Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Resepi muffin coklat ini sedap dan mudah disediakan. Tentu keluarga anda sukakan muffin coklat ini.Jom kita pelajari cara membuatnya:
.
Resepi Muffin Coklat
Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
Bahan B
190gm Tepung Gandum
1 sudu teh baking powder double action
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh essen vanila
1/4 cawan koko
1/2 cawan choc chips
Cara Membuat Resepi Muffin Coklat
1. Pukul bahan A dengan whisk sehingga bercampur dan gula hancur. (Pastikan tepung diayak terlebih dahulu)
2. Gaul bahan B sehingga sama rata dan masukkan ke dalam bahan A dan pukul bahan A dan B dengan whisk.
3. Masukkan dalam acuan muffindan tabur choc chips di atasnya. Bakar pada suhu 170 selama 20min. Siap resepi muffin coklat anda.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi mengirimkan Resepi Muffin Coklat yang mudah dan sedap ini. Selamat mencuba semua.
nurmisnan says
hoho.. nice.. Selalunya buat bahan2 rumit
ok thanks brother.. my daughter pasti suka
baking petang ni..
Hairul Hissam says
org dulu2 mmg suka buat masakan yg rumit2 sebab mereka byk masa…. berbeza dgn kita skrg…. Selamat mencuba kak nora.. tentu daughter kak nora sukakannya… :D.
suri says
salam..
wah ingt nak bg kt kami semua tadi hee..bro buat ker ni
Hairul Hissam says
wsalam.. Mmg khas utk cik suri dan pembaca blog tengok hingga kenyang.. nie kan resepi kiriman.. 😀
honey says
En.Hairul, resepi ni memang tak guna tepung ke?
Hairul Hissam says
ada.. kat bahan B…. selamat mencuba.. 😀
akubiomed says
Menyelerakan. 🙂
Hairul Hissam says
dah mudah. . 😀
Juan says
tgk gambar pon dah nampak sedap dah, rasa coklat tu seperti berada dilidah
Hairul Hissam says
Rasa nak ngap monitor je kan.. hee
puteri kasih says
kalaulah boleh keluarkan muffin tu dari skrin..hehe
minggu ni kena try buat ^_^
Hairul Hissam says
Dlm mimpi boleh lah cik puteri.. heee 😀
puteri kasih says
kena mimpi muffin la camtu..hehe 🙂
Hairul Hissam says
sebelum tidur.. bayangkan muffin byk2… nanti keluar la tu dlm mimpi.. heee
fizrah says
So sedap!skali buat ni dpt bpe bijik?
Hairul Hissam says
Bergantung juga pada saiz cup.. selamat mencuba..
Sabrina Mohamad says
Whisk tu aper yer?? Mixer ker???
Hairul Hissam says
cuba taip kat google, nanti keluar gambarnya 😀
Sabrina Mohamad says
Kalau kukus boleh tak muffin nie? Oven tak der laa… baru rosak…hihihi
Hairul Hissam says
Boleh jee. tapi hasilnya tentulah berbeza 😀
Sabrina Mohamad says
Nk cuba buat nie…. mcm sedap je….. teringin nk mkn….
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
Chieycherieyberieyboo says
Mcm bestt je.. nk try ???????? tq kongsi resepi ????????
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nie dan semoga berjaya buat muffin coklat nie..
Ara says
Tq. Sy guna resepi ni. Tapi ada la derhaka resepi sikit2. Sedap. Tq. Sy screenshot resepi & share di group MAHN .
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya membuat muffin coklat..