.
Artikel tips badan langsing, ramping dan seksi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Tentu ramai gadis diluar sana mahukan susuk badan yang langsing, seksi dan menawan. Malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk badan yang langsing seksi. Kenapa membazir? Sedangkan ada tips yang lebih murah, sihat dan berkesan dari Cik Tie yang berpengalaman ini.
.
Tips Badan Langsing Seksi Bak ‘BEYONCE’
Tarikan utama kaum wanita adalah tubuh badan. Jika tubuh badan langsing, ramping dan seksi, itu satu bonus untuk seseorang wanita. Lelaki lebih tertarik dengan tubuh badan, diikuti rupa paras. So kat sini Cik Tie nak kongsikan macamana nak kekalkan bentuk tubuh badan yang cantik dan menawan.
insyaAllah kalau selalu amalkan tips badan langsing ini, memang menjadi. Tapi kenalah rajin amalkan. Tak payah berbelanja lebih beli ubat-ubatan yang kononnya untuk menurunkan berat badan, tetapi belum tentu kesahihannya. Banyak risiko yang kita dengar dari pengguna yang menggunakan produk pelansingan.
Tips Badan Langsing 1 : Makan Ulam-Ulaman dan Jamu
So, mulai sekarang gunalah tips badan langsing dengan cara tradisional, yakin dan selamat (*,~). Untuk pengetahuan semua, nenek moyang kita zaman dahulu kala mempunyai tubuh badan seksi, cantik dan menawan. Mereka mengamalkan bermacam-macam jamu dan ulam-ulaman. Nak amalkan jamu mungkin susah bagi sesetengah orang, so apa kata mulai sekarang tambahkan ulam-ulaman dalam makanan seharian. Selain menjaga tubuh badah, ulam-ulaman baik untuk kesihatan dalaman. Kalau rajin bolehla amalkan jamu ye (*,*).
Tips Badan Langsing 2 : Gunakan Bekung atau Gridle
Selain tu, nak dapatkan pinggang ramping, tubuh lansing menawan, orang dulu-dulu selalu amalkan pakai bekung (girdle). Girdle ni berfungsi mengawal pemakanan di samping mengekalkan bentuk badan. Tak payah beli yang mahal-mahal, girdle biasa pun boleh. Yang penting membantu mengawal nafsu makan. So, badan kekal langsing, ramping dan seksi. Amalkan pakai selalu, insyaAllah, badan kekal ramping dan dapat mengelakkan perut buncit.
Tips Badan Langsing 3 : Banyak Minum Air Suam
Ha….. ni satu lagi petua penting, amalkan minum air suam yang banyak. Ini membantu penghadaman dalam tubuh badan kita dan mengawal toksin dalam badan. Paling mujarab, minum air suam di waktu pagi bila bangun dari tidur. Ni antara petua awet muda. Sebenarnya, minum air suam di waktu pagi antara senaman perut paling mujarab. Ia membantu proses perkumuhan dan proses pembaik pulihan dalam tubuh badan. Tak percaya?, amalkan minum air suam waktu pagi, confirm anda akan ke tandas untuk proses perkumuhan (*,*).
Hairul.com: Terima kasih Cik tie kerana sudi berkongsi artikel tips badan langsing, ramping dan seksi ini. InsyaAllah, dengan tips ini badan anda bukan sahaja langsing dan seksi, malah kesihatan turut terjamin. Macam cik tie kita 😛
UmmiKami says
Salam sehabis manis hujan gerimis.. 😀
Bunga bakung harum sekali,
Pesona kumbang sudah mendamping;
Jamu dan bengkung belum ku beli,
Kerana pinggang masihlah ramping. 😀
Hairul Hissam says
Wsalam, tu yg syok tidur .. heee
Hujan gerimis dipagi buta
buatku terlena dibuai mimpi
Pingang kak Ummi ramping, apa rahsianya
Sharelah disini jika sudi
UmmiKami says
Peluk bantal ja.. 😀
Pegang emping dapat seraga,
Entah hendak diberi sidia;
Pinggang ramping asyik berjaga,
Memerah otak mencari idea.
Hairul Hissam says
oh tu rupanya tips dari kak ummi utk org yg dah kawen.. kena rajin peluk bantal hidup… heee
akubiomed says
Macam mudah sahaja tip yang diberikan. Apa yang saya boleh kongsi adalah mengurangkan amalan tabiat pemakanan yang kurang baik. Contohnya makan sambil menonton tv ada kemungkinan pengambilan makan melebihi dari sepatutnya.
Hairul Hissam says
Gaya pemakanan pun sgt penting spt kata bro akubiomed…kalau main belasah jee.. naiklah badan kan.. 😀
UmmiKami says
Salam pahit-pahit sibuah peria ..:)
Terapung kerapu mati dituba,
Guna tangan kerana berani;
Bengkung dan jamu pasti kucuba,
Hanya ulaman pujaan terkini.
Hairul Hissam says
Wsalam.. nie mesti baru lepas makan sayur peria.
wah bertambah ramping lagilah kak ummi kita nanti. heee 😀
UmmiKami says
Tumpang lalu 😀
Jahit-jahit sibaju kebaya,
Tepi bersembat kuning gemerlap;
Pahit-pahit sibuah peria,
Menjadi ubat di goreng rangap.
Hairul Hissam says
walaupun pahit kurang disukai, tapi itulah yg berkhasiat utk tubuh badan kita…
biar pahit skrg asalkan manis kemudian….
TehR says
tips untuk badan lelaki kacak tak ada ke, bro?
Hairul Hissam says
Tu kena tunggu kiriman artikel dari bro tehr … heeee
tapi arwah ayah saya dulu pun guna bekung utk elak perut buncit…
donnyien says
tips yang bermanfaat bro.. boleh amalkan selalu supaya badan seksi dan langsing
Hairul Hissam says
Mmg bagus kalau isteri bro amalkan tips ini… agar badan isteri bro sentiasa langsing dan menawan..
yas says
Ada sesetengah tips yg bro Hairul tulis tu mmg dh diamalkan oleh wife aku….btw boleh tambah satu lagi kot…..exercise…:D
Hairul Hissam says
Oh artikel ini kiriman pembaca bro tehr…
Betul tu bro.. exercise amat penting utk kesihatan dan tubuh yg menawan.. 😀
DianaAzis says
Thanks untuk tips2 ni…yang penting untuk kurus dan sihat adalah menjaga pemakanan dan exercise 🙂
Hairul Hissam says
Setuju dgn cik diana… dan satu lagi kurangkan stress dalam kehidupan…
daddydee says
Petua yang last senang nak amalkan dan paling berkesan…
Hairul Hissam says
Saya pun selalu amalkan minum air kosong… Patutlah saya ramping. heee 😀
Lizz says
lagi 1 tips kesihatan, ikut pemakanan sunnah. sebenarnya Nabi dah ajar cara diet n jaga kesihatan yang perfect tapi biasalah kita ni nak jugak yg cam ala2 barat. hehehehehe termasuk yg taip komen ni. hahahaha
Hairul Hissam says
Tak mengapa cik liza.. dalam kehidupan nabi s.a.w. mmg mengalakkan kita menggunakan apa sahaja cara yg sesuai dan baik. Yg penting kita berusaha ke arah kebaikan. he.he.he…. Namun cara nabi yg terbaik.. antaranya puasa isnin dan khamis… 😀
Lizz says
hehehehe ye betul tu 😉
ada juga buat tapi itulah payah nak istiqamah. thanks untuk peringatan. maaf nak tanya, kalau nak contact awak guna email apa ya? cari dekat sini tapi tak ada pun.
Hairul Hissam says
nak berkenalan ke cik lizz.. ahak.. ahak. ahak… 😀
eh dulu kan pernah email saya pasal blog.. tak pe nanti saya email cik lizz semula. 😀
tapi kalau ada apa2 projek.. maaflah.. busy la.. pakej putu pun tak siap lagi….
suri says
saya nak rampingkan dosa2 lepas masa2 kecih tuh blh tak heee
Hairul Hissam says
Bagus tu.. usahakan bersungguh2 tertutamanya pada dosa mulut.. heee 😀
suri says
seksi ei..biar betul heee tgu pas lahirkan team pasukan bola ker pastu bru pikir kot nak kurus melidi..amin
Hairul Hissam says
Kalau mampu lahirkan dua team… biar berderet.. baru dapat tgk diorg main bola kat padang.. heeee