Tapi sebelum tu jom tengok dulu komen pau gebu lembut.
Ada juga boleh belajar bisnes bun pau dan pizza di www.rahsiabun.com
Ramai betul yang tanya bermacam jenis kuih dan masakan. Terima kasih juga atas support.
Resepi Butter Prawn
Bahan-bahan Resepi Butter Prawn
4 biji Kuning Telur
1/4 kiub pati ayam dihancurkan
100 gm butter (unsalt atau salt)
1 Sudu Serbuk Kunyit
4 Ulas Bawang Putih ditumbuk/cincang
6-10 biji Cili Padi ditumbuk /cincang
3 Dahan Daun Kari
1 Sudu Serbuk Kari (Optional)
1/2 Kiub Pati Ayam
5 sudu Susu Cair
500gm Udang Harimau (Dibuang kepala)
Garam dan gula Secukup Rasa
Cara Membuat Resepi Butter Prawn
Gambar ni saya buat kat rumah mak saya.
Langkah 1: Panaskan kuali dgn api sederhana. Masukkan 100gm butter. Tunggu hingga butter cair
Pukul dulu 4biji kuning telur dengan 1/4 kiub pati ayam dalam mangkuk. Pukul sikit je dan pelan2 supaya sarangnya bertali.
Kemudian tuang ke dalam kuali. Tuang pada jarak tinggi dan tuang sedikit-sedikit secara berterusan.
Semasa tuang kuning telur, kacau butter cair di dalam kuali terus menerus tanpa henti dalam bentuk putaran dengan senduk kuah.
Kemudian, masukkan 1 sudu serbuk kari daging dan sedikit air paip. Masak sehingga naik minyak seperti dalam gambar di atas.
Seterusnya masukkan 1/2 kiub pati ayam dan 5 sudu susu cair. Kalau nak resepi butter prawnnya basah, boleh tambah air paip atau sedikit lebihan minyak butter.
Nota: Udang harimau perlu dibuang kepala dan satu bahagian tajam di bahagian ekor terlebih dahulu.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah udang harimau masak dan berubah warna, boleh matikan api.
Nota: Kiub pati ayam dah masin, so masuk garam sikit je.
Resepi butter prawn ini memang sedap.
Siap, mudah bukan butter prawn restoran ini. Cubalah. Tentu sedap dengan air tangan sendiri.
Memang untung supply putu ke sekolah dan kedai makan. Anda juga boleh belajar bisnes putu piring, bambu dan mayam di www.rahsiaputu.com
Misz s says
Slalu tringin nk buat…tpi tkut nk cube sebelum ni, tkut x sdap..hehe..insya Allah nti sye nk cube buat ikut resepi ni…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik Misz S. Semoga berjaya membuatnya… 😀
nura8001 says
tqvm share resepi butter prawn ni… dulu pernah buat tp tk menjadi… ank2 mmg suka sesangat.. tk yah mkn ngan nasi pun x pe…. resepi dulu lain kot…. teruja nk buat balik…. hehe…
Hairul Hissam says
InsyaAllah cara ini lebih mudah dan menjadik cik Nura..
semoga berjaya ya.. 😀
Jue says
sy sukeeee sgt butter prawn..
tp kedai makan melayu jarang lak de wat
sebelum ini, egat nk try wat sendiri, tapi mcm xyakin
ini dah ade guide yg complete bulehla cube nnt..huhu..
Hairul Hissam says
Memang mudah membuatnya cik Jue.. nanti try la… mesti keluarga cik jue sukakannya. 😀
Jue says
klu udangnye dibuang semua kulinya ok ke??
coz hb sy lbh suka klu udangnye terus dimkn, mls nak kopekla katekan..
n 1 more, klu susu tu tukar santan leh ke? mn lg better?
tlg bg pendapat ckit..
Hairul Hissam says
Boleh juga dibuang kulit udangnya.
Tentu rempahnya lebih mudah menyerap ke dalam isi udang.
cuma nanti hasilnya kecik-kecik udangnya :D.
Mula-mula ingat nak bagi resepi guna santan.
tapi saya rasa, lebih sedap guna susu cair.
Mmg boleh diubahsuai resepi ini mengikut citarasa kita… 😀
nurqaseh says
emm..mesti sedap resepi ni..tq for sharing this recipe..
Hairul Hissam says
InsyaAllah berbaloi untuk dicuba cik Nurqaseh…
rosilawati sheila says
mnyak butter lebihan goreng tlur tdi tk bleh guna untuk seterusnye ke?
Hairul Hissam says
Kalau guna semula lebihan butter cair…. nanti tumis bawang putih, ia cepat hitam atau hangit la…. nanti rasa dan warnanya kurang menarik…. tapi kalo nak pakai juga pun boleh cik rosilawati 😀
suzaimah says
as salam….
thanks ya utk resepinya. suka makan tp tak tau buat…so lepas ni boleh la cuba.
cuma nak bertanya sikit, dlm langkah 5 di atas ada menyebut..”tinggalkan dalam setengah jam sebelum dimakan, agar rempahnya menyerap ke dalam udang”.
adakah ini bermaksud yang selepas udang ditumis dgn rempah kari tersebut, dibiarkan selama 1/2 jam dan kemudian baru dihidangkan ke, atau bagaimana…maaf kurang faham.
terima kasih sekali lagi.
Hairul Hissam says
Wsalam.. lepas nie boleh makan buatan sendiri ya cik suzaimah..
Oh yg langkah 5 tu.. mana2 boleh…. lepas udang siap dimasak atau siap dihidangkan, tinggalkan sebentar sebelum dimakan…
Kalo terus makan.. isi udang kurang rasa rempahnya la.. 😀
Juan says
nampak sedap jer bro
Hairul Hissam says
Bukan nampak lagi je bro.. mmg sedap..he.he.he
suri says
suri plk tak blh mkn udang sb klu makan muntah2 sb dulu ayah llu je pi cai udnag kat laut smi umh kami adik brdik makan mesti goreng udang dg kicap..
udg segar mmg sedap..bila dah sllu mkn mmg rasa jemu..cam skrg ni ar..
Hairul Hissam says
Boleh juga cik suri gantikan udang dgn sotong ke atau ayam potong kecil2 ke atau apa sahaja..
tentu sedapkan pelbagaikan hidangannya… selamat mencuba cik suri…
ho says
Haip lama dh nk try…..nanti sy cuba resepi ni ye en…..
Hehehehe mohon halal resepi tau..
Hairul Hissam says
Semoga berjaya membuat resepi butter prawn nie..
Noor says
Salam, kalau kita guna bekas roti jala(untuk masukkan adunan roti jala) utk telur tuu agak2 boleh jadi ker tidak?
Hairul Hissam says
Wsalam.. boleh juga guna bekas roti jala jika ada…. yg penting ia dituang sedikit2 secara berterusan. dan jangan lupa senduk dikacau terus menerus sehingga habis dituang ya.. selamat mencuba cik noor…
suri says
tuk..tuk..
mana tuan rumah saya lapar nak mtk skit leh hee..bukan sy nak mkn tapi anak nak heeee…
resepi mudah main lebur je ni kata org melaka main campak2 dlm kuali heeee
Hairul Hissam says
he.he.he.. terasa mcm kat sebelah je rumah kita je… :D…
Kalo anak2 cik suri tgk.. mesti dia kata .. nak mama..nak mama…
p/s: kebanyakan masakan melayu.. mmg campak2 je…..
zilah says
sy mmg suka mkn butter prawn tp ramai yg kt susah nak buat..
nnt nak cubalah…
insyaallah menjadi…
Hairul Hissam says
Kalo guna resepi yg asal mmg payah nak jadi..
so resepi nie dah dipermudahkan.. try la….
juanita says
Hmm..nak cuba laa
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik juanita.. semoga berjaya….
adele says
sedapnya….sy pernah cuba buat menu ni masa bulan puasa yg lepas..tp tak sehebat yg dlm gmbr ni 😀
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap cik adele.. try la resepi ini pula… 😀
idaceria says
tq bg resepi yg mudah n sedap..InsyaAllah sy akan cuba buat nti..sedapnyeee
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik ida. Nanti kalo dah buat berilah komen disini ya.. tq 😀
ohcikgu says
pehh, mesti sedap nih..
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap cikgu.. cubalah.. baru taw.. 😀
mahani says
Salam Hairul,
Ni memang menu favorit keluarga. Pernah buat tapi tak menjadi telurnya. Dalam gambarcara yang Hairul tunjukkan diatas, Hairul menggunakan sendok kuah semasa mengacau telor dikuali; adakah ini satu kemestian atau bolih guna sebarang sudip (seperti yang Hairul gunakan untuk menumis bahan2 lain untuk masak udangnya?)
Harap dapat tips2 yang diperlukan? Terima kasih Hairul.
Hairul Hissam says
Wsalam cik mahani. Yap, guna senduk kuah lebih mudah mengacaunya dengan lebih baik. Kacau spt buat putaran.. Oh .. elok saya masukkan dalam artikel diatas.. tq ya… 😀
RAMDAN says
alap bana reso ni(bahasa bajau-sedap betul rasanya) chef..nanti saya cuba untuk hidangan keluarga. Dapatkan komen kelayak ramai baru bole dimasak direstoran. termia kasih & bagilah lagi resepi yang power2 & terhangat dipasaran
Hairul Hissam says
Benar tu en ramdan.. dapatkan komen ikhlas dari rakan dulu baru boleh jual..
takut tekak kita je yg sedap.. selamat mencuba..
Yatie says
Hmmm..mmg nampak mahal & sedap….mesti cuba nie..terima kasih sebb sudi berkongsi resepi…kalu ada yang best2 lagi jangan lupa kongsi ya…
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik yatie… cuba.. jgn tak cuba ya 😀
suri says
lapar plk bro..harni khamis …nak makan ape yer?? bri klu masak tu bt panggang blh tak?adakah rasa udang tu akan lari??
Hairul Hissam says
Kalau pangang sampai hangus.. mmg lari homerun udangnya…… :D…..
Try la dulu cik suri.. baru taw lari ke tak .. gurau je ye…
miss purple says
selalu try tp x mjadi sebelum ini :D,tp sya try lgi ikut resepi awk bg ni plak,tq 😀
Hairul Hissam says
Cuba ya cik Purple.. InsyaAllah menjadik sebab resepi ini lebih mudah… 😀
Mekar says
Salam hairul.
Seronoknya sya tengok kamu memasak ni.
Bab resepi ni saya pun pernah cuba. tapi kenapa ya susah benar nak jadi bab kacau telur tu. tak sama macam kita makan kat kedai seafood. Yang saya buat, telurnya jadi seperti telur hancur. Fail terus..huhu…. Mungkin sya tak tarik tinggi adunan telur tu (spti gambar di atas)
Hairul Hissam says
Wsalam.cik mekar….
Kalau tak mahu telurnya hancur…. boleh cuba tips dibawah:
1. jgn pukul telur byk sgt.. nanti urat2 halus dalam telur tu hancur .
2. semasa menuang tu pastikan senduk tak berhenti mengacau
3. butter cair dah benar2 panas…
4. Guna telur baru
5. Tuang tinggi.
semoga membantu cik mekar… 😀
Mekar says
Oh.. patut la tak pernah mjadi. rupanya 5 tips ni saya tak pernah ikuti. Yg no 1 tu maksudnya “jangan pukul LAMA sgt ke atau qtt telur yg byk?”.hehe, terima kasih hairul atas tips tu 🙂
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik mekar… Oh .. jgn pukul lama2.. cucuk2 je pun boleh gak.. 😀
aqilliya says
Memang terangkat resepi tu. Nak tanya, baru-baru ni makan butter crab kat kedai siam, dia punya butter n egg tu halusss jer n kering cikit. Ingat nak buat versi prawn plak. Cam na yer nak bagi kering cam tu????
Hairul Hissam says
Saya kurang pastilah cik aqiliya.. mungkin dia tapis telurnya dan letak tempat yg panas hingga kering kot… 😀
umie says
sedapnyee..kena g beli udang la nampak gayanya ni…thanx
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik umie….. sekali sekala makan udang nie.. mmg syok… 😀
suriani says
tq Hairul 4 the resepi tu…dah lama saya cari…cara u ni mcm senang, nnti saya cuba…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik suriani.. cara nie mmg senang sikit… sebab puas saya memikirkan untuk memudahkannya.. 😀
super mak says
Hairol,
in case kat rumah tak ada butter… apa yg leh sy ganti?
* p/s: dah pasti nama pun lain kan…
Hairul Hissam says
Kalo tak de.. kena lah ge beli 😀
MR.Z says
nampak lazat.. sedap ke bro? siap ada butter lagi.. kena cuba ni..
Hairul Hissam says
Kalo tekak saya, sedap la Mr. Z.. kalo tekak Mr. Z tak pasti la pulak :D..
selamat mencuba bro…
cik tom says
wah nampak sedap!terliur tengok..hehee…
nanti nak cuba jugaklah…cuma ciktom xleh makan sgt udang…alergik seafood..hee..
bgs siap ajar bergmbr lg..
Hairul Hissam says
Boleh juga gantikan udang dgn ayam atau apa sahaja cik tom….
Cubalah……. 😀
nizamghazi says
Wuaaa.. seleranya tgok masakan butter prawn.
Udang harimau tu. nyum2..
Pandai hairul memasak.
Cara2 memasak pun ditunjukkan sekali.
Honestly, sy x pndai memasak. 😉
Tahu nak makan je ;p
Hairul Hissam says
Cubalah en. nizam.. campak2 je :D..
mesti jadik punya….
tapi part yg paling best sekali.. makan lah 😀
cik ha says
salam,
boleh tau, ia sepatutnya garing atau basah2 gitu??
Hairul Hissam says
Biasa cik ha…. ia dijual garing atau kering…
namun ada juga yg masak basah. terpulang pada citarasa cik ha…
selamat mencuba ya 😀
Sue@Nenie says
Waaaahhhh…siap ada step by step tuuu..Thanks sudi share resipi kat sini…
Hairul Hissam says
Mudah kan cik sue.. cubalah.. insyaAllah jadik dan menyelerakan.. tq 😀
anida says
Boleh buat video tak
Hairul Hissam says
Panduan bergambar tu, rasanya dah lengkap cik anida.. rasanya tak perlulah.. 😀
sasa says
wee sdapnyer.. balik rumah nnt nak try msakla.. skrg kat hostel.. cme blh tgk gmba je la ..
Hairul Hissam says
OH belajar lagi ya cik sasa..
Cuba ya balik rumah nanti…
Gembira emak ayah nanti…:D
bEe says
wah nmpk sedap!
Tp knp perlu tuang kuning telur dgn jarak yg tinggi ye?
Ada apa2 petua org tua?
Hairul Hissam says
Tuang tinggi nie untuk memberi tekanan pada kuning telur yg masuk ke dalam butter cair panas..
bila tekanan kuat.. lebih halus kuning telur floss nye…
eh.. nak petua apa nie cik bee…. kalo petua tambahan resepi.. ini dia…
1. jgn pukul telur byk sgt.. nanti urat2 halus dalam telur tu hancur .
2. semasa menuang tu pastikan senduk tak berhenti mengacau
3. butter cair dah benar2 panas…
4. Guna telur baru
5. Tuang tinggi.
semoga membantu cik bee.. 😀
eila says
sya da lama berminat nk wt butter prawn ny tp slalunyaresipi yg sy dpt berbelit2. tp yg ny sy tertarik sebab bhn yg simple n caranya agk mudh. cuma sy xfhm yg bab kacau tlor tu. jgn kacau semua? ker sy yg xphm arahan?? hehe…
minx explain =)
Hairul Hissam says
Mudah je cik eila.. masa tuang telur kuning tu…. kacau dengan senduk pada butter cair tanpa henti.. kacau spt buat bulatan…
Selamat mencuba… 😀
hafizah says
terima kasih…..nampak sedap betul untuk dicuba
Hairul Hissam says
tima kasih kembali.. selamat mencuba cik hafizah..
puanbee says
ok memang best nanti cuba lah buat terima kasih ye ..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba Puan Bee…
chii says
chii jrang mkn udang..nnt gatal..tp klo di gntikan ngan ayam..errr..bleh kan.
pastu apa sebab tuang kuning telur tu dengan jarak yg tinggi eh. ada sebab2nya ya?
pape pun..resepi ni nmpak sgt menyelerakan
Hairul Hissam says
Kalo allergic makan udang boleh gantikan ngan ayam…
tapi elok goreng separuh masuk dulu ayamnye cik chii..
Ohh.. jarak yg tinggi tu untuk bagi floss nye lebih halus….
selamat mencuba ya.. 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Kawe suka benar butter prawn nie. Kalu pegi seafood restaurant tak pernah miss order. Tak tahu lak ada blogger yg pakar pulak masak makanan nie.. Boleh order online ker?
Hairul Hissam says
He.he.he.. daripada bro order online.. baik bro makan kat seafood restauran..
panas dan freshh…
simple je buat dia bro.. try la. insyaAllah jadik tu.. 😀
pzza says
Tq for the recipe.. Nak confirm je ni…. resepi ni guna 3 dahan daun kari atau 3 tangkai daun kari… confuse ni….
Hairul Hissam says
Saya guna tiga tangkai je. Tapi memang lebih sedap jika guna lebih lagi….Selamat mencuba ya cik Pzza..
pzza says
tengok resepi tu en hairul ltk 3 dahan. tu yang saya tanya tu…..
Hairul Hissam says
Betul tu saya letak 3 tangkai.. tapi kalo nak tambah pun boleh.. selamat mencuba cik Pzza 😀
shila says
best..nak try..tq
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik Shila…
Kartina tina says
tqvm beri resepi ni hairul..dah lama nak cuba…last year ada makan ‘butter prawn’ ni masa dinnner…sedap pulak…tgk resepi hairul mcm mudah jer..nk cubalah..
Hairul Hissam says
Cubalah cik kartina.. mmg mudah je membuatnya…. dan enak dimakan seisi keluarga 😀
natrah says
Salam Encik Khairul
Akak nak tanya boleh tak nak copy paste resipi butter prawns ni? nampak sedap nak cubalah tapi bukan sekarang jafi akak nak simpan dulu resepinya
Nat
Hairul Hissam says
Wsalam kak nafrah, nanti nak cuba datanglah ke blog ini semula… tak lari ke mana blog nie… 😀
imah says
Best. Buat sempena hari raya aidiladha. makan dengan nasi beriani dan ayam masak merah… hingga menjilat jar..
Thank you atas resepi ni
Hairul Hissam says
Wah mesti bertambah meriah hari raya haji bersama hidangan butter prawn nie..
perghh.. siap ngan nasi beriani.. tentu menyelerakan…. tq cik Imah…
Aiza says
Sudah 3 Kali saya masak butter prawn (wet) tidak menjadi sebelum ini…tapi nmpk butter prawn kering resepi ni mcm senang tp kena Cuba dulu…takut sama nasib time masak wet butter prawn dulu..
Hairul Hissam says
Cubalah resepi cara saya pula cik Aiza..
cara saya lebih mudah dan insyaAllah menjadi
sebab dah ramai yg buat menjadi.. selamat mencuba… :D.
norizah muradee says
tkasih sudi kongsi resepi ini, saya dah cuba, memang sedap, saya terlupa susu cair tapi dah sedap, kalau ada susu cair tu lagi sedap, nak try lagi sampai puas makan, anak2 sangat suka..
Hairul Hissam says
Boleh juga gantikan susu cair ngan santan Puan Norizah. Kalo ada rasa lemak.. tentu lebih sedap 😀
Faudzi says
Senangnya resepi yang En. Hairul kongsi bersama, sy akan cubanya, rasa memang sedap…
Terima kasih, insyaAllah lepas ni nanti sy beri komen masakan sy sendiri.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba En Fauzi. semoga berjaya 😀
hj pajil says
sya mesti cuba nampak pun sedap n yang tadi tentang resipi kek batik tu saya la x leh buka
Hairul Hissam says
Selamat mencuba En Hj Pajil 😀
pn zai says
hari minggu lpas saya cuba resepi ni, sedap cuma telurnya krg cantik, husband biasalah nak mmuji pyh sungguh,kdg2 frust gak. Tapi yg pasti dia makan tambah n habis siap tanya lagi mana dpt resepi ni, i pun ckp ingat apa x pandai ke? terus diam. Apa 2 pun TQ untuk Hairul
Hairul Hissam says
Tahniah puan kerna berjaya buat butter prawn..Org laki nie puji dalam hati je..he.he.he….
tak pe la puan… insyaAllah pahala masakkan org makan nie besar.. tq kembali…
Rayyan Halim says
alhamdulillah..mmg sedap…da try semalam…terbaik!! 1st time wat terus jadik..happy betul…lepas la anak tekak ni dari mengidamkan butterprawn tu..just nk try teknik utk menghaluskan lagi serdak dia tu..syukran jazilan chef!!
Hairul Hissam says
Tahniah buat Rayyan. Mudah kan membuatnya. Oooo floss tu.. kalo tuang tinggi dan sikit2, insyaAllah lebih halus egg floss nya… tqvm. 😀
Rahimah Tamin says
Dah lama tau resepi ni, tapi belum pernah cuba, nampak mudah. Agak2 selain dpd nasi, sedap makan dgn apa ye…? Mcmmana makan dgn sup cendawan berkrim dan roti garlic yg di bakar sekejap..? Rasanya lebih sedap jgn dibuang kulit udang dan ditutup sekejap semasa memasak….cadangan saja…tq sbb ikhlas ajarkan resepi ni..
Hairul Hissam says
Cara ini lebih mudah.. ramai yg dah berjaya membuatnya…
Mmg seronok bidang masakan ini, kita boleh mempelbagaikan hidangan kita mengikut kehendak kita..
selamat mencuba cik Rahimah.. 😀
H Rowi says
Ni resepi paling detail pernah saya jumpa. Terima kasih, insya allah akan dicuba!
Hairul Hissam says
Semua repsepi disini.. step by step.. selamat mencuba 😀
Firdaus says
Memang menarik best resipi butter prawn nak praktik nanti
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en. Firdaus.. 😀
cikngah says
sdp2..arini sy pn wat butterprawn
Hairul Hissam says
Tahnaih Cikungah kerana berjaya membuat butter prawn.. 😀
shasha says
slm khairul nape saya buat telur yg di goreng x jadi rangup mcm kt kedai,tapi lembik je bla dh sejuk?
Hairul Hissam says
wsalm cik shasha.. Cuba goreng telur dgn butter lama sikit… 😀
Ummu Azahariah says
Salam tuan,
Mohon izin ambil resepi butter prawn yang sedap ini.
Terima kasih
Hairul Hissam says
Wsalam, hanya boleh ambil utk dicuba dirumah sahaja 😀
siti khadijah says
salam. tqvm entah mcmana termasuk ke site ni. memang dah rezki nakdpt resepi ni ya. saya memang penggemar butter prawn, dulu2 selalu order. tapi tak pernah ada kat restora melayu. ralat jugak, sbb tak pandai buat sendiri. now, insyaallah akan di cuba. cuma nak tanya; hanya sesuai guna udang harimau aje ke? atau boleh guna apa2 udang, Ya. t.kasih.
Hairul Hissam says
Mmg sgt beruntung cik siti memasuki blog ini. he.he.he..
Sebenarnya boleh guna apa sahaja.. nak guna ayam goreng pun boleh.. 😀
Kamariah says
Tried the recipe …appears fmly like it :comment …boleh buat lagi lain kali! Alhamdullilah…
Hairul Hissam says
Kalo dijadikan menu mingguan keluarga pun bagus juga tu Puan Kamariah 😀
mira says
saya nk sgt mcuba resipi nasi dagang@kuahnye…ade x kt sini?
Hairul Hissam says
Belum ada disini cik mira… 😀
manikam bahasa says
memang menarik resipi butter prawn ni..makan kat hotel punye la mahal…kali ni insya-Allah nak cuba buat sendiri…terima kasih kerana berkongsi resipi…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba ya… 😀
sweet sharings says
Looks really good. Something to try for sure. Just shared it with my list of FB friends.
Hairul Hissam says
Sure it really good and easy to make.. tqvm for sharing with your friend on fb.. 😀
Rosmerah says
Saya Sudah mencuba sangat sedap keluarga semua amat Suka Dan amat Senang membuat Nya tqvm
Hairul Hissam says
Tahniah Puan Ros kerana berjaya membuat butter prawn.. mmg mudah dan sedap… 😀
siti salmiah says
resepi yang paling saya nantikan dan teringin nak cuba.Terima kasih atas perkongsian ini,insyaallah akan dicuba
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuatnya… 😀
mahzatul says
assalamualaikum, tk Hairul utk resepi ini. sya suka sbab mudah mbuatnya dan mejadi kegemaran kluarga.
Hairul Hissam says
Mmg mudah membuatnya.. tentu keluarga cik mahzatul menyukainya.. 😀
ina says
wow… walla…. resepi nie mmang sedap dan mudah disediakan…
saya dah try & memang menjadi… even anak-anak mintak buat lagi…
thanks so much for the recipes…
Hairul Hissam says
tima kasih kembali krn sudi mencuba Puan Ina… resepi ini nampak ringkas tapi insyaAllah sedap. Syukurlah keluarga Puan Ina sukakannya… 😀
salisha says
tak sabarnya nak cuba,,,,harap 2 menjadi seperti yang ada dalam gambar ni…mesti best,,tq sebap sudi share resepi ni,,
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik salisha.. semoga berjaya.. 😀
ayu says
Hm…ni first time nk buat ni..for my anniversary tonite..hopefully menjadi..pray 4 me..heee..tq Hairul.com
Hairul Hissam says
InsyaAllah bertambah meriah aniversary Puan ayu nanti.. semoga berjaya 😀
Luke says
Penah keje kat hotel,
ade chef wat kat sana… sedap..
harap resipi chef hairul punbesh…
Cume rupe telur chef hairul tak cantik cket….
Kasar
Hairul Hissam says
Di hotel mmg saya tak pernah buat butter prawn sebab saya kerja di cold kitchen dan pastry kitchen… rakan sekerja di office dulu yg minta buatkan mengikut resepinya.. 😀
ida says
ader jugak dpt resepi lain tpi yang ini nmpk lg mudah sebab tunjuk demo sekali.. tkasih cik hairul..
Hairul Hissam says
Resepi ini telah saya ubah suai utk memudahkan pembaca membuatnya.. selamat mencuba ya.. 😀
ida says
nak cubalah sebab nampak mudah siap dengan demo skli.. tkasih cik hairul..
Hairul Hissam says
Tutorial sgt memudahkan. Selamat mencuba.. 😀
lizzliza says
saya pernah buat ni 2x…tp x menjadi serabai telur 2..huhu… so smpai skrang saya x pernah wt lg.. bila tgk resepi ni rasa cm senang je nk wt… thnks…nnt saya try wt guna resepi ni..
Hairul Hissam says
Cara saya nie lebih mudah kerana telah dimodified utk memudahkan pembaca mencubanya…
kayrul says
terasa nak makan butter prawn..jumpa plak resepi nie, nampak mudah dan cepat..boleh la cuba nanti
Hairul Hissam says
Kena try tu en. kayrul.. mmg mudah kerana telah saya modified dan permudahkan.. selamat mencuba ya.. 😀
sue says
kene cube nih,,,bcoz Xpnah buat…..
Alwizah says
macam mana nak bagi telur tu rangup sikit?tq
Hairul Hissam says
Boleh goreng lagi telurnya dalam minyak hingga ia ranggup. cubalah 😀
Alwizah says
oohhh..maknanya lepas angkat dari kuali bleh goreng balik dlm minyak masak jer ker…sbb klu makan kat restoran lebih rangup..tu yg nk tau mcm mane nk buat..nway thanks hairul
Hairul Hissam says
Ya betul.. cubalah…
p/s: di hotel dulu mmg saya tak pernah buat butter prawn.. panduan nie atas permintaan rakan sekerja saya dulu yg memberi resepinya. Dan saya modified resepinya… tqvm ya.. 😀
nabila says
As salam hairul..
Terliur tngk resepi nya,everyweek dinner mst butter prwn..tp x th nk bt,ni tngk resepi ni nk try lh..nk tnya mmg sma orng bt butter prwn ada gn curty pwdr..kalu x letak sdp x..ada resepi butter chickn x..dh lm nk bt tp x th..trskn berkongsi ilmu..
Hairul Hissam says
Kalo letak curry powder dan daun kari, lagi sedap…. 😀
dyana says
wah…nk try ptg nila..slalu mkn kt luar je, xtau nk buat cmner, ni dh ada resepi, best2..nyum2
Hairul Hissam says
Boleh berbuka puasa dgn resepi ini 😀
dyana says
sy dah buat semalam..rasanya sedapp sama seperti yg sy mkn kt seafood restaurant cume telornya xbrapa menjadi (x bersawang sgt)..heh..maybe maybe xtinggi sgt tgn msa sy tuang telur tu..hehehhe..anyway thanx a lot ya 4 da recipe…
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali… semoga menceriakan keluarga cik dyana 😀
Kak Sal says
Hari ni nak try wat udg ni.Dah lama teringin nak buat sendiri ni baru jumpa resepi dia.thanx hairul
Hairul Hissam says
Selamat mencuba kak sal 😀
Shima Herry says
mlm td baru jer hby tya pandai x masak butter prawn…x sgka arini ternampak resepi chef yg senang n mudah di ikut sbb ada gambar n step by step yg jelas…he3….sat gi balik terus cheq nak try nooooo…..
Hairul Hissam says
Wah bersemengat betul Puan Shima..
semoga berjaya buat butter prawn..
tentu suami cik shima tersenyum bangga 😀
nanny says
halamak… mudahnya
mmg dah lama teringin nk makan kat restoran.. jumpa lak resipi chef ni
buat sendirik lagi best..
Hairul Hissam says
Buat sendiri lagi sedap dan berkhasiat 😀
Izah says
As slm hairul…udang dlm resepi ni x perlu d goreng garing dulu ke? Akak follow your step by step ni…serbuk jadi tapi udang x leh nak garing due to rempah tu..pls help .tq
Hairul Hissam says
Teknik nie style pantas, saya short cut kan…… kalo nak goreng dulu pun boleh.. 😀
zainah says
resipi warisan dari arwah ibu saye….mmg favourite kami.sukatan guna tin oat pun masih di simpan.
Hairul Hissam says
Resepi biskut oat mmg sedap kan.. 😀
eqeen says
wah..menarik warna masakan resepi butter prawn nie..nak cuba nanti sebagai juadah berbuka puasa nanti..
Hairul Hissam says
Cubalah cik eqeen, confirm sedap.. 😀
Rosnah says
Baru cuba dan menjadi anak anak dan suamai kata memang sedap dan sama mcm kat restoran. Terima kasih kerana resepi step by step.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga menceriakan keluarga puan rosnah ya.. 😀
leza says
mekasih chef, moga chef berbahagia kerana tak lokek ilmu. moga kami(saya) boleh memasak.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali dan selamat mencuba 😀
ashid rustam says
Salam En Hairul
Saya Ashid dari BERNAMA, tujuan saya menghantar pesanan ini adalah kerana ingin mendapatkan contact no dari En Hairul. Tujuan saya mendapatkan contact no En Hairul adalah untuk menjemput kesemua blogger yang aktif dalam bidang masakan ke acara-acara yang dikelolakan oleh pihak BERNAMA. Sekiranya En Hairul ingin mendapatkan kepastian bolehlah hubungi saya:
ASHID RUSTAM
Marketing Executive
BERNAMA
03-26962157/013-3497309
Hairul Hissam says
terima kasih di atas jemputan.. buat masa nie saya sibuk dgn produk baru dan sedia ada. maaflah ya 😀
riza says
Pernah dulu satu ketika, bapa saudara datang ke rumah kak Riza. Kak Riza masak udang, tp tak ingat masak apa. Dia kata, kenapa tak masak butter prawn, macam kat hotel. Kak Riza ni manalah tau, orang kampung…sedih sekejap waktu tu. Sekarang baru jumpa resepi Hairul. Nampaknya kena belajar buat, nanti bapa saudara tu datang lagi rumah, bolehlah dia makan butter prawn masakan kampung asal dari hotel Hairul…
Hairul Hissam says
Oh.. butter prawn tu bukan asal hotel kerana saya di pastry kitchen dan cold kitchen.. Tu resepi yg kawan saya bagi dan minta saya cuba.
Tentu bapa saudara cik riza sukakannya nanti.. 😀
lyda mohd says
baru je masak butter prawn ni. First time cuba alhamdulillah menjadi. Anak2 puji sedap. Thanks sudi kongsi resepi..
Hairul Hissam says
Tahniah cik Lyda kerana berjaya buat butter prawn.. semoga terus menceriakan keluarga cik lyda ya…
tshirtmudah says
tq for the resepi.dah lama teringin nak cuba.ni resepi yg kering pnye ye?ada resepi yang butter prawn stail basah pnya..mcm ada kuah gitu..??
Hairul Hissam says
kalau nak basah, tambah je air atau santan. hee… 😀
sarina says
Sedap dn tq kongsi resepi.nak wak berbuka lh ptg ni….
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan menikmati resepi butter prawn ini..
Norhizan bt Mohd Ali says
Encik Hairul macam mana kalau saya hendak floss telur itu lebih halus dan browniss warnanya..
Hairul Hissam says
Kalau nak brown, masak lama sikit jeee. 😀 Kalau nak halus, mungkin kena tuang lebih tinggi dan guna kuning telur yg segar. dan butter kena benar2 panas.. .
syuhada amir says
tq..utk resepi nie,,,
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi butter prawn nie..
KKTG says
Adui….sedapnya! Kalau try & tak jadi pun tatap x rugi masak sbb udang mesti sedap juga…. 😀 Mesti mo try ni! TQ sbb share…
Hairul Hissam says
Betul juga tu.. apa jua masakan udang, gerenti cepat habis.. kena pula udang yg bersaiz beso.. 😀
Yatty says
Nampak senang..bahan pun senang dapat..kene try nih..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. 😀
Redzuan says
Salam En. Hairul. Saya org melaka n ade makan di umbai udang butter basah nie. Kedai tu letak oat n rase oat tu manis n sedap. Saye pernah cube wat resepi En. Hairul nie n tmbahkn oat, tp rase oat rupenye xmanis n nmpk mcm nestum. En. Hairul ade resepi udang butter basah oat yg boleh dikongsikan?
Hairul Hissam says
wslm.. Saya tak pasti pula pasal resepi guna oat tu.. 😀
Nor Muttlib says
Tq VM until resepi ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
Nur Azmanie says
mesti guna butter ke jgk??
Hairul Hissam says
Mestilah sbb nama resepinya ialah butter prawn 😀
Nur Azmanie says
kalau guna mentega tak ble ka?
Hairul Hissam says
boleh jee tapi rasanya tentulah sikit berbeza..
psst: kalau guna marjerin, jadilah marjerin prawn.. heee
zaiton hamid says
sedap dan mudah….boleh pasti cuba buat lps ni…..
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi butter prawan saya nie…
Norhanita says
thankss… bole cuba ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba…
Noriza Rahman says
Sedap pula tengok udang butter ni..mudah pula tu nak buat..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba puan noriza…
umiadam says
terima kasih berkongsi resepi.
kena save dulu resepi ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba butter prawn nie.. mmg sedapppp..
Ahlia mukhlisin says
Alhamdulillah sdp sgat terima ksi kongsi resepi ni?
Bru tdi sya cuba.Alhamdulilah menjdi trima ksih sis.
Ad brpa kli cuba msk butter prawn tpi x menjdi.
Alhamdulilah sy skli cuba ja resepi sis menjdi.suami pn suka sgt?
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya membuat resepi butter prwan nie..