
.
Pernah kena paw atau wang dipinjam tidak dipulangkan. Mungkin anda pernah mengalami situasi begini. “Mat aku terdesak nie, pinjam RM50. Esok aku bayar” Iye ye je esok nak bayar. Bila tiba masanya, pelbagai alasan diberikan. Dah kita pula yang terhegeh-hegeh mengutip hutang. Memang bengang. Itu baru pinjam RM50. Belum lagi ratusan atau ribuan ringgit. Tentu sakit jiwa kan.
Inilah dikatakan anda telah ditipu atau di paw secara tidak langsung. Kalau Internet Marketer, diaorg panggil soft paw
. Persoalannya bagaimana mengelak wang anda dari dipinjam dan ditipu. Disini saya berkongsi satu tips yang dikongsi oleh seorang Sous Chef. Sous chef ini memang banyak cakap. Tapi petuanya memang simple dan berkesan.
Sebelum itu, saya ingin berkongsi pengalaman saya dipinjam wang oleh sahabat baik saya. Kisahnya selepas grad dari UKM. Seorang sahabat baik saya call. “Hairul, pinjam RM500, motor aku rosak la”. Pada mulanya saya keberatan. Yelah kita pun nak pakai duit. Namun rasa kesian pula dengan sahabat baik saya tu. Saya call dia semula “Aku bagi pinjam RM200 je… nanti pulang”. Beberapa bulan selepas itu, bermulalah kerjaya baru saya sebagai ceti kutip hutang. hu.hu.hu. Mula-mula call, macam-macam alasan diberikan. Lepas tu tukar handphone pula. Call rumah ayah dia, kata dah kerja KL pulak. Memang bengang, bengang dan bengang.
Sampailah saya call ramai kawan-kawan UKM yang kerja di KL. Akhirnya dia pulangkan juga wang tersebut. Tak tahulah dia pulangkan sebab malu atau baru ada duit. Nasib baiklah dua ratus je. Kalau beribu, tentu lagi payah nak bayar. Disini saya lihat, pinjaman hanya akan merenggangkan persahabatan dan membebankan sahabat kita. Yelah mereka pun ada masalah kewangan lain yang perlu diselesaikan. Oleh itu cara terbaik ialah memberi sumbangan ikhlas membantu sahabat kita yang memerlukan mengikut kemampuan kita. Bukannya memberi pinjam.

Ok. tentu anda tidak sabar mendengar petua dari Sous Chef tadi. Oh petuanya memang simple je. Kalau ada orang nak meminjam dari anda. Cepat-cepat kata sorry dan beredar dengan kadar yang segera. Tak perlu dengar celoteh atau pujuk rayu mereka. Jalan atau bla je. Gerenti, mereka akan serik nak meminjam dari anda. Tak caya, try la. Saya dah cuba semasa kerja di hotel dulu. Memang membuatkan mereka serik untuk meminjam dari kita.
Percayalah, jika anda terus mendengar pujuk rayu mereka. Gerenti boleh cair. Kena pula yang pandai menggunakan ayat melembutkan hati. Itu lagi bahaya. So cara terbaik, beredar dengan kadar segera. Tidak perlu mendengar pujuk rayu mereka. Lebih bijak mendengar masalah mereka dari orang lain. Jika mereka benar-benar menghadapi masalah. Hulurkan bantuan dengan sumbangan ikhlas mengikut kemampuan anda. Percayalah, jika anda membantu orang lain, anda akan dimurahkan rezeki. Semoga tips ini membantu
.
p/s: Mungkin anda ingin berkongsi petua atau pengalaman anda dipinjam wang. Kongsilah melalui komen dibawah. Amat dialu-alukan..

















saya tak jumpa button LIKE but anyhow satu idea yang menarik
Tima kasih kerana sudi membaca En Nahar
Button like ada di atas artikel dan dibawah artikel. Jika tiada boleh juga klik Kongsi Artikel Ini di FB. Ia sama sahaja.
Salam abg hairul…
Sue nk tnyer lah kan… kalau kita ada main kutu online… lepas 2 mak kutu ada masalah plak… tergantung lah wit kutu kita yg tertunggak untuk dye bayar…
macam mana nk mintak balik yer… Sue ade lagi RM700 mak kutu xbayar2 lagi dah hampir setahun… Minta cara baik.. mcm2 alasan dibagi… Mcm ner agaknyer cara yg ‘afdal’ skrng… lebih2 lagi tgh memerlukan duit sekarang nie…. huhuhu
No fon dye dh xaktif… cuma yg ade nama & ic dye jer….
Wsalam Cik Sue… Banyak RM700 tu sue.. Kalo orang yg kita kenal, boleh juga kita call saudara mara atau keluarga dia. Suruh nasihatkan dia untuk bayar. Tapi kalo kat online nie memang la payah cik sue. So next time janganlah mudah bagi duit walaupun atas nama kutu ke, skim ke atau apa sahaja. Sebab dah ramai yg tertipu.
pandapat saya, duit tu kira niat sedekah je sue, orang sedekah Allah akan tambah, lagipun duit yang dipinjam secara face to face pun orang susah nak bayar, harap sue tak terkenang sebab dah join kutu online, cari sumber pendapatan lain..
Terima kasih atas tips ni. Memang pun, leceh ada kawan2 yang suka pinjam duit tapi tak reti nak bayaq. Pinjam pandai, bayaq liat bukan main. Kita pulak yang nak kena jadi cheti…
Memang sakit jiwa kan cik sabrina ngan member macam nie.. So cara terbaik berilah sumbangan ikhlas jika mereka benar2 memerlukan. Hati kita pun aman
Kalau dipinjam rm10 memang banyak,lepas tu org yg pinjam tu buat2 lupa,bila jumpa kita.
Biasanya macam tu la en Azman, diaorg buat bodah je kan. Kita pula yg segan nak mintak.
suka la tips nie…thanks en.hairul..
tima kasih kembali cik nabila…
mmg penah kena pun…ngan bos sndiri lg…pnjm awal thn tp smpi la ni x dpt blik…huhuu…sedih btl la…
Kalo bos yg pinjam, segan jugak nak mintak kan cik bunga.. tapi yg herannya bos tak segan pulak meminjam dan selambanya tak pulangkan. Try cik bunga plak pinjam ngan bos cik bunga. Kalo dia minta balik… kata dah contra je…
btul tu…sye dh beberape kali jgak kena..x bgi pnjam, kesian..ble dh bgi, sush nk pulangkan..rase mcm melepaskan anjing tersepit, akhirnye kite yg kene gigit..
Mmg tepat pepatah yg cik Misz S berikan…. memberi pinjam nie seolah-olah kita mencari masalah. Nanti dapatlah kerjaya baru sbg cheti kutip hutang
Tajuk yang menarik..dengan pantas nya saya klik pada link :p
Jgn lupa baca cik Azhar
.. semoga bermanfaat…
Salam. Encik Hairul, saya pernah mengalami kena tipu, kawan sepejabat pulak tu. Nak tahu berapa saya kena PAW…RM7000.00. Hampir nak gile saya bila nak minta balik duit saya. Macam biasalah alasannya nak pinjam seminggu sahaja, tunggu loan bank lulus. Katanya nak bayar duit muka beli van, siap tunjuk borang loan bank pada saya. Saya ni pulak, tanpa pengetahuan suami terus bagi.Mengigil jugak nak bagi tujuh ribu le Hairul.
Tunggu punya tunggu hampir dua bulan…rupanya dia gunakan duit itu utk wang hantaran..Macam-macam cara saya mintak hutang, adoh peritnya..saya pulak kena fitnah..rasa nak pergi ke bomoh tapi berkat sabar..Dipendekkan cerita, suatu hari dia datang dengan nada marah-marah, NAH AMBIL DUIT BAPAK ENGKAU, APA KAMU INGAT AKU NI SENGKEK KE. Saya terus ambil duit 7 ribu dan terus masuk bank, dalam hati tertanya-tanya apa dah jadi dengan mamat ni, rupanya bos tempat kami kerja bagi warning dekat dia..Alhamdulillah..selepas peristiwa tu, saya rasa insaf, inilah padahnya membelakangkan suami. Kepada semua isteri di luar sana, mintalah izin pada suami sekiranya kita nak buat sesuatu.
Tima kasih cik latifah kerana sudi berkongsi pengalaman ini. Semoga menjadi pengajaran buat kita bersama. Mmg ramai yg sanggup bercakap apa sahaja untuk menipu wang kita. Lebih baik jangan percaya dan jangan ambil risiko. Kalo dah terkena macam cik latifah ini, mmg bijak gunakan org disekeliling yg berpengaruh spt bos, keluarga atau ayah mereka untuk mendapatkan wang kita semula. Spt kata cik latifah, jgn sesekali membelakang suami. Begitu juga dgn suami, dptkan nasihat dari isteri sebelum buat tindakan.
sama la ngan aku, aku ader bagi pinjam, pastu dia bayar sikit, baru dua hari pinjam balik, pastu ni da dekat nk setahun x setel lagi, kalau 100 aku halal jer, ni ribu nih, tp xpa aku tau rumah dia, kalau liat sgt aku pi jer rumah dia, hehe
Mmg liat betul org nak bayar hutang kan en juan…
Nanti bro pege rumah dia.. bawa sekali member2 yg badan tegap.. Kasi dia cuak sikit…
p/s: tapi kalo amaunnya besar.. cuba minta dia bayar ansur2….
saya lebih suka bulan ni aku byk pakai wang ar sori ek..heeee
Bagus jawapan tu cik suri…buat mereka mati kutu nak memujuk lagi..:D
sakit hati juga bila kita pinjam kat orang, orang liat nak bayar..time nak pinjam laju la pulak.. kelakar betul kan.. haha
Biasanya mcm tu la Mr. Z.
bila time meminjam.. laju je kita bagi. sebab kesian sangat..
tapi time mintak balik… dia tak raser kesian plak kat kita.. hu.hu.hu..
ada wet suka bli brg2 dapor heeeee..takat ni dah hebdap satu oveb kt jusco heeeee..
Wah.. nie mesti nak buat bisnes kek, roti dan biskut plak nie… he.he.he…
Bila baca ni teringat kawan2 yg pinjam duit tak bayar balik.
Klu kumpul2 nak dekat 1K lebih. erm..
Tak taw bila dorang nak bayar. Nak mintak tak reti
Ades ;(
Byk berdoa bro agar dibukakan hati diaorg utk bayar…..
manalah tahu, sekali diaorg bayar.. double plak
best la ptua ni…tapi kalau sdare2 yg dtg pnjm cmne?siap dtg uma plak tu mlm2…xkn nak say sorry then suruh dia blah je…cam x best plak sbb dah sedare…ada tips?pastu ada gak kwn2 yg boyfriend or girlfriend or tunang dia yg suka pnjm duet tp xreti nak byr balik….pnjm ckt2 xpe kot…tp kalau pnjm byk?cmne tu?
Mmg berat jugak tu cik atin kalo saudara mara sampai dtg rumah nak meminjam nie. Serba salah jadiknya..
.. Boleh juga cakap “Saya kena bincang dulu ngan emak bapak atuk nenek atau sesape sahaja” So masa perbualan tu cuba alihkan topik pada perkara lain. Tapi kalo mereka terdesak benar2 memerlukan, berikanlah sumbangan ikhlas membantu mereka mengikut kemampuan kita.
…. Tapi kalo pinjam untuk bisnes, utk kawen.. utk skim .. jgn layan la.. sebab benda nie boleh postpone….. Kena ingat cik atin, org yg nak meminjam nie akan cakap apa sahaja untuk memujuk kita. so berhati2.. Dan jgn risau utk tidak memberi pinjam kerana semua perkara akan dilupakan juga…
aah kan…hehe…by the way, yg sdare tu memg dah pnjm pun.bkn dr sy, tp parent sy…bkn ratus2…so, after this, parent sy jd ahlong la kot..hhe..thanks 4 the info =)
Susah juga kalo dah terkena nie cik atin… semoga menjadi pengajaran pada kita. p/s: mencegah lebih baik dari mengubati…
itula…dpt tips after dipinjam…hhehe…xpe…still blh guna jgk tips ni..
He.he.he…. jgn lupa cik atin turunkan tips ini pada anak2 nanti.. agar tak terkena lagi….
yap. Betul gak cara tu.
Aku dulu, kalau orang nak pinjam..setakat rm10-rm20..aku tak kesah. tak bayar pun takpe. Tapi kalau dah beratus..memang aku tuntut sampai dapat..haha..
lepas dah serik..sesapa nak pinjam dengan aku..terus buat surat perjanjian yang cukup berat sebelah. Tak bayar, ok. Kita deal ikut mahkamah. Haha.. terus sorang pun tak berani buat pinjaman. haha..
Mmg ramai yg dah serik memberi pinjam nie en. Titan…
wah…. bagus la cara en. Titan siap buat surat perjanjian..
kasi diaorg fikir dua tiga kali nak meminjam….
kalo diaorg tak berani.. nampak sangat nak paw sebenarnya tu… ha.ha.ha.ha..
tapi dalam islam pun mmg disuruh buat surat perjanjian dengan saksi walaupun pinjamannya sikit. Itulah hikmahnya…
saya sebenarnya cepat kesian kalau orang nak pinjam duit…10-20 pun bagi juga walaupun kadang kadang kita sendiri pun kering masa tu..rasanya nak try cara Titan pulak lepas ni..tak kasar ke????
Kalau nak bagi juga.. elok sgt buat mcm titan… tapi lebih elok cabut cepat2 kalau tak mau jadi ceti kutip hutang nanti
Terima kasih banyak2 En.Hairul kerana memberi tips ni.semoga tips ini dapat membantu mereka yg mencari idea bagi mengelakkan peminjam yg x reti2 nak bayar hutang balik…….
Terima kasih kembali cik naza….Kalo cik naza ada idea2 lain, sudilah kongsi.. amat dialu-alukan dan dihargai..
sALAM hAIRUL.
Sya pun pernah juga kawan2 berhutang. Ada yang myelesaikan dgn cara yg baik. Alhamdulilah. Dan ada juga kawan yang buat tak tahu jer sampai ke sudah. sampai kita yg naik segan nk minta ke dia. Nasihat saya kalau dah jadi macam tu, kita niatkan utk bersedekah saja pada kawan tu. Barulah hati kita rasa tenang. Pahala pun kita dapat
Wsalam cik mekar….. bagus juga cara tu…. membuatkan hati kita aman dan tenteram…. tambahan pula jika kita bersedekah dan membantu org lain… insyaAllah murah rezeki kita nanti….
Ada juga terkena…
bEe terpaksa mohon kat Tuhan biar Tuhan balas ajelah…. hukhukhuk
Byk berdoa cik bee agar Allah membukakan hatinya utk byr balik
.
p/s: mesti banyak cik bee kena pinjam nie ..
Alahai.. tips ni mcm ni ditujukan utk kawe jer.. Tq Tq..
kureng la kena paw lepas ni.
La ye ke…he.he.he… semoga selepas nie, berhati2 ya bro..
sekarang ni kalau orang nak pinjam duit, saya minta cagaran barang, tenang sikit..
Bagus juga cara tu…. tak dapat balik duitnya.. dapat juga jam rolex ke apa ke kan. tq
tips yg menarik..tp mmmg betul la. kalo kita x dg oujuk rayu mereka..mmg kita pun xde ati nk kasi..kalo x..sure x sampai ati nak hampakn dorng kan
Mmg confirm cair cik chii..
dengan matanya.. dengan mukanya….
dengan ceritanya…
so lebih baik cabut cepat2
mmg betol ape y hairul tulis tu, kita akan terpedaya dg peminjam klu kita dengar masalah diorg. ctpun pernah 4-5 kali jg mengalami mslh kene paw kawan ni, skrg dah serik dah. ade y last ni kene dg kawan baik y lg teruknye suami istri plak tu y isteri pinjm 200 y suami 1000 kate ujung bulan nk byr,dah smpi ujung bln sye tepon 2-3kali die buat2 tk kenal kite plak,ade ke patut die buat2 suare ckp cine pdhal sah2 tu nombor diorg ct cari smpi umah diorg dah pindah plak,sakit hati jdnya.
Banyak juga cik ct kena pinjam dan paw tu. tentu sakit hati kan cik ct..
Kita punya la baik dan kesiankan diaorg. Akhirnya kita yg sakit hati.
Siap cakap cina tu dan pindah rumah tu… hu.hu.hu..
Semoga menjadi pengajaran di masa hadapan.
tima kasih kerna sudi share pengalaman cik ct..
salam…mcm mne ye kiter nk minta blik duit kiter tu tanpe org tu terasa….atu pun cmne crenye kita nk bg die phm yg kiter nk blik duit kiter tu….
Wsalam….bila fikir-fikir balik cik murni, yg meminjam pun tak memikirkan perasaan kita dan tak faham2 nak pulangkan duit.
…. Kenapa ya kita terlalu memikirkan perasaan mereka…. Tapi kalo mereka ada masalah kewangan, mintalah dia bayar ansur2.. sikit-sikit.. lama2 habis juga dari tak bayar langsung kan
saya ada pengalaman cam nie (mmbr office)…janji nak bayar bila suami dpt advance…tp sampai setengah tahun baru bayar…itu pun..bayar separuh jer..ms bayar dia kata lg separuh dia akan bayar sikit²…tp sampai skrg x bayar pon…if dia bayar RM10.00 sebulan pon rsnyer dh nak abih kot utang dia…Kita yg bg pinjam plak sampai malu nak mintak…dia leh buat ² x igt…agak² burn la kot…kita kdg² bila ckp x de duit…dia let wat² x paham jer…bercuti sana sini bnyak lak duit….nie la di katakan ” keinginan melebihi kemampuan ” sampai sanggup berhutang keliling pinggang…..
Mmg ada sesetengah org angap berhutang nie, pendapatan sampingan dia.. tu yg bahaya… Apabila meminjam, tak pernah terfikir nak pulangkan..
kita pula yg malu dan mintak balik hutang….. semoga menjadi pengajaran cik alia dan keluarga dimasa hadapan..
insyaallah…sy akan jdkan pengajaran…buat org yg suka meminjam duit tp susah nak pulang lik duit tu…igt lah… suatu hari bila diri betol² susah dan memerlukan duit…semua org takut nak beri pinjam lg…semua org x kn percaya lg janji manis mu….
Benar tu cik alia.. nanti bila dah betul2 susah, baru dia tahu..
Like the idea how to avoid org2 yg suka PAW org dan buak DERK lepas tu.
Nak juga cerita tentang org yang rapat dgn saya. Oleh kerana terlalu baik, beri pj RM3k pada rakan sepejabat yang confess ada hutang dgn along (ribu2 + bunga lagi). Yg saya bengang tu sanggup amik pinjaman 40k utk bayarkan hutang kepada bank bagi pihak rakan sepejabat ni. memangla susah nak dapat orang sebaik ini tapi saya rasa memang tak perlu tolong org sampai ke tahap tu sebab besar kemungkinan kalau dia sanggup pj pd along, memang liat la nak balas pada kita….
Walaumacammanapun, nasi dah jadi bubur, sekarang tiap2 bulan kena pastikan kwan sepejabat dia masukkan duit ke bank bg bayaran pinjaman.
Bagi yang di luar sana ikut nasihat Hairul, tak perlu dengar2 byk2 esp yg mudah kesian kat org. Kalau ada kemampuan derma/sedekah setakat yg mampu. Menolong org perlulah berpada-pada….
Tima kasih cik nana kerana sudi berkongsi kisah menarik nie…
Mmg baik hati betul member Cik nana tu…
Saya pun tak berani nak buat pinjaman 40 ribu utk org lain..
semoga menjadi pengajaran kita bersama……
p/s: betul tu membantu tu perlu berpada2…
dan tak semestinya dgn wang ringgit. ..
nasihat pun kita membantu gak kan..
dh terkena sekali..tobat aku xbg pjm dt kt sapa2 dh..
~ plg sakit ht, terus dia block fb..
Mmg serik kan En kaseym apabila dah terkena…
haha..mcm jadi kat aku dulu..member pinjam dkt 1k..kata nak bayar bulan depan..bila cukup bulan sampai dia call cerita tok nek sedih kalah filem hindi bagi mcm2 alasan takleh bayar….lepas aku dah naik angin dia bayar kat aku rm200..lepas tu tukar no hp berkali2..walhal rumah sejengkal je..kalau ikut amarah ni nak je aku serang rumah simbah cat kaler merah apa yang patut..nasib baik belum sampai tahap ni lagi…alkisahnya dia pinjam duit sbb katanya kete nak kene tarik..takleh bayar..so kesimpulannya kawan2..jgn sesekali kasi pinjam duit kat member sedara mara ketua kampung..melainkan dia sakit teruk and perlukan rawatan segera and memang soheh takde duit.
Tapi kalo difikirkan semula en Idir.. biarlah kerete dia kena tarik.. satu pengajaran pada diri dia juga… bukan sakit apa kan…..
Kalo betul-betul sangat memerlukan, barulah kita bagi.. kita sedekah je kat dia..
memang pun…dia punya pasal, lps tu aku takde nak kasi sapa2 pinjam lagi dah..senang hati aku.
Itu satu pengajaran yg cukup baik dalam hidup en Idir..
Assalamualaikum,
Saya setuju part ‘ikhlas dlm memberi’, kerana setiap amalan yg tidak ikhlas bukanlah ibadah, xde pahala, rugi jer. Beri setakat yg kita mampu dan ikhlas, x semestinya mengikut jumlah yg dia mahu. Kalau x ikhlas, xyah beri langsung, kerana kelak akan mendatangkan masalah dan mungkin boleh menjadi kpd bermulanya rentetan dosa yg kita tidak mahu. Part, ‘tidak mendengar masalah dari dia, tapi dari kawan dia’ saya tidak setuju. Boleh membawa kpd mengumpat dan fitnah. Tapi, izinkan saya nak berkongsi sedikit info yg saya dapat dari Huda TV, dari salah seorang ulama’ ttg masalah meminjam wang ni. Katanya, bila kita beri pinjam dgn ikhlas, kita dpt pahala. Bila kita membantu mengurangkan bebannya dgn tidak meminta2 ataupun memanjangkan waktu peminjaman kpdnya tanpa menyakitinya, kita dpt pahala. Kerana mungkin si peminjam mmg dlm keadaan terdesak dan berusaha utk membayar balik wang yg dipinjam. Dan pahala melepaskan kesusahan seorang hamba di dunia ini, balasannya Allah akan melepaskan kesusahan kita di akhirat kelak. Pahalanya amat besar bagi mereka yg sabar. Jika x dpt nak sabar, and rasa dipermaikankan, mintalah dgn cara yg baik, bagi soft reminder, jgn malukan dia. On the other hand, utk peminjam pula, kiranya dia meminjam dgn niat utk membayar balik, Allah akan permudahkan niat dia. Kiranya dia berusaha sungguh2, tp gagal di pertengahan jalan, contohnya meninggal dunia kerr… Allah akan langsaikan hutangnya, dan dia takkan dibebankan dgn hutangnya di akhirat… as for yg bagi pinjam, kena redha la… atau kalau ada saudara2 dari pihak peminjam yg tahu, boleh tolong langsaikan…. tapi kalau dia pinjam dgn niat mmg xnak bayar, atau lari dari membuat pembayaran walaupun dia mampu… then, Allah akan memusnahkan dia dan juga apa yg di usahakannya…. plus kat akhirat esok kena bayar dgn pahala yg seciput yg ada…. kalau x cukup pahala nak bayar, kena ambil dosa si peminjam… wallahualam…
Wah panjang betul cik azie berceramah.. semoga memberi manfaat kepada pembaca..tqvm ya..
Kalau dh tahu org tu sush nk byr jgn bagi pinjam.Tapi kalau ada perasaan kasihan kt org tu n rasa nk bagi jugak bagi jelah pinjam.TApi !!! wang yg kita beri pinjam tu anggap sebagai sedekah jer klu (wg anda banyak ) jangan anggap sebagai bagi pinjam sbb ia akan membuat kita tertunggu tunggu dia bayar.Pas tu mulalah renggang hubungan… ha4 ~15 years old~
InsyaAllah kalo kita membantu orang lain. Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita pula. Yang penting ikhlas krn Allah.
Akk yg byk pinjam duit akk anak la, sikit-sikit lama sampai 600. Janji dia nnt kerja dia byr. Pass tu dh kerja pinjam lg janji nk byr tak byr juga. Anak akk sorang je, skrg ni kalau dia nk pinjam akk tak bg dh. Kesian mmg kesian ank kita tp nk bg pengajaran kat dia. Kalau dulu akk pernah jual emas byr bulan ada org tak byr sampai gaduh lama-lama akk malas nk gaduh akk biarkan je, itu urusan dia dgn tuhan.
Sepatutnya, anak yg bagi duit kat emak.. ini dah terbalik kes.. Ujian tu kak Liza. .Semoga kak liza terus berdoa agar anak akak dimurahkan rezeki dan membantu akak.
Kalau jual barang dgn hutang, mmg letih nak collect hutang. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita bersama…
akak pula.. jiran yang suka meminjam. tapi belum pernah la dia tak bayar.. cuma kerap tak ikut perjanjian. biasanya masa dia nak pinjam mesti dia akan bagitau bila dia akan bayar.. tapi biasanya tak pernah betul.. mesti hari yg dia janjikan dia buat2 lupa je.. kita pula yang kena bertanya pasal duit kita yang dia pinjam tu.. dulu sekali sekala je pinjam.. skrg boleh kata kerap pulak.. tiap bulan atau kdg2 selang sebulan mesti tanya ada duit tak nak pinjam walhal.. dia bekerja & gaji akak jauh lebih rendah dari dia.. tapi hairan kenapa selalu dia tak cukup duit. sedangkan akak pun kdg2 ada juga kesempitan duit tapi tak pernah nak meminjam dari org luar kecuali dgn suami sendiri. tak faham betul lah dgn org yg suka meminjam ni… kat mana agaknya dia letak muka dia ye… akak yg nak tanya pasal duit yg dia pinjam pun rasa malu… inikan pulak nak buka mulut kata nak meminjam dari dia.. skrg ni akak slowly bagi alasan setiap kali dia nak pinjam.. sbb akak sendiri pun selalu kurang duit sejak2 anak dok asrama.. siap ambik tempahan msk2 bagai utk tambah pendapatan.. bila cerita kat mak akak.. akak pulak kena marah kata mak hati akak lembut sangat.. hihiiii…
Sesetengah org, pinjam meminjam nie dah jadi tabiat la kak madihaa. Sehingga tiada lagi rasa malu. Bagi mereka, yg penting duit masyuk. Elok benar jgn bagi lagi kak madiha. Kalau dia minta lagi, cakap nak pakai jee dan terus blah masuk rumah. heee. kalau bagi sekali.. esok mesti nak lagi…
baru jumpa blog hairul ni….memang sakit hati betul lah kalu bagi pinjam..janji nak bayar tapi habuk pun tarak….kita pulak yang masam muka ngan suami sebab asyik kena soalsiasat je..orang yang berhutang tu dah bayar ke belum???
satu lagi nak pesan kat pembaca blog ni…setakat bagi pinjam wang tu kalau orang tak bayar kita bolehlah halalkan dan niat sedekah (itupun tengok berapa nilai pinjaman lah nak halal pun ..hehe) tapi jangan sesekali bagi pinjam nama kat orang lain walaupun keluarga dan adik beradik sendiri untuk buat pinjaman bank…sebabnya kalau dah diistiharkan muflis..kita yang merana . serik sangat
semoga menjadi pengajaran dimasa hadapan…Teringat pula saya semasa belajar universiti dulu terpaksa minta tandatangan pakcik saya utk buat pinjaman mara…tapi alhamdulillah dapat convert kpd biasiswa sbb keputusan baik..