Inilah akuarium di car porch rumah saya. Boring-boring, memang syok tengok ikan nie. Dapat juga menenangkan hati dan emosi kita. So kalau anda terasa berserabut atau stress, eloklah bela ikan di rumah. Cara menjaga ikan pun tidaklah susah. Tapi kalau tak tahu caranya, memang letih laa asyik menukar air akuarium tak henti-henti.
Mula-mula, saya pun teruk asyik tukar air. Sehinggalah tauke kedai ikan mengajar saya cara nya “Hairul, you pasang lagi span di bawah water pump filter. Barulah air akuarium you tak cepat keruh” Memang betul lah, lebih 5 bulan air akuarium saya tak keruh-keruh dan sentiasa jernih. Memang syoklah tak perlu tukar air lagi beb. Cuma span nyee sahaja perlu dibasuh sekiranya tersumbat dengan kotoran.
Bab bagi makan ikan pun mudah. Gunakan sahaja fish feeder timer. Alat ini menggunakan bateri dan akan memberi ikan makan secara auto. Anda hanya perlu set kan masa sahaja. Ia boleh dibeli dengan mudah di kedai ikan. Memang mudah laaa menjaga ikan nie taw. Semoga artikel cara menjaga ikan ini membantu anda mengelak air akuarium dari cepat keruh. Barulah syok beb.
Lagi 3 Tips Terbaik Air Jernih Lama
Tips 1: Guna blue top filter. untuk lihat bentuk blue top filter, klik link>>> blue top filter. Ia ada tiga bahagian. Elok isi span pada ketiga2 bahagian jika mahu air jernih lama.
Tips 2: Guna pellet dari brang atau jenama yang bagus spt ocean free dan hikari. Pellet brand ini, tidak mengerushkan air.
Tips 3: Nak air jernih lebih lama, beli akuarium kabinet yang filternya di bawah. InshaAllah 4-5 bulan air boleh jernih.
puteri kasih says
masa sekolah dulu puteri ada bela ikan dalam akuarium suka tengok ikan warna warni berenang tapi sekarang tak boleh dah, nanti habis kucing-kucing puteri serang akuarium tu…hehehe
Hairul Hissam says
Dahsyat betul kucing2 puteri.. Ikan dalam akuarium pun boleh diterkamnya.. heee
puteri kasih says
kucing-kucing kat rumah puteri agak hyper ..hehehe
Hairul Hissam says
Jangan puteri diterkamnya sudah laaa. heee
puteri kasih says
mujurlah diorang tu kucing dan bukan bersaiz rimau…hehehe 😀
Hairul Hissam says
nasib baik lah diaorg tu kucing. heee
Bahrain says
baru tahu ni ada fish feeder automatik beri ikan makan. Boleh try beli. AKu beli motor yang luar punya dan yang span letak dalam air.
Memang seronok bila tengok akuarim jernih ditambah pula ikan-ikan yang lawa. Hilang stress. haha
Hairul Hissam says
Mmg mudah laa ada fish feeder bro bahrain… Tak de la tu kebulur ikan2 tu kalau bercuti lama di luar.. 😀
myrujukan says
saya pun memang suka ikan tapi x bela lagi sbb duduk rumah sewa, nanti duduk rumah sendiri baru lah best nak bela ikan akuarium nih
Hairul Hissam says
Kalau duduk rumah sendiri nanti, macam2 nak dibeli dan dibelanya. heee
myrujukan says
betul tuh bro, insyallah rasanya hujung tahun ni balik selatan dan dok rumah sendiri
Hairul Hissam says
Mmg lebih seronok duduk rumah sendiri bro 😀
akubiomed says
Ada yang mengunakan Efektif mikroorganisma(EM) untuk merawat air.
Hairul Hissam says
Saya tak pernah guna lagi 😀
Hero Borneo says
ada ikan peliharaan kat rumah..ikan sungai biasa dan tahap penjagaan juga minimum..jika rasa nak lauk ikan tangkap dan masak sahaja..he..he..
Hairul Hissam says
Lagi best tu. dah tak payah susah2 pege pasar beli ikan.. heee
Hafizul says
Ohh boleh cari satu ni..kat rumah saya pun ada satu akuarium..bab tukar air memang malas..haha..tengok ikan main-main dalam air rasa seronok dan macam dikatalah..stress boleh la hilang sikit tu..hehe
Hairul Hissam says
Cubalah petua nie bro.. tak payah selalu tukar air…. baru terasa seronok bela ikan 😀
ema says
dulu dekat rumah mak mertua…ada akuarium besar dan seekor ikan besar….last-last dilepaskan ke tasik saja… bukan tak sanggup nak pelihara…tapi difikirkan lebih baik ikan tu hidup di dunia mereka.
Hairul Hissam says
Mungkin ikan kelisa atau flower hon tu.. kalau kelisa dah besar, mmg besar dan rasa kesian tengok ikan tu susah bergerak dlm akuarium.
tapi kalau ikan emas, ianya kecil dan sesuai dalam aquarium yg besar. 😀
titan says
dah bela ikan plak dah dia..
Hairul Hissam says
dah lama la bro bela ikan, baru jee dipamerkan. heee
mohdridzwan says
Terbaik. Ambe baru dapat input yg bagus berkenaan span tuh.
Ambe ada 3 akuarium kat umah. Memang sgt suka bela ikan. Terima kasih bro!
Hairul Hissam says
Mmg seronok menjaga ikan nie kan bro… Nanti bolehlah pasang span bawah tu untuk air sentiasa jernih 😀
Myra Jay says
Menarik!!
sangat berguna pada mereka yg membela ikan di rumah.
Hairul Hissam says
Kalau bela ikan nanti, jangan lupa petua disini..tqvm 😀
azimah mohd zainuddin says
Thanks for the tips. Akuarium di office pun slalu sangat kena tukar air.
Hairul Hissam says
Boleh lah cuba cara nie.. Kesian kat org yg kena tukar air tu… 😀
acap says
salam admin.mane nk cari span tu?? dh try cari pun.tapi xsame mcm awk punye span tu.kalau ad pun yg tapak bawah besar skit dri yg awk punye tu..
Hairul Hissam says
wslm. Kalau duduk kulai, bolehlah saya tunjuk kedainya 😀 ..
Sampai ke hari nie saya tak pernah tukar air.. cuma perlu gosok dinding aquarium yg berlumut jee. Pastu tambah air jika air berkurangan. Masih jernih beb. Cuma ada sikit warna merah dari pewarna makanan ikan. Nak cover warna tu, saya guna lampu merah.. .:D
acap says
emm tu laa..sy dh jumpe span tu.tp tapak bawah mcm besar jew..em xpela nanti sy beli try pasang kt umah.ok boss terbaekk~
Hairul Hissam says
Cubalah dulu, yg penting ada span nya 😀
sulqipli says
Nanti saya buat tambah span di pump filter.
Hairul Hissam says
selamat mencuba tips mengelak air akuariuam cepat keruh nie..
Faizal says
Salam bos…
Long time no see…
Pam tu bukan ke memang dah ade filter spam external?
Memang kene tambah lagi spam tu eh?
Hairul Hissam says
Yee laa bro…. very longgggg time. harap sihat yee bro bersama keluarga tercinta..
baguslah komen bro dah tak masuk lagi dlm spam komen mcm dulu…. lagipun saya dah tak rajin check spam komen mcm dulu……
betul tu bro.. span tu kena tambah… tapi tak tahulah kalau skrg dah ada jual siap..
saya pun dah tak bela ikan dah bro… lama2 tgk boringggg. ha.ha.ha..
.
Faizal says
hahahahhahahaa…
saya ni bukan bela ikan..
bela lobster…
kat ganu ni kedai akuarium pun terhad skit…
Hairul Hissam says
wah.. nanti boleh buka ladang ternakkan lobster. heeee
mungkin kat terenggau tak ramai minat ikan kot..
kat johor mmg byk kedai akuarium nie..
Faizal says
Amiin… mudah2an dapat bukak ladang lobster…
Tp bela lobster lagi penat dari buat keje online…
Huhuhuhhuu
Hairul Hissam says
wah.. hebat plan tu. .insyaAllah dimana ada kemaahuan, disitu ada jalan..
Mula2 jee penat.. dah ada pekerja nanti, petik jari jeee. heeee
Faizal says
Hahahahaha, dah banyak sangat reply, takleh nak reply dah…
InsyaAllah kalau takde aral dan lobster berhasil, bulan 6 kene cari tempat lain dah…
Takleh bela kat rumah dah…
Huhuhuu
Hairul Hissam says
Boleh buka komen baru. heee
Kena cari tempat yang lagi beso..
baru labster boleh main bola dlm air. heee
Faizal says
semalam punye citer, anak bertuah tuang semua sekali palet ikan gapi dalam akuarium lobster.. adui…
Hairul Hissam says
Exited sangat anak tu bagi ikan makan .heeee
kalau makanan ikan gapi nie, air tak cepat keruh…
tapi kalau dah byk sgt masuk.. kena tukar air juga tu.
Faizal says
Huhuhu, betullah… awal2 je penat…
dah tau cara, dah tak penat dah…
Hairul Hissam says
Org tua kata.. bersusah2 dahulu.. bersenang2 kemudia… semooga berjaya bro..
Faizal says
amiiin.. tq 😀
org baru says
tadi ade beli. tapi tak muat la plak nk msk sponge dgn filter tu. dia ada jenis2 dia jugak ke?
Hairul Hissam says
saya pun dah tak ingat sebab dah lama tak bela ikan…