Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Butter Cookies ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Butter Cookies:
=75g butter
=50g gula halus
=1 biji KUNING telur + 1 sudu kecil esen vanila (pukul sikit)
=1 sudu besar susu tepung
=150g tepung (keluarkan 1 sudu besar)
=pinch of baking powder
cara Membuat Resepi Butter Cookies:
1) ayak tepung bersama baking powder.kemudian tambahkan susu tepung.ketepikan.
2) pukul butter dan gula hingga gebu dan gula larut.
3) masukkan kuning telur dan teruskan pukul adunan.
4) masukkan pula campuran tepung yg telah diayak.adunan akan jd mcm breadcrumbs.
5) gaul sehingga jadi doh yg lembut.alas doh dgn cling wrap dan gelek nipis
6) simpan doh seketika di dlm peti sejuk(sb doh terlalu lembut dan susah nak terap corak.)
7) setelah agak keras sikit boleh lah di terap mengikut corak kegemaran masing2.
8) sapukan putih telur diatas cookies dan taburkan sedikit gula halus (optional)
9) bakar dlm rak tengah dgn suhu 170 c selama 15minit.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi butter cookies.
Muslimah says
Assalamualaikum, resepi di atas tu guna jenama butter apa ya? boleh tak terangkan apa susu tepung tu?
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula pengirim resepi guna brand apa.. tapi nak sedap guna brand achor utk butter.. dan biasanya susu tepung kita gunakan yg dijual di kedai menjual bahan roti.. 😀