Petua ini kiriman En Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Tahukah anda semua, mengapa rambut beruban?Yang sebenarnya uban bukannya hanya disebabkan faktor usia..Malah, ia juga berlaku pada peringkat remaja dan juga kanak-kanak.Rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih.
Jika perkara ini berlaku kapada seseorang, mungkin seseorang itu akan hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan kawan-kawan.Mungkin juga ia boleh dijadikan bahan ejekan.Jadi ada beberapa petua untuk kita elakkan diri daripada rambut beruban.
.
Petua Cara Mengelakkan Rambut Beruban
1. Ambil segenggam biji betik yang telah masak dan jemur hingga keringkan.
2. Setelah kering, goreng biji betik tersebut tanpa menggunakan minyak sampai hangus dan tumbuk hingga lumat.
3. Masak dengan semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak.
4. Jadikan minyak ini sebagai minyak rambut seharian. Rambut anda akan lambat beruban.
5. Jangan pakai minyak rambut(Gel) berlebihan.
Innyaallah dengan mengamalkan petua ini kita semua dapat mengelakkan diri daripada rambut beruban ataupun melambatkan rambut kita daripada cepat beruban.AMIN.
P/s: Tima kasih En Rujhan atas kiriman Petua Cara Mengelakkan Rambut Beruban ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengurangkan tekanan darah tinggi. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
Adif Fida says
opss!! rabun ke rambut?? 🙂
petua yg senang…boleh try test ni….
Petua Emak says
tq kerna bagitaw cik fida…… 😀
gloryatie says
selain tu boleh juga menggunakan daun inai. caranya, tumbuk daun inai hingga lumat. kemudian sapu seluruh kulit kepala. ni mujarab, selain mengelakkan uban, ia juga dapat membantu menguatkan akar rambut. lagipun di zaman rasullullah pun cara terbaik menjaga rambut adalah menggunakan inai. tapi sekarang mungkin susah nak dapatkan daun inai kan? kalau susah sangat guna satu lagi kaedah, ambil air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala. lakukan sekerap yang mungkin. insyaAllah mujarab.
'Izzah says
selalunyer kal0 kecik2 dah ade uban..yg tu keturunan~~~:)
>>bg0s tips2 nie~~
Adif Fida says
x jugak…..kdg2 sebab suka tukar2 syampu…uban pun boleh tumbuh di usia yg muda.. 😀
azrie amriey says
Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.
azrie amriey says
Sedikit tambahan:
1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
Adif Fida says
nak share petua…ambil 5 helai daun sireh & 5 helai daun bunga raya diramas & direndamkan dalam semangkuk air kepala muda. biarkan semalaman & airnya disapu rata ke seluruh kepala sambil diurut. biarkan kering & bilas
normala says
saya kurang jelas ttg petua yg diberi. iaitu bila santan dimasak n smpai kuar minyak.masukkn ke dalm botol n di rendam dgn halba. petua drp azrie amrey.adakah halba tu boleh serap ke dlam minyak menerusi botol. atau minyak tu dicmpur dgn halba? tq
Petua Emak says
Kena tunggu cik azrie yg jawab.. 😀