Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Thosai ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Thosai:
=1 cawan ulundu (rendam)
=2 cawan beras (rendam)
=segenggam/sekepal nasi putih
=air secukup kegunaan
=garam secukup rasa.
Cara Membuat Resepi Thosai :
1) cuci beras dan ulundu – rendam selama 8 jam sehingga kembang ( rendam dlm bekas yg berasingan).kemudian,toskan.
2) blender beras,ulundu dan nasi putih.tambahkan sedikit air(pastikan kadar kecairan air sesuai dgn bahan2 kisar).kisar hingga halus.tambahkan garam.
*kalau guna ulundu yg ada kulit,buang kulit terlebih dahulu sebelum kisar.
3) simpan dalam bekas/mangkuk besar.peram selama 8 jam.
4) panaskan kuali leper dan titiskan sedikit minyak.
5) masukkan sedikit adunan tosai dan leperkan ( mcm buat kuih dadar)
6) masak sekejap/sehingga bahagian bawah tosai bertukar keperang2an.
7) lipat dan hidangkan di atas pinggan.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
akubiomed says
Tosai antara kegemaran akan dipesan setiap kali ke restoran mamak.
Hairul Hissam says
Lepas nie bolehlah minta tolong isteri buatkan 😀
Fafa says
Ulundu tu ap ehh?
Hairul Hissam says
sejenis kacang.. tanya kedai runcit india.. biasa mereka mmg ada jual… 😀