Susah betul kan… nak cari semula link web yang diterima dalam mesej whatsapp.
Terutama link resepi best. Atau link sekolah anak, tempat kerja atau urusan kerajaan.
Ni ada cara paling mudah letak link web tu di depan handphone. So bila nak buka semula, hanya tekan icon di depan handphone.
Cara ni tak perlu pasang apps dan tak guna memory atau data handphone. Sangat mudah.
Caranya mudah sahaja….
Selepas buka/tekan link web di wasap, korang buat 2 jer step di bawah ni.
Step 1: Korang tekan 3 titik di atas kanan website. Dan tekan pilihan “Add To Home Screen”. Pilihan ni di bhgn bwh sekali taw.
Step 2: Masukkan nama yang pendek dan senang paham. Kemudian tekan button Add. Lepas tu, keluar box, tekan lagi button Add.
Siap. Ikon link akan kelihatan di depan handphone korang. So bila nak buka semula link tu, hanya tekan pada ikon link di depan handphone.
Korang boleh buat seberapa banyak ikon link dari link web yang korang terima dalam mesej whatsapp. Tiada limit.
Memang tak guna memori atau data handphone.
Rimas juga, ada banyak ikon link di depan handphone. Jangan risau, korang boleh masukkan dalam satu folder.
Caranya korang tekan lama-lama ikon link tu. Kemudian tindihkan ikon link tu ke atas ikon link yang lain. Nanti dia akan automatik buat satu folder untuk kedua-dua ikon link tu.
Ada Masalah…
Kalau pilihan “Add to home screen” tidak kelihatan. Sebabnya, bila tekan link dlm wasap, handphone korang buka link dgn apps yg bukan apps chrome. Mungkin korang ada ter ubah setting handphone.
So korang hanya perlu cari apps Chrome dalam handphone. Kemudian masukkan link web ke dalam apps chrome secara manual. Seterusnya buat dua step yang diajar di awal tadi.
Biasanya tekan link, handphone akan buka dengan apps chrome nie secara automatik. Melainkan kalau korang ada terubah setting secara tidak sengaja. Apps chrome memang ada dalam semua handphone.
InshaAllah cara ni sangat memudahkan kerja korang buka semula link web yang diterima di dalam whatsapp.
Leave a Reply