Kiriman Cik Aina Eira (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Mee Hailam ini merupakan kiriman Aina Eira. Nampak lazat dan menyelerakan mee hailamnya. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Mee Hailam:
500g mee kuning (1 paket)
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ketul daging ayam bahagian isi – dipotong dadu
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
5-6 batang jagung bunga – dipotong panjang
1 batang carrot saiz sederhana besar – dipotong panjang
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk sedikit
1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn sedikit air
Hirisan daun sup dan daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng utk hiasan
Cara-Cara Membuat Resepi Mee Hailam:
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang dicincang halus tadi. Kemudian masukkan isi ayam dan udang.
3. Tuang 1 liter air. Masukkan sos tiram, kicap pekat, dan renihkan 20 minit.
4. Masukkan jagung bunga, carrot, kobis daun dan tomato. Masak lebih kurang 2 minit. Tambah sedikit air ikut keperluan.
5. Tuangkan bancuhan tepung jagung. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian, masukkan mi kuning. Gaul rata dan masak sekejap jangan sampai mi terlalu kembang ye..
7. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan taburan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.
Selamat mencuba! 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada Kerana sudi berkongsi resepi
chiquita says
udang bile nak masukkan?
Hairul Hissam says
Masukkan dgn isi ayam.. tqvm.. 😀
sha haddad says
hairul….i suke ur resipi. sedap2. harini i nak try resepi mee hailam pulak. tqvm yer…
Hairul Hissam says
Semoga berjaya buat mee hailam.. tqvm..
muhd haikal zamri says
Sdap gilerr……bru trai buad
Hairul Hissam says
semoga resepi mee hailam nie menceriakan hidangan keluarga encik haikal …
zura says
resepi yang mudah…nak try malam nih..
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya buat mee hailam yg sedap…