.
Jangan terperanjat ye tengok rumah baru saya nie. Besonyeee. Macam tak percaya kan. he.he.he. Macam mana la kalau rumah saya macam yang kat atas tu. Perghhh… Syok gilerrr. Tapi rasanya mau pitam nak mengemas dan menguruskannya seorang diri. Ok. itu gambar hiasan je. Yang kat bawah ini gambar yang sebenar.
Tak de la besar sangat. Tapi selesa jugak la, duduk sorang-sorang. Mula-mula memang seronok. Tapi lama-lama rasa bosan juga. Saya ada terfikir dari pagi-pagi asyik membuta, baik cari kerja half day dulu. Entahlah. Macam-macam kat kepala otak nie. Jom tengok gambar dalam rumah saya.
.
Gambar di atas ini gambar ruang tamu dan meja makan. Ruang tamunya agak panjang. Sofanya saya jauhkan sikit dari TV agar tidak merosakkan mata. Manakala meja makan pula jenis batu marble. Terus terang, saya rasa menyesal membeli meja marble ini kerana terlampau berat dan sukar dialihkan.
.
Bilik utama, saya jadikan office atau tempat menguruskan bisnes online saya. Luas juga bilik utama ini. Masih boleh disumbatkan dengan apa yang patut nanti. Manakala bilik kedua, saya jadikan bilik tidur. Di dalamnya ada katil, almari baju dan meja solek. Susah betul nak ambil gambar fullnya.
.
Ini pula bahagian kitchen. Mesin basuh ditempatkan di kitchen siap dengan salur air keluar. Kitchennya siap dengan kabinet. Malangnya dapur gas yang dibeli tidak muat masuk ruang lubang kabinet. Nampak gayanya kena cari orang potong sikit kabinetnya.
.
Ini pula bilik ketiga dan bilik keempat. Bilik ketiga saya jadikan bilik bacaan. Semua buku-buku akan ditempatkan di sini. Biliknya agak terang pada waktu siang dan sangat sesuai untuk aktiviti membaca. Manakala bilik terakhir saya letakkan oven, mesin penguli dan peralatan memasak.
.
Ada dua bilik air di dalam rumah ini. Saiz kedua-duanya lebih kurang sama sahaja. Selesa juga mandi dalam bilik air ini. Inilah sahaja gambar-gambar di dalam rumah saya. Saya post gambar ini, di atas permintaan pembaca. Sebenarnya bukan mudah nak ambil gambar dalam rumah. Sebabnya kita perlu ambil gambar dari pintu. Tak caya, cubalah anda ambil gambar bilik anda. Boleh sakit jiwa beb 😀
hiskichna says
boring ke brader???
=)
cantik umah u… hehehehee…
Hairul Hissam says
try la cik hiskichna buat bisnes online sorang2…. boringnya tak terkata. ha.ha.ha.
hiskichna says
u full time buat bisnes online ker???
brp lame dh?
Hairul Hissam says
Bulan depan, genaplah dua tahun buat bisnes online nie full time 😀
Sariah says
Tahniah… dah ada rumah baru… semoga Allah limpahkan rahmatnya kepada penghuni rumah ini…
Hairul Hissam says
Amin. semoga makbul lah doa cik sariah. terima kasih 😀
lieza ahmad says
rumah besar duduk sorang2 bila lagi nak bawa penyeri rumah/suri rumah tangga.. :))
Hairul Hissam says
Kalo ada yg sudi.. no problem. he.he.he
hiskichna says
kalau sy sudi???? hehehehe…
gurau jer…
hahahaha….
Hairul Hissam says
Bagi alamat, saya terus dtg meminang. ha.ha.ha.. gurau je.
hiskichna says
no 123, jalan sana sini,
taman hatiku,
selangor…
ehehehehe…
sy tungguuuu… hehehehee…
Hairul Hissam says
he.he.he..
super mak says
alhamdulillah. tahniah…. legakan En Hairul ada rumah sendiri.
Hairul Hissam says
Tima kasih.. mmg lega juga hati nie Super Mak 😀
DIEANAFIRDAUS says
Salam…
Hi…mekaseh invite dieana ke ruangan artikel kamo ni…
Bestnye da ada kediaman sendiri kan, bole ubah suai ikot suka hati…
Dieana xtaw la bila akan berpeluang ada kediaman sendiri…huhu…
anyway…ruang kediaman kamo mmg luas & selesa…
Hairul Hissam says
Benar kata cik Dieana. Rumah sendiri,
kita bebas menentukan susun atur rumahnya. tu yg best..
kalo rumah emak, fikir dua tiga kali gak nak buat sesuatu..
Saya doakan cik dieana dapat rumah yg diimpikan. amin..
Melatiqistyna says
Cantik, mewah ruang sbb dok sorg, bila la Nk berdua chef ni… Hehehehe
Hairul Hissam says
Duduk sorang2, mmg nampak luas. Tapi kalo dah berkeluarga nanti, tentu sempit gak dgn brg2 keluarga 😀
psst: eh dah berdua lah.. dengan komputer kesayangan.. he.he.he
cik tom says
wah untunglah..
tahniah dah memiliki umah sendiri…
bl la cik tom nak beli rumah jgk ni?huhu…
Hairul Hissam says
Beli… jgn tak beli cik tom…
harga rumah semakin lama semakin meningkat..
so elok beli awal…. tima kasih cik tom 😀
maznahajeerah says
Cantik rumahnya. Nampak gaya cam besar. Masih banyak yg perlu diisikan. Tapi tak pe rumah barulah katakan. Sapa kawin dgn Hairul memang untunglah. Nanti Hairul boleh buat open houselah nampaknya. Anyway congrates.
Hairul Hissam says
Betul tu.. masih banyak perlu diisi. Tapi sementara nie, biarlah yg utama dulu..
Tima kasih puan maznah. 😀
azman says
Cantik rumah ko kemas dan tersusun rapi.
Hairul Hissam says
Baru2 duduk mmg kemas bro..
nanti dah tambah barang.. tak tahu apa jadiknya.. 😀
tehr says
alhamdulillah
tahniah untuk bro kerana muda2 lagi dah berjaya beli rumah
kalau ada budak2 rasanya tambah berseri dan meriah, kan?
hehe
Hairul Hissam says
Syukur alhamdulillah bro, ada juga rezeki beli rumah.
betul kata bro tehr. kalau ada budak2, tentu terhibur dgn gelagat mereka.
tapi apa kan daya. belum ada jodoh. he.he.he
hiskichna says
mungkin jodoh dh ade, seru je x smpi lagi kn??? hehehee…. jgn lupe jmpt kami klau dh smpi seru nnt.. =)
Hairul Hissam says
Betul kata hiskichna, Kalo ada jodoh, tak kemana. he.he.he
azriey amrie says
salam.. pandai En hairul mengemas dan menyusun atur rumah… jeles sy… hehehehe
Hairul Hissam says
Wsalam, baru-baru duduk mmglah cantik dan kemas cik azriey. nanti dah lama entah apa jadi 😀
azriey amrie says
jgn lupa pagar rumah… maklumlah rumah baru duduk.. kata org, sebagai langkah berhati2… tgk gaya, En Hairul mmg rajin berkemas orgnya…. klau tgk bilik sy, mau pengsan kot… hahahahahaha
Hairul Hissam says
Itu sudah semestinya. siap pakai besi pengikat pagar lagi utk keselamatan 😀
azriey amrie says
bagus2… hehehehe
fahmi says
tahniah en Hairul.. saya kagum orang muda dah ada rumah sendiri. moga sentiasa suksess
Hairul Hissam says
Terima kasih en fahmi. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. 😀
akubiomed says
Rumah sudah ada. Suri dihati bila lagi. Banyak ruang kosong dan susun atur perlu diperbaiki. Kalau ada suri hatikan senang untuk memberi ide susun atur dan perabot yang perlu ada. 🙂
Hairul Hissam says
Entah la bro. lama lagi kot suri di hati nya dtg membelai. he.he.he
baizura says
Salam, rumah dah ada, suri rumah bila lagi…jangan tunggu lama2 ye!
Hairul Hissam says
Wsalam…InsyaAllah kalo ada jodoh cik baizura 😀
Kak Zu says
Salam…kemas rumah orang bujang nih…anyway thanks for the pics.
Hairul Hissam says
wsalam, mungkin belum byk barang kot.. tu yg masih kemas dan luas. tima kasih kembali kak zu.
Shasha Mohamed says
Terima kasih kerana sudi meletakkan gambar rumah hairul kat sini.
Bagus jugak, saya suka design umah camni tapi kan saya takleh letak ofis kat ruang tamu coz kadang2 kawan saya datang, susah nak wat keje nanti asyik nak sembang lak nanti. Nice house, nice allocation. Satu contoh yang baik dan idea untuk susunan rumah anda. I like 😉
Hairul Hissam says
Oh mungkin cik shasha tersilap baca. Office saya di bilik tidur utama. Ruang tamu di letakkan TV dan sofa. Tapi dalam ofis tak boleh letak katil sbb nanti asyik fikir nak tidur je. he.he.he
Malaysia Coin says
Salam…
besarnya rumah baru….
Ni mesti sedikit sebanyak hasil dari blogging kan?
Hairul Hissam says
Wsalam bro. kurang perabot, tu yg nampak luas je. 😀
Yap, totally dari bisnes online.. 😀 .
amie says
waaa…………hairol… bestla rumah baru awak…saya pun ada rumah, saya dan suami beli pada thn 2005 lg dengan harga rm149000….rumahnya puas hati… dengan master bedroom yg besar dan dua lagi bilik..walaupun pada masa tu harganya dikira mahal, saya pilih banglo corner lot itu sbb saya suka persekitarannya….
1.hanya terdapat 6 buah rumah di taman itu…jd tidak crowded…
2. halamannya luas…kiri, kanan, belakang, depan mmg luas dan kita buat mcm2
3. saya suka tentang perjirananyan yg harmoni… semua jiran baik dan blh rely on…
tapi sampai sekarang saya still xtinggal kat sana sbb saya tinggal dgn ibu… kat rumah tu dah lengkap saya dan suami isi dengan perabut…yg tinggal just kabinet dapur dan dapur sahaja… semua barang lain dah ada…rumah tu hanya 15minit dgn rumah ibu.
saya tunggu masa yg sesuai utuk renovate, sbb saya xnak renovate awal2… takut ketinggalan zaman… whateverpun rumah tu sekarang harganya dah mencecah rm238000 dan mungkin akan naik lg akhir thn ini…
mmg ramai yg datang jumpa saya utk sewa dan beli rumah tu… saya xkan jual rumah tu…what do you think?
ooooiii lupa pulak nak cakap… masa mula2 pergi tgk rumah tu mmg lah luas…tapi lepas kita isi perabut mmg jd lain… sbb tu saya dan suami mmg amik kira faktor nak beli perabut… beli yg puas hati terus baru bagus…
tapi kan hairol… awak buat office kat rumah mest xselesa kalau ada org luar duk keluar masuk situ…ke awak keje sorang jer?
Hairul Hissam says
Betul tu, rumah nie semakin lama, harganya semakin meningkat. So tak perlulah jual selagi tidak terdesak. lagipun kawasan rumah yg tak crowded, selesa dan jiran yg mesra bukan mudah nak dapat kat tempat lain. Boleh juga sewakan rumah utk kurangkan beban byrn ansuran bank. Tapi paham2 la dgn perangai penyewa nie. 😀
Yap, saya keja sorang je dan duduk sorang je kat rumah nie.. So far Ok.. cuma rasa bosan je la 😀
amie says
rasanya saya xkan beri sewa kot rumah tu sbb barang2 kat dalam semua penuh… aircond semua dah ada… kalau beri sewa habis la rumah saya….
Hairul Hissam says
Tengok nasib juga. kalo kurang bernasib baik, mmg teruk rumah dikerjakan oleh penyewa.. 😀
nurmisnan says
wall kuning.. memang keramat.. har3..
boleh beri satu idea tak tentang hall leaving.. pic 1
tv rack tuh lebih sweet kalau letak ditengah2 ganti sofa seat 3..
sofa seat 3 + 2 letak kiri kanan or bentuk L .. much more relaxing.
Just idea saja.. sorry bos
Hairul Hissam says
Susah juga sebab kabel tv dlm bentuk plug kat sebelah situ dan sambungan kabel yg beli dan jumpa, pendek je. Lagipun ia akan menyebabkan silau pd tv jika tv diletakkan pada sofa Saya mmg letakkan tv dan sofa pada jarak sejauh mungkin agar tidak merosakkan mata saya. Sebab sifat semulajadi mata akan tertekan bila melihat objek kurang 7 meter secara berterusan. Dan warna wall mmg dah sedia ada, biar je la dulu. Dan sofa 3 di bhg dinding supaya saya boleh baring dan tidur sambil tonton tv. So far, dah terlampau relaxing skrg nie… he.he.he
nurmisnan says
ohhhh.. begitukah.. tak boleh nak buat apalah.. as long
u heppy and sweet jom tdo.. har3..
Hairul Hissam says
tu la. asyik tido je kat rumah baru nie. he.he.he
beckhr00y says
ingatkan yang atas tu tadi hehe
Hairul Hissam says
Kalau yg kat atas tu, kan syok. he.he.he
gloryatie says
berapa minit drive ke jb?
jauh tak dari bandar JB?
sorry bukan org jb, so tak tahu 🙂
Hairul Hissam says
Rumah saya dekat ngan highway, dalam 40minit boleh sampai :D.
gloryatie says
cantiklah, selesa, berbaloi2
kawasan mane ni?
Hairul Hissam says
Area kulai, mmg berbaloi. 😀
maya says
ok..cantik..bagus..walau pon hidup bujang..tapi pandai berdidikari sendiri..Banyak lagi ruang yg kosong..untuk di tambah..lg barang2nya..ok
Hairul Hissam says
Betul tu Cik Maya, banyak lagi ruang kosong boleh diisi.
Kalo dah kawen nanti, confirm penuh dgn barang dan sesak.. 😀
Dh.Ayyub says
Salam!
Rumah yang hebat,,sudah tentu orang yang
di dalamnya juga hebat,, moga menjadi sumber inspirasi untuk semua.
Hairul Hissam says
Wsalam. Orgnya biasa2 je 😀 ….
Semoga lebih ramai yg menceburi dunia bisnes khususnya bisnes makanan 😀
zai says
Tahniah! satu tindakan dan pelaburan yg bijak. dah ada staple income, dah ada rumah sendiri ; hmm….apa perancangan utk masa depan selain dari memperkembamgkan online business? kalau boleh share la..
Hairul Hissam says
Terima kasih en zai. buat masa nie, rehat dan sesuaikan diri dgn rumah baru. 😀
geenana aris says
assalam tuan hairul
tahniah dh selesa kat rumah baru?
kalau ada open house tu sudi2 lah jemput we allzz yer.
tk smg diberkati ALLAH TAALA
Hairul Hissam says
Wsalam cik Geenana.
Rasanya dah terlalu selesa hingga asyik berehat je. 😀
Nak kena warming up balik.. Amin. Tima kasih cik geenana.
chii says
wahh..cantiknya rumah hairul..sgt simple dan kemas..
ehem..umah da ada..so pasni kena cari org umah plak ye :p
Hairul Hissam says
Letih la nak jawab soalan tu cik chii .he.he.he
saya orangnya pun simple sahaja 😀
aima says
kemas dan bersih, mesin pengguli tu terliur..khee
Hairul Hissam says
Boleh la beli mesin pengguli nanti .he.he.he
sara says
gilaa ahhh…sy ingat rmh kat ats tu…pepun rmh kat bwh shannnnteekkkk jugakkk
Hairul Hissam says
Kalo rumah kat atas tu mmg syokk gilerrrrr.. he.he.he..
tima kasih cik sara…
donnyien says
Duduk sorang ke? khawin la cepat2 🙂
Hairul Hissam says
Duduk sorang2 lagi best bro. he.he.he
psst: komen2 bro masuk kat spam la.. baru je check spam box.. nasib baik tak empty spam..
suri says
rumah salah stu eset yg penting. jgn sesekli menyesal memilikinya 😉
hai tnggal mcei permaisuri hati jrt lhi nie heee
Hairul Hissam says
rasanya.. sangat bertuah memilikinya.. he.he.he
Hafizul says
wahhh kemas nya..hehe..yang penting ruang meja komputer tu nmpk menyegarkan..selesa..hehe
Hairul Hissam says
mmg selesa bro.. tenang dah membuahkan idea yg freah.. he.he.he
Kak Nor Shakila says
Aslkm… Tahniah… Alhamdulillah… Puaskan bila dapat beli sesuatu dengan hasil usaha sendiri… Moga tenang dan dimurahkan rezeki selalu
Hairul Hissam says
Tima kasih kak nor. Syukur, dapat juga memiliki rumah sendiri 😀
Ramzi says
rumahnya unik banget mas bro dan kayaknya setiap ruangan sangat luas ni beda ma rumahku agak bejubel
nice share dan sukses selalu..
Hairul Hissam says
Rumahnya nampak luas sebab belum byk barang.. nanti bila dah tambah barang.. sempit gak.
tima kasih en ramzi.. 😀
Sara says
Amboi2…bujang2 ada rumah baru. Siap semua perabutnya, Bruntunglah sapa yg mnjadi suri nnti. Tinggal cuci kaki ajer! Tahniah.. n kagum dg usaha gigih En Hairul.
Hairul Hissam says
Terima kasih cik sara… Allah s.w.t. murahkan rezeki…
psst: Bukan cuci kaki je.. siap cuci tangan siap makan. he.he.he
Mekar says
Tahniah hairul. seronoknya duk rumah baru. Mesti banyak dah berhabis duit utk permulaan nak masuk rumah ni kan? Penat pun penat tp sya tgk brg hairul tak banyak sangat.
Rumah mak dgn Kulai ni jauh ke? Kalu boring, pi jalan2 umah mak la jawabnya ya
Hairul Hissam says
Banyak juga habis duit. cik mekar. Tapi mmg berbaloi dapat menikmati rumah baru..
Skrg nie tengah tambah2 sikit2 utk brg dan menghias rumah nie.
Lebih kurang setengah jam ke rumah mak kalo guna highway.
boring2 mmg ke sana la.. sbb kawan2 dan saudara disana.. 😀
aha says
tahniah atas rumah baru. cepat2 cari suri rumah pulak
Hairul Hissam says
tima kasih Cik Aha…. Suri rumah lambat pun tak pe. he.heee 😀
Marisa says
Tahinah En.Hairul…de rmh sendiri…marisa dlm proses nk bli rmh..harap2 berjaya la loan Marisa.
Hairul Hissam says
Saya doakan loan cik marisa berjaya…. amin…
saya pun dulu, berdebar2 juga tunggu keputasannya… 😀
fiezaradzi says
wah, cantik rumah die.. besar.. tahniah.. bagus.. bagus.. dah siap de kabinet, mmg menarik..
Hairul Hissam says
Tima kasih cik fiezaradzi…selesa jugalah duduk sorang2 😀
diana says
1st tengok… fu…yooooo
cantik gilerrrr RUMAH tuuuuu
hehehe…
bila dah baca artikel yang di bawah…. fikirkan umah en.hairul..
rupanya RUMAH IMPIANNNNN….
hehehehe
tapi zoom yang sebenar lawa, kemas susunan setiap ruang rumah en.hairul ye…
Hairul Hissam says
kalau dapat rumah tu. mmg fuyoo..yahoo… heee
tima kasih cik diana. 😀
diana says
coming soon MYBE….
you will be….
DREAM COME TRUE….
OVER than that YOU CAN GET IT….
1ST in MSIA
heheheheh….
Hairul Hissam says
Amin…. harap2 masin manis lah mulut cik diana.. 😀
diana says
nothing is impossible…..
Hairul Hissam says
betul tu.. 😀
adda says
wow cntik nya rumah..besar dan kemas
Hairul Hissam says
terima kasih cik adda. Alhamduillah dapat juga miliki rumah sendiri 😀
ct manja says
Saya nampak Hairul letakkan oven macam tu sahaja tanpa guna alas/meja. x panas ke lantai jika direct pada oven n xrosak ke lantai nati?
Hairul Hissam says
Tiada masalah ct manja.. biasa saya masak.. bahagian bawah tidaklah panas seperti yg difikirkan 😀
riza says
Alhamdulillah, Hairul dah berjaya memiliki rumah sendiri pada usia yang muda. Memang patut menjadi contoh teladan kepada anak-anak muda yang lain. Baru-baru ni saya baru tahu hadis nabi yang menyebut tentang kebahagiaan. 4 perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan 1. rumah yang luas 2. jiran yang baik 3. kenderaan yang selesa dan 4. ….Hairul dah ada 3 perkara tadi, cuma yang satu lagi tu berusahalah mencarinya berserta doa supaya dapat melengkapkan 4 perkara yang pernah disebut oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W yang sangat mengasihi umatnya. Kak riza doakan yang terbaik untuk Hairul.
Hairul Hissam says
Terima kak riza atas doa tu. Amin. Semoga kak riza pun terus dilimpahkan rezeki dan kebahagian bersama keluarga daripada Nya. amin 😀
riza says
Amin…Yarabbalalamin…
zanizan says
Bpe ekh bjet wat kabinet dapur simple cm tu?
Hairul Hissam says
SAya beli rumah nie mmg siap kabinet…