Saya memang suka bab berjimat cermat nie 😛 , So nak share tips jimat topup handphone dari pengalaman sendiri guna prepaid. Ada 2 tips nak share seperti di bawah:
1. Cara jimat topup handphone untuk yang kerap guna data internet.
2. Cara jimat topup handphone untuk nombor handphone kedua yang jarang digunakan.
Tapi sebelum tu, jom tengok bisnes lumayan di waktu pkp. Lumayan betul.
Waktu pkp ini ramai yang teringin makan taufufah. Kalau taufufah lembut, putih dan sedap, ramai akan order. Tak rugi akak tu belajar di www.rahsiataufufah.com <<< Klik link nie utk belajar. Cepat anda belajar, cepatlah anda buat bisnes lumayan ini.
Seronok akak nie jual donut waktu pkp selepas belajar di www.rahsialoaf.may.my . <<< Klik link tu utk belajar. Cepat anda belajar, cepatlah anda buat bisnes lumayan ini.
Cara Jimat Topup Handphone
Dengan cara ini, anda hanya bayar rm30 sebulan jee untuk guna dua nombor handphone prepaid. Siap boleh guna unlimited data internet untuk semua jenis apps internet dengan kelajuan 6mbps. Laju dan jimat.
Sekarang nie, satu handphone boleh guna dua simcard nombor handphone dan dua whatsap iaitu whatsapp business dan whatsap biasa.
1. Cara Jimat Topup Handphone Untuk Nombor Kedua
Untuk nombor handphone kedua yang jarang guna, anda boleh guna prepaid Unifi Mobile dari Telekom.
Prepaid Unifi Mobile tak perlu top up setiap bulan. Dan wang topup tak de expired date. So sangat sesuai untuk nombor handphone kedua yang kurang digunakan.
Cuma peraturannya, kalau tiga bulan langsung tak guna service Unifi Mobile, nanti ia akan terminate. So sebulan sekali anda guna samada sms atau call untuk ia aktif. Top up rm10 dan guna bertahun2. Itulah yang saya buat.
Cara ini sangat sesuai, jika anda ada dua nombor dalam satu handphone, Ataupun rumah anda ada wireless internet dan handphone anda hanya untuk kegunaan di rumah sahaja. So anda tak perlu top up setiap bulan lagi
Jika anda nak tukar ke Unifi Mobile, anda boleh pergi ke tmpoint berdekatan atau layari https://unifi.com.my/switch-to-unifi. Boleh tetap guna nombor lama.
2. Cara Jimat Topup Handphone Utk Unlimited Data Internet.
Untuk unlimited data internet yang jimat, anda boleh guna Umobile prepaid. Setiap bulan topup rm30 dan gunakan top up tu untuk langgan service GX30 dari Umobile.
Untuk GX30 nie, anda dapat unlimited data internet dengan kelajuan 6mbps. Oklah laju. So anda boleh buka semua apps internet dengan kelajuan 6mbps. Boleh main internet sepuasnya dengan rm30 sebulan.
Nak lagi best, langgan GX38. RM35 sebulan untuk unlimited call dan unlimited data. Anda boleh call sepuasnya dan main internet sepuasnya. Sebulan tetap bayar rm35 jeee.
Jika anda sudah guna umobile tapi internet anda tidak laju, sebabnya anda guna data internet biasa. Kena guna GX30 untuk dapatkan data internet laju 6mbps. Data internet laju dipanggil data broadband. Kalau anda tak tahu langgan gx30, elok anda call customer service umobile di 018-388 1318.
Jika anda belum guna umobile dan nak tukar ke umobile, anda boleh hubungi nombor customer service umobile di 018-388 1318. Boleh tetap guna nombor lama. Tapi kalau nak guna nombor baru, beli jee simcard umobile di kedai handphone.
3. Celcom pun skrg ada buat service mcm umobile…
Celcom prepaid pun ada buat service unlimited broadband sama seperti umobile. Memang jimat. Elok anda tanya sendiri dengan pihak celcom di no 019-6011111 untuk maklumat lanjut. Tanya mereka tentang prepaid unlimited broadband dan cara gunakan.
Digi, Maxis, Altel Dan Lain2
Untuk telco lain seperti Maxis, Digi, Altel dan lain, saya tak pasti pula. Anda kena tanya dengan customer service mereka berkenaan prepaid unlimited data broadband. Tanya tentang kelajuan mbps, harga dan samada unlimited data atau tidak.
Semoga artikel ini dapat membantu anda lebih jimat topup handphone.
Psst: Nak tahu apa itu hotspot? Hotspot ialah anda buka internet di laptop/komputer dengan menggunakan data internet handphone. Memang tak guna sangat hotspot ini, sebab lebih jimat dan mudah buka internet terus di handphone.
akubiomed says
Saya guna Unifi mobile unlimited.
Hairul Hissam says
saya baru tgk package baru unifi mobile, ada rM35 untuk unlimited data & unlimited hostpot. Menarik nie.. Boleh tutup maxis fibre saya kalau ada unlimited hotspot…
mrhanafi says
saya guna dua kad sim dalam satu telefon..
satu prabayar dan pascabayar
memang hangus RM100 setiap bulaun untuk telco sahaja
Hairul Hissam says
Bolehlah tukar ke unifi mobile.. Skrg unifi mobile pun ada unlimited data dgn unlimited hotspot dgn harga rm35. Kalau kira setahun mmg banyak jimat..
~uncle gedek! says
Wah! Terima kasih tips!
Hairul Hissam says
sama2