ialah dengan menyapu secalit kapur makan pada tempaat gigitan tersebut
3.Selain itu kita jugaa boleeh menggunakan lemon. Cara titiskan jus lemon pada kesan gigitan. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam-suam kuku. Jangan biarkan jus lemon tersebut di kulit melebihi 15 minit kerana cairan ini dapat membuat kulit iritasi.Ulangi proses 2 – 3 kali sehari agar hasil optimal. Biasanya hasil terlihat selama 2 mingggu
4.Minyak lavender juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan menyapu minyak lavender pada bekas gigitan nyamuk dan biarkan hingga 15 – 20 minit lalu bilas dengan air. Lakukan 2 – 3 kali sehari sesuai mengikut keperluan.
5.Kentang juga boleh digunakan kerana ia memiliki efek pemutih alami. Buatlah jus kentang lalu sapukan pada bekas gigitan nyamuk, biarkan selama mungkin di kulit.
6.Lobak juga boleh digunakan . Potong lobak sekecil mungkin, lalu rendam dalam susu selama setengah jam. Lalu disapukan ke bekas gigitan nyamuk
Selamat mencuba petua menghilang gigitan nyamuk ini
Admin: Terima kasih Cik Sakeenah atas kiriman petua cara menghilangkan kesan gigitan nyamuk ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara membunuh kutu dan kumbang beras. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
payah dan nak cari kapur sirih sekarang ni
yang lain2 tu agak senang nak dapat
ibudhira says
selalu nye sy sapu minyak kelapa dara je..alhamdulillah..kesan gigitan kian pudar
Choco Nila says
Selain tu boleh jugak gune untuk kesan hama,, rasenye ,, kan kat luarv negara tu x dek nyamuk tpi ade hama.. Lps ni x yah lah nak malu2 lagi dgn parut tu .. ^^
Mohd Rujhan says
kene gigit nyamuk ade ke parut…selalunya gatal2 pastu hilang…
gloryatie says
hm kalau bab nyamuk jangan cerita, gatalnya memang tak tahan. maklumla kami sekeluarga suka bercamping masa memancing. memang jadi habuan nyamuk. untuk elakkan kena gigit selalu kami sapu losyen nyamuk, memang tak kena gigit. tapi kalau dah lama sapu, losyen tu makin pudar, adela tempias2nya…kena juga gigit, dah kena gigit saya selalu letak ubat gamat je, kadang2 tabur bedak dethol je. lepas tu okla (*,*)
fiezaradzi says
byk petuanya ni.. biasanya pakai minyak habatussauda’, ok lah, kena rajin je..
sbb anak kedua mmg lau kena gigit nyamuk ke semut ke, mmg berbekas lah jawabnya
azrie amriey says
anak buah sy, kalau balik sini, mmg kena gigit nyamuk… lg2 yg kecik 2… agaknya darahnya manis kot.. biasanya pg2 anak buah sy ni duduk dpn opahnya, mintak sapu minyak TYT.. habis 1 badan nk mintak minyak, padahal kna gigit 1 tmpat je.. Mlm nk tidur pun sama.. Tp mmg berkesan.. Kejap je dah hilang kesan gigit nyamuk 2…
Choco Nila says
oowwwhh, nanti nk try la 🙂
Adif Fida says
ni mesti jenis nyamuk besar2 yg tak reti nak berenti gigit…abis berbintat2 dikerjakan nyamuk tu…