Bagaimana jika hidangan tengahari anda disajikan dengan sepingan belalang kunyit goreng. Macam gambar di atas tu. Cicah pulak dengan sambal belacan power atau black pepper sauce. Ada sesape pernah try. Ada sesapa sanggup try. Macam mana la agaknya rasernya. Mungkin mula-mula rasa loya. Tapi kalau sedap, hari-hari nak makan ya :D. Dah macam makan french fries plak. Terfikir gak kalau…
Terfikir gak. Kalau jual kat pasar malam. Macam mana la sambutannya ya. Gerenti riuh sekampung. Bisnes baik nie. he.he.he. Silap-silap keluar tV. Ok. hari ini hairul.com ingin berkongsi sebuah keratan akhbar dari Kosmo tentang makanan eksotik atau serangga ini. Pada yang first time melihatnya, tentu agak mengelikan. Namun ia telah menjadi antara makanan rutin penduduk negara Laos dan Thailand.
Apa yang menarik terdapat kira-kira 20 ladang ternakan serangga seperti cengkerik di negara Loas. Manakala di Thailand terdapat ratusan ladang seperti ini. Ini menunjukkan permintaan yang cukup tinggi terhadap makanan eksotik ini. Ditambah lagi, kajian dari Universiti Kebangsaan Loas menunjukkan serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan vitamin dan protein yang paling tinggi dan cukup baik untuk tumbesaran. Mungkinkah ia mampu menggantikan nasi dan ayam?
Inilah cara menternak cengkerik di negara Loas. Ia diternak di dalam balang-balang besar. Ini bermakna ia boleh diusahakan di belakang rumah sahaja. Jika diperhatikan, ia sama seperti penternakan lintah yang cukup popular suatu ketika dulu. Bagaimana kalau kita menternak cengkerik pulak? Dapat juga menikmati bunyinya :D.
Terus terang hairul.com kurang pasti hukum halal atau haram memakan cengkerik. Cuma ada terbaca di beberapa blog yang Majlis Fatwa Indonesia menyatakan cengkerik halal dimakan. Hujah yang diberikan, cengkerik ialah serangga yang sama jenis dengan belalang. Namun jika hairul.com tidak silap, belum ada lagi fatwa daripada negara kita. Mungkin masyarakat negara kita tidak berminat dengan makanan ini kot. :D..
Memey says
Salam encik hairul.com saya penternak cengkerik . Dan saya berpendapat benda mcm ni perlu diketengahkan. Ape pendpat tuan ? Dan dimana perlu untuk dirujuk sekiranya sya berminat menjadikan cengkerik ini sebagai makanan pula. ? Ada cadangan
Hairul Hissam says
Elok puan rujuk jabatan kerajaan yg berkaitan.. Saya pun kurang arif dalam bab nie.