Masih ingat lagi tak resepi biskut oat tradisonal dalam artikel lama. Kali ini saya guna resepi tu untuk buat resepi biskut almond london oat versi baru. Ia pasti lebih menjilat jari dari biasa.
Tapi Sebelum tu jom tengok komen pelajar kelas online cream puff saya.
Alhamdulillah, ramai yang berjaya jual cream puff selepas belajar di www.rahsiapuff.may.my. Ini kerana creamnya lagi sedap dari biasa. Sekali makan confirm mau lagi. Anda juga akan belajar aneka puff pastri, croissant dan danish. Jom belajar dengan klik link: www.rahsiapuff.may.my
Resepi Biskut Almond London Oat Versi Baru
Bahan A: Adunan Biskut:
200gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
150gm Oat Segera
120gm Gula Halus
200gm Minyak Sapi
(Boleh ganti minyak sapi dgn butter atau marjerin, tapi kalau nak betul-betul sedap, crispy dan hasil yang sama, pergilah beli minyak sapi kat kedai yeerrr)
Psst: Ini guna resepi tradisional. Resepi tradisional biasa tak banyak bahan, tapi sangat sedap.
Bahan Salut Biskut Almond London Oat:
Coklat Masakan / Dark Chocolate Compound
Almond whole / biji penuh badam
(Boleh gantikan almond whole dengan kismis, potongan kurma, mix fruit dan sebagainya)
Cara buat biskut almond london
Langkah 1: Timbang dan campur kesemua bahan A. Kemudian ramas kesemua bahan dengan tangan berulang kali sehingga ia menjadi satu adunan padat.
Langkah 2: Ambil lebih kurang 5gm adunan biskut almond london. Dan kemudian bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan.
Caranya pusingkan tapak tangan sehingga adunan menjadi bulat. Selepas siap tekan tengah adunan biskut oat dengan jari seperti gambar ke tiga di atas.
Langkah 3: Kemudian masukkan sebiji almond whole di tengahnya. Kemudian tutupkan dengan adunan biskut almond london. Dan bulatkan semula dengan kedua-dua tapak tangan seperti gambar ketiga di atas. Jadikan ia bentuk lonjong.
Anda juga boleh gantikan almond whole dengan kismis atau potongan isi kurma.
Kalau anda mahu biji almond tu lebih rangup, boleh bakar dulu biji almond sebelum masuk dalam adunan.
Langkah 4: Sapu tray dengan marjerin dan letakkan adunan biskut raya almond london di atas tray. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah celcius dalam masa 12-15mini.
Nak tahu dah masak ke ialah apabila bahagian bawah biskut raya almond london berwarna brown. Dan selepas siap bakar, biarkan sejuk di atas meja.
Lepas biskut coklat almond london sejuk baru salut dengan coklat cair.
Cara Salut Biskut Almond London Oat Dgn Coklat.
Langkah 1:. Dalam gambar ini saya gunakan dark coklat compound berbentuk coin. Jika anda guna coklat masakan bentuk bar, anda kena potong kecil-kecil terlebih dahulu.
Letakkan bekas berisi coklat ke atas bekas berisi air panas seperti gambar kiri. Kepanasan air tu lebih kurang 70 darjah celcius.
Dan biarkan coklatnya cair dengan sendiri. Sekali sekala perlu juga kacau. Di dalam gambar di atas saya gunakan bekas kaca. Yang lagi elok guna bekas stainless steel.
Langkah 2: Seterusnya masukkan biskut almond london oat ke dalam coklat cair.
Dengan guna garfu terbalikkan dan angkat biskut almond london oat seperti gambar di tengah.
Kemudian masukkan ke dalam paper cup dengan guna garfu seperti gambar ke tiga di atas.
Langkah 3: Langkah terakhir taburkan oat segera di atas biskut almond london oat. Anda bolehlah simpan di dalam bekas tertutup.
Atau masuk dalam peti sejuk untuk salutan coklat lebih cepatkeras. Ok. Selamat mencuba dan semoga berjaya buat.
Psst: Untuk resepi kuih raya tradisional oat yang paling sedap, klik link di bawah:
https://hairul.com/blog/resepi-kuih-biskut-raya-tradisional-paling-mudah-dan-best/
Aisah says
Terima kasih chef.. 1 rasepi ni dapat berapa biji biskut ye? Kacang tu pun x pyh bakar dulu ke?
Hairul Hissam says
kalau nak kacang nya rangup, boleh bakar dulu. Saya pun dah lupa berapa biji dapat. maaf ya..