Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Lobak Merah ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Lobak Merah:
=2 pot beras basmathi – guna beras biasa pun boleh
=2 biji lobak merah – di parut
=1 biji tomato – potong dadu
=2 ulas bawang merah – hiris halus/tumbuk lumat
=2 ulas bawang putih – tumbuk lumat
=1cm halia – tumbuk lumat
=1 sudu besar mentega
=1 sudu besar minyak sapi
=1 helai daun pandan
=air – secukup kegunaan utk msk nasi
=rempah 4 sekawan
=kiub/serbuk pati ayam – secukup rasa
Cara Membuat Resepi Nasi Lobak Merah :
1) cuci beras.tos dan ketepikan.
2) panaskan mentega dan minyak sapi,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.kemudian,masukkan rempah 4) sekawan dan tomato.
3) masukkan beras dan gaul sebati.tambahkan air dan perasakan secukupnya dengan pati ayam.masukkan daun pandan.
4) masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.bila air nasi dah mula kering,masukkan lobak merah yang telah diparut(tak perlu gaul nasi-masukkan lobak merah begitu sahaja.)
5) bila nasi dah masak,gaul dengan chopstick atau garpu.
6) sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik My1981 kerana sudi berkongsi resipi nasi lobak merah
hajar says
salam ramadan tuan yang budiman.
boleh saya tahu rempah 4 sekawan tu rempah apa ya?
terima kasih
Hairul Hissam says
Salam ramadan. 4 sekawan nie ialah bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. selamat mencuba..
hajar says
terima kasih. dah cuba tadi..alhamdulillah menjadi. kredit kepada tuan empunya resepi dan encik hairul sendiri kerana banyak berkongsi ilmu.
Hairul Hissam says
Terima kasih juga atas maklum balas. Semoga resepi nasi lobak merah tersebut menceriakan hidangan keluarga puan..