Kiriman Cik Fifah (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi suhun goreng sos tiram nie kiriman Cik Fifah. Wah, belum pernah saya cuba lagi nie. Tentu Sedap. Jom kita pelajarinya:
Bahan Bahan Resepi Suhun Goreng Sos Tiram
300gm suhun (direndam dan tos)
5 ekor udang
3 sudu makan sos tiram
1 kiub pati ayam
1 biji bawang merah, bawang putih dan cili merah( dikisar)
2 keping kubis ( dihiris halus)
1 ikat sawi (dihiris halus)
2 sudu makan kicap
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya Resepi Suhun Goreng Sos Tiram
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga berbau harum.
2. Masukkan udang dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos tiram dan kicap. kacau rata.
4. Masukkan hirisan daun kubi dan sawi.
5. Perasakan dengan garam, gula dan sebuk perasa secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan suhun dan gaul rata hingga masak.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Fifah Kerana sudi berkongsi resepi suhun goreng sos tiram
Leave a Reply