.
InsyaAllah saya akan cuba update blog ini dengan lebih kerap. Itupun atas bantuan dari pembaca blog ini. Kalau nak harapkan artikel hairul seorang, memang jenuh la menunggu. Al maklum lah busy body nya memanjang :P. Artikel yang kerap diupadate ialah dari kategori resepi, kategori petua dan kategori ulasan akhbar. Tentu meriah dengan artikel kiriman pembaca nanti.
Kembali kepada tajuk artikel ini “Tips menjaga kebersihan”. Kebetulan, kawan saya bercerita “Semalam abang hantar mesin basuh ke rumah budak-budak bujang. Pengotor betul la rumahnya. Macam mana diaorang boleh duduk kat rumah macam tu”. Sambil geleng kepala, abang tu sambung lagi “Kerja grafik designer, kereta memang ada class dan bersih.. tapi rumah kotor”
Memang ada dikalangan lelaki yang kurang menjaga kebersihan tempat tinggal. Lagi-lagi yang bujang dan tinggal bersama rakan-rakan. Masing-masing asyik mengharapkan kawan yang lain bersihkan. Last-last terbiar je kotorannya. Oleh itu tergerak hati saya untuk berkongsi tips menjaga kebersihan rumah.
.
Tips Menjaga Kebersihan
Dibawah ini tips menjaga kebersihan khas untuk lelaki kacak. Tak kacaklah kalau rumah kotor kan.
Tips 1. Aktifkan penglihatan anda. Orang lelaki nie sebenarnya kurang melihat dan memerhatikan dengan teliti. Mungkin sebab asyik memikirkan masalah negara aje. So mulakan dengan melihat dan memerhati dengan teliti di sekeliling anda. Lihat jika ada yang tidak kena.
Tips 2. Jadikan kotoran tu sesuatu yang menyakitkan hati. Cuba kalau anda ternampak tahi burung jatuh pada kereta anda. Tentu anda rasa geram dan sakit hati dibuatnya. So kena bina perasaan tersebut pada kebersihan rumah. Bila ternampak kotoran kat lantai rumah, cuba rasa sakit hati melihatnya.
.
Tips 3. Perlu ada kesedaran tentang penyakit dan kesihatan. Teringat pula seorang Sous Chef kat hotel dulu. Boleh pulak dia kata “Buat apa la nak bersihkan, esok kotor balik” Betul jugak katanya. Chef-chef lain semua pembersih giler kecuali chef ini. Sebab itu perlu ada kesedaran tentang penyakit dan kesihatan. Jika tidak dibersihkan segera, tentu lebih banyak bakteria membiak. Seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit. Lagi cepat dibersihkan, lagi sihat keluarga kita.
Tips 4. Jangan bertangguh. Kalau asyik bertangguh, sampai bila pun tak dibersihkan. Kalau boleh, ternampak sahaja.. rasa dalam diri – sakitnya hati aku…. dan terus bersihkan.
Tips 5. Jadikan ia rutin harian. Kena biasakan diri. Orang lelaki memang kurang biasa dengan kerja-kerja membersih rumah ini. Sebab kebiasaannya emak atau adik perempuan yang buat kerja-kerja membersihkan rumah. So kenalah biasakan dan latih diri.
Semoga tips menjaga kebersihan ini membantu anda semua termasuk diri saya. Saya pun bukanlah jenis yang pembersih sangat. Tapi bila dah duduk rumah sendiri, kenalah jaga kerbersihan rumah untuk kesihatan diri sendiri juga. Semoga bermanfaat.
Psst: Kalau ada kawan2 anda yang kurang menjaga kebersihan rumah, elok share artikel ini kepada mereka. Tentu mereka suka. Boleh share melalui button-button yang disediakan dibawah.
donnyien says
menarik perkongsian bro dalam artikel di atas..
kebersihan diri bukan sahaja di lihat pada fizikal seseorang malah kelakuan dan pertuturan seharian kita. Terima kasih di atas peringatan ini.
Hairul Hissam says
Akhlak yg bersih dari mengumpat, memfitnah dan menyakitkan hati orang tu pun sgt penting kan bro.. 😀
TehR says
letih untuk membersih dan mengemas rumah bila anak ramai
lebih2 lagi kalau suami isteri bekerja
jadi, tips ni memang sangat bermakna
Hairul Hissam says
Kalau anak ramai dan kerja nye asyik menyepahkan rumah.. mmg pening kepala ibu bapa…….. 😀
fiezaradzi says
ada lelaki jenis macam tu.. ahhaha.. syukur encik suami tak macam tu. time berpantang dgn sakit hari tu, balik rumah, sejuk je mata, bersih je.. tima kasih..
hairul konfem tak macam ni kan.. lau tak, susah duduk sorang kat rumah tu..kan…
Hairul Hissam says
Untung nyeee cik fieza. 😀 …. kalau dpt suami yg chef lagi lah bersih dan berkilat rumah… 😀
Kamal Mustafa says
Info menarik, khas untuk orang2 bujang yang malas nak bersihkan rumah. Biasolahkan orang bujang kat luar nampak bergaya, kat rumah loya . huhuhu
Hairul Hissam says
Kalau bakal mak mertua dtg rumah.. cancel jadik menantu… 😀
UmmiKami says
Salam titipan..
Kebersihan diri sama pentingnya dengan kebersihan rohani…dalam dan luar, tapi kalau asyik wangi ja badan tu, tentu ada sebabnya..hehe
Hairul Hissam says
wsalam UmmiKami, tu mungkin terover nak cover line sampai spray satu badan. heee…. Kebersihan rohani membawa pd akhlak yg baik …. 😀
UmmiKami says
InsyaAllah cikgu, sama-sama kita jaga kedua-dua element tersebut.. 😀
Hairul Hissam says
Betul tu dan yg penting konsisten dalam menjaganya… eh.. saya bukan cikgu lah 😀
UmmiKami says
o yeke…sangkanya cikgu..betul ker ni =D
Hairul Hissam says
Oh baru saya teringat.. saya ada mengajar memasak guna video ebook. so kira saya nie cikgu jugalah.kan. he.he.he..
UmmiKami says
Dagu banyak perkara dagu,
Dagu retak satu belahan;
Cikgu banyak perkara cikgu,
Cikgu memasak menantu pilihan.. hehe
Hairul Hissam says
Nie yg tak boleh tahan baca nie. he.he.he
Juraini says
Bila badan bersih, hati pun bersih.
Hairul Hissam says
InshaAllah…
nazray says
hm, betul juga entry ni, perkara yang saya selalu buat adalah bertangguh. hehe. nak kene ade isteri baru boleh kot. 😀
Hairul Hissam says
Baik usahakan bro.. nanti mesti kena berleter dgn isteri… 😀
nazray says
takpe, nnt dia yang kemas semuanya… hahaha.. jahat
Hairul Hissam says
Saya doakan bro dapat isteri yg rajin mengemas. Tapi kalau dapat yg sebaliknya.. mau huru hara rumah. heee 😀
nazray says
wah terasa matang la pulak bila cerita pasal kisah rumah tangga 😀 terima kasih atas doa nya, InsyaAllah 😀
Hairul Hissam says
eh.. salah tempat komen nie.. nanti saya pindahkan ke artikel terbaru tips kebahagian rumah tangga. 😀
akubiomed says
Kalau rumah besar duduk seorang letih hendak bersih. Elok ada suri rumah untuk membantu.:-)
Hairul Hissam says
Kalau rumah besar mmg teruk sikit lah kalau tiada pembantu spt kata bro… Nak pulak yg ada laman besar. Dalam dan luar rumah nak kena jaga.
sohoque says
tq for sharing bro.
memang betul. Islam pon amat menitik beratkan kebersihan.
Hairul Hissam says
tq kembali bro. Spt berwuduk, 5 kali sehari membersihkan diri. Begitu Islam menitik beratkan kebersihan spt kata bro shoque.
Aretikz says
Tak dapat dinafikan.. lelaki bujang memang susah nak jaga kebersihan.. ada yg jaga.. tp kawan buat dek jer.. hehe..
Hairul Hissam says
Kalau dlm rumah, kawan2 malas nak mengemas.. yg rajin pun jadi malas. last2 jadi rumahku tong sampah ku. 😀
Sharafie says
untuk lelaki kacak sahajakah?? lelaki tak kacak macam aku tak perlu la..hehehehe..tips yang menarik..nampak member tengah mop lantai, buang abu rokok atas lantai…perghhhh…best gile tengok reaksi member tu..hahaha
Hairul Hissam says
Semua lelaki ciptaan Allah, kacak2 belaka bro.
Kalau saya jadi member tu, saya mop sekali muka bro. he.he.he.. 😀
titan says
aku selalu wat kerja bertangguh dan bila kena, memang tak best. badan penat. otak sembab semacam.
Hairul Hissam says
Kalau rumah bersepah, otak pun boleh jadi rimas dan sembab kan bro titan 😀
Izzuddin Fauzi says
Pembersih – bagus
Ada kes lagi teruk – over pembersih – rimasss…
Hairul Hissam says
Kalau member serumah over pembersih.. mmg boleh merimaskan rakan yg lain.. 😀
yas says
Teringat zaman bujang dulu….pernah aku sesah kaki kawan dgn penyapu lidi sbb dgn selamba je dia pijak sampah2 yg aku tgh sapu…..:)
Hairul Hissam says
sorry.. tak perasan pula komen bro…
Mmg patut bro belasah dgn penyapu member bro tu. heee
Hafizul says
Paling tak suka keadaan yang tak kemas…hehe
Hairul Hissam says
Mmg merimaskan dan memeningkan jika bersepah sana dan sini kan bro Hafizul.. 😀
riza says
Pada pandangan kak riza, ‘lelaki kacak’ ni kena diajar menjadi pembersih dan pengemas dari kecik lagi. Sebab tu mak-mak kena ‘mengaktifkan’ anak-anak ‘lelaki kacak’ ni dari rumah, kat sekolah pula cikgu-cikgu kena ‘gerakkan’ pelajar-pelajar ‘lelaki kacak’ ni di sekolah. Kerja bersihkan kelas, tak kira lelaki atau perempuan. Pemikiran orang perempuan je kena menyapu, kena diubah…Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W buat kerja rumah sendiri, seorang manusia terpilih dan paling mulia di sisi Allah S.W.T…!?
Hairul Hissam says
Saya setuju sgt ngan akak riza. Org tua kata.. melentur buluh biar dari rebungnya. sekiranya dari kecil dah dididik membersih dan mengemas rumah.. tentu lebih mudah bila dewasa. Yg penting anak dididik dgn ilmu dan kesedaran bukan sekadar arahan. ..:D
Mekar says
Kebanyakkan lelaki mmng tak ambik berat pasal kebersihan ni. (tapi kalau kebersihan kereta diaorg rajin pula). Mungkin dah tertanam sejak kecil, kebersihan rumah biasa akan dibuat oleh ibu atau anak perempuan mmbuatkan mereka tak ambik kisah.
Sya pun insyaAllah ada anak lelaki nanti akan sya didik anak tu supaya alert tetang kebersihan 🙂
Hairul Hissam says
Bagus tu cik mekar, didik anak2 lelaki dari kecil tentang menjaga kebersihan…. Dapat juga membantu ibu bapa dirumah.. 😀