Lega hati bila dah siap renovate. Tapi saya renovate bukan untuk raya dan tiada dalam plan pun. Nie gara-gara jiran sebelah rumahku la nie. “Hairul, Kak nak tumpang letak kereta. Rumah akak nak pasang mozek lah” Lepas tu dia sambung lagi. “Nak tahu hairul, upah pecahkan bilik ke empat tu, RM600 je Hairul”. Tu yang saya excited dengar. “Eh murah nyee Kak, saya nak buat sekali. Nanti suruh kontraktor tu buatkan untuk rumah saya juga ya”
Lepas pecahkan bilik ke empat tu, bermulalah episod mengubah suai rumah sedikit demi sedikit sehingga ke pagar. Yelah, alang-alang kontractor dah ada kat rumah. Saya tanya juga suami dia “Bang, berapa duit habis renovate rumah?” Nak tahu berapa duit dia habis, lebih RM23 ribu. “Kau tahu hairul, abang mula-mula nak repair cabinet dapur jeee. Lepas tu berjangkit sana, berjangkit sini. Last-last ambik ko. RM23 ribu habis”
Tips Memilih Kontraktor Untuk Mengubah Suai Rumah
1. Tips terbaik ialah memilih kontraktor dari rekomen kawan-kawan atau saudara mara yang telah menggunakan service mereka. Bila hasil kerja mereka terbukti memuaskan dari rekomen rakan-rakan, tentu lebih selamat memilih mereka.
2. Dapatkan alamat rumah atau office kontraktor. Kalau boleh datang melawat rumah atau office mereka. Sebab biasanya renovate rumah memerlukan bayaran deposit separuh dari harga. Ada juga berlaku kontraktor lari selepas menerima duit deposit tanpa buat kerja. Penipuan seperti ini juga banyak berlaku.
3. Jangan tergesa-gesa memilih kontraktor. Elok panggil 3-4 orang kontraktor datang rumah untuk memberi sebut harga terlebih dahulu. Semasa meminta sebut harga, cuba tanya pengalaman dan material yang digunakan. Ada juga yang bagi harga murah sebab guna material yang murah atau tidak menggunakan material yang sepatutnya. Elok double check harga material di kedai hardware.
4. Elakkan memilih kontraktor yang tinggal jauh dari rumah anda. Kerana biasanya mereka akan mengenakan charge tambahan di dalam sebut harga. Dan susah nak panggil mereka datang semula jika ada masalah pada kerja mereka.
5. Kontraktor biasanya memang bijak mempengaruhi anda mengunakan skill psikologinya. So kena sentiasa double check apa yang mereka kata. Tidak boleh terlalu percaya apa yang mereka kata.
6. Elok juga beri mereka job yang kecil untuk lihat dan menilai hasil kerja mereka sebelum memberi job yang besar.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat kontraktor yang jujur dan amanah.
Semoga tips memilih kontraktor ini membantu dalam mengubah suai rumah anda
akubiomed says
Kalau tak salah harga upah kerja dan dengan harga barang.
Hairul Hissam says
Yap, mereka charge harga upah dan harga barang.. Tapi kalau rajin boleh beli barang sendiri dan bayar harga upah sahaja. 😀
TehR says
mendapat kontraktos yang jujur dan amanah memang satu keuntungan juga
tahniah, bro
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalau dapat yg tidak jujur, mmg habislah duit di kelentong nya… 😀
kakiblog says
ubahsuai rumnah memerlukan kontraktor yang bagus..jika tidak macam kes dapur rumah saya yang diubahsuai telah mengalami masalah…kebetulan kontraktor tersebut baru dapat projek dan kerja trial n error..pelaburan awal RM18k telah menjadi RM20k
Hairul Hissam says
Bila dapat yg tiada pengalaman tentu hasilnya kurang memuaskan dan memakan kos yg lebih tinggi. byk juga duit habis tu bro 😀
kakiblog says
apa boleh buat..nasi sudah jadi bubur.
Hairul Hissam says
Masih boleh dibuat bubur lambuk bro. heee..
kesilapan adalah guru terbaik dalam hidup kita spt bubur lambuk… 😀
kakiblog says
bubur lambuk dapat percuma bro..kesilapan itu saya terpaksa bayar harganya
Hairul Hissam says
Jadikan ia pengajaran yg cukup berharga.. 😀
fyna says
bagus tips nih. walaupun nampak remeh sebenarnya pemilihan kontraktor memainkan peranan penting kan.
Hairul Hissam says
Tersilap pilih kontraktor mmg naya cik fyna… 😀
Hafizul says
Hehe..terima kasih kongsikan..mcm dalam iklan tu kan..pilih contraktor yang daftar dengan cidb..hehe..ni mesti gara-gara service dia tip top ni sampai kan meleret sampai ke pagar tu..hehe..terbaiklah..
Hairul Hissam says
Elok sgt yg berdaftar dgn CIDB spt kata bro. Saya try juga cari senarai kontraktor di laman web cidb. tapi tak de senarai. Kalau ada senarai dan no contact tentu memudahkan pengguna mencari dan memilih kontraktor yg berkualiti kan bro..
psst: bukan sampai ke pagar je bro, tapi sampai ke rumah mak saya di JB. he.he.he.
Hafizul says
Perghhhh kuat betul penangan tukang rumah tu bro yer..haha..bila dah kualiti menjadi pilihan memang mcm ni lah kan..ooo pernah cari gok dalam cidb ekk..aik?dah tu yang dia duk kempen dalam tv tu kenapa?pelik2..haha
Hairul Hissam says
tu yg hairan tu bro. sanggup beriklan di tv yg harganya beribu ringgit. tapi kerja free update senarai kontraktor berlesen di laman web tak dibuatnya. Sepatutnya mereka utamakan benefit pengguna dari kontraktor.
Hafizul says
Mungkin mereka patut pandang serius isu ni..kalau bro tak bgitau saya pun tak kan tahu isu ni..hehe
Juan says
wah Hairul siap dah rumah kamu, best la raya ni, sedap skit
Hairul Hissam says
tinggal letak aquarium je kat car porch he.he.he.. tq bro..
Juan says
saya pun suka ikan, akan letak aquarium juga
Hairul Hissam says
sama hobi kita.. 😀
Hafizul says
Samalah..saya suka juga pelihara ikan..tapi sekadar mengisi masa lapang je..bukan hobi utama..hehe
Hairul Hissam says
Dah siap dah aquariumnya bro… dua minggu lagi saya akan letak kat blog. tak sabar pula rasanya… tapi ada artikel lain kena letak dulu spt dijanjikan..
onlajer says
yang no.6 tu paling penting 🙂
Hairul Hissam says
Nie mesti ada pengalaman guna kontraktor… 😀
onlajer says
Sampai macam dah tak boleh nak renovate lagi , depan,belakang,atas tinggal bawah je huh
Hairul Hissam says
Mesti besar rumah bro dan tentu puas hati renovate mengikut citarasa sendiri.. 😀
puteri kasih says
pemilihan kontraktor memang penting. Kalau tersalah pilih, tak pasal-pasal lain yang kita minta dia buat..lain pula yang dibuatnya.
p/s dah makin cantik la rumah hairul untuk raya nanti 🙂
Hairul Hissam says
Lepas tu, hari2 sakit hati tengok hasil kerja yg berbeza dgn yg kita mahukan kan cik puteri…
terima kasih cik puteri. dah semakin seronok pula saya duduk rumah nie… 😀
Mus says
kalau buat renovation.. kena buat sekali gus.. jangan buat alang-alang..
Hairul Hissam says
tak juga.. elok buat sikit dulu dan tengok hasil kerja mereka dulu…
kalau memuaskan baru sambung yg lain…
Joe says
Kire macam standard contract jugak kan. Kontraktor akan bagi asking price untuk execute project. Cari 3-6 kontraktor, then cek diorang punye asking price.
Experience aku kerja sbg engineer, pergi office kontraktor tue, tengok material yg diorang pakai. Kalau nk mintak diorang bagi tempoh mase bile siap
Hairul Hissam says
Kalau ada kepakaran mcm bro nie… lagilah untung.. boleh check dgn detail kerja kontraktor tu.. confirm selamat.. 😀
Mohd Shubhi says
Ini satu ilmu baru terutamanya bab berjangkiit renovate. Asal nak repair kabinet saya berakhir dengan habis RM23 ribu!!!
Terima kasih berkongsi!
Hairul Hissam says
Eh tu bukan ilmu tapi penyakit. heee 😀
chii says
tips yg menarik..insya Allah akan chii guna pakai satu hari 🙂
Hairul Hissam says
Kalau ada rumah sendiri nanti cik chii, tentu ada sahaja yg teringin nak diubah.. 😀
ema says
MIL punya rumah 3 kali bertukar tangan untuk menyiapkan rumah… bukan dr kontraktor berlesen..mcm nilah jadinya…
Hairul Hissam says
ada sesetengah kontraktor/tukang rumah yg baru start belajar dan ada juga yg dah lama tapi pekerjanya baru ambik sbb yg lama berhenti.. So kalau kena yg mcm nie, mmg teruk la sikit hasil kerjanya.
hafizmd says
lagi sakit kalau kena tambah lagi kosnya
Hairul Hissam says
kos nak repair semula lagi mahal.. Mmg rugi… 😀
Obsolete Coin says
Nak kena simpan tips ni, mana tahu suatu hari nanti nak kena ubahsuai rumah juga…. 😉
Hairul Hissam says
Kalau nak renovate rumah nanti, ingat hairul dan datanglah semula ke blog http://www.hairul.com . tqvm bro…
hafizmd says
terbaiklah tips2 ni.
nak pilih kontraktor mmg kena teliti. kalau tak, byk masalah akan timbul nanti
pecah bilik RM600 tu mmg murah
Hairul Hissam says
Luas sikit dapur saya lepas pecahkan bilik keempat. baru syok nak memasak.. heee
Mekar says
Pengalaman emak saya pulak :
Sebulan sblm kenduri kawin adik, mak ada buat reno kat bahagian dapur dan bilik. kata kontraktor tu dlm 3 minggu siap la… itu yg mak setuju nak renovate time tu. Tup..tup.. hari yg dijanjikan kontraktor masih xdpt nak siapkan kerja2 dlm tempoh yg dijanjikan. Masa kenduri berlangsung, dapur rumah kami masih tunggang langgang..huhu. sakit hati la kami sekeluarga. Kontraktor ni sekampung je dgn umah emak…huhu
Hairul Hissam says
Satu pengalaman yg cukup memalukan tu. Yelah kenduri kawen, satu kampung datang. Malu pada keluarga besan lagi. Tapi yg pasti mmg buruklah nama kontraktor tu. Confirmlah satu kampung bercerita. Mmg tak patut betul kontraktor tu.
takai says
Cara bagi job yg kecil dulu sebelum bagi job yg besar memang cara yg betul2 effection.. takut pula nanti renovate bertukar jadi reban ayam pula…hehe
Hairul Hissam says
Lepas tu, mulalah isteri berkokok merungut tgk rumah yg dah mcm reban ayam .he.he.he…
rosmawati says
macam mana nak buat kuih matap
Hairul Hissam says
first time dengar… 😀
waimantakwa says
Terima kasih kongsi tips ni.. Hajat di hati memang nak renovate dapur..
Hairul Hissam says
Kalau dapur selasa dan menarik, tentu lebih bersemangat nak memasak 😀
Anak Askar Pencen says
Bab nak renovate rumah ni penting sebab kat Malaysia ni rumah beli mahal-mahal pun still kita terpaksa kena upah orang untuk buat renovation. Paling penting hal yang nak renovate adalah tambah awning dan jugak bab tambah poin elektrik. Poin elektrik rumah-rumah kat Malaysia ni memang kedekut. Kadang setengah rumah, poin soket cucuk plug pun takda.
Hairul Hissam says
tu yg pembeli rumah rasa geram je. beli mahal2, point elektriknya kurang spt kata bro..
Saya sendiri pun ada tambah point elektrik dan line telefon utk streamyx. 😀
balqis says
salam..tips yg ringkas tp bernas! hehe..
pd pndpt saye la kn, ada kntraktor yg baik n ikhlas wat keje..n ade gak yg amek ksmptan..yg amek ksmptn tu lah yg mnimbulkn prasaan cuak di klngan org rmai utk upah kntraktor..mcm saudare saya nsibbaiklah dpt yg bgus qwaris wat rumah..jadi kita la yg harus bjak memilih..maybe by searching info di internet mcm kat cni pun slh satu caranya jugak.. ^_^
Hairul Hissam says
wslm, terima kasih kerana sudi membaca tips ini.. saya dapat kontraktor tu dari mudah.my
mmg kira bernasib baik jugalah dapat kontraktor yg baik dan menepati janji.
Vee says
isteri kepada anak buah saya renovate rumah sendiri . dia sekolah hanya sampai tingkatan 2 jer . dia ada bakat terpendam . dari pasang tile pada lantai sampailah dinding , dia buat sendiri . susun batu sehingga jadi sebuah dapur , pun dia buat sendiri . juga pasang kabinet dapur lengkap dengan lukisan . malah dinding kat umah tu , dia lukis dan warna hanya sekali jalan jer . sbb umur masih awal 20 an , maka saya suruh isteri anak buah tu pi amik sijil hiasan dalaman … saya juga suruh dia jadikan kemahiran nya tu satu nilai komersil dlm internet sebab byk kraftangan yg dia buat sangat menarik …
Hairul Hissam says
Mmg bagus suruh dia sambung belajar.. kerana org sekarang lebih mengutamakan sijil . Semoga anak buah vee terus berjaya.. 😀
Datty says
mantap
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat…