Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Teh Garam Masala ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Teh Garam Masala
2 sudu besar serbuk teh
2 inci halia – ditumbuk halus
1 sudu kecil buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
susu pekat manis secukup rasa
3 cawan air
Cara Membuat Resepi Teh Garam Masala:
1. Panaskan periuk, tambah air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan serbuk teh, buah pelaga, kulit kayu manis dan halia. biarkan mendidih selama 3 min.
3. Tapiskan airnya dalam gelas dan masukkan susu pekat manis. kacau rata.
4. Sedia untuk diminum.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi teh garama masala
Leave a Reply