Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kue Teow Goreng ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kue Teow Goreng:
=200gm kuetiaw – cuci,tos,cerai2kan dan gaul dengan sedikit kicap pekat
=segenggam taugeh
=6 ekor udang
=kerang – ikut suka nak banyak mana
=1 biji telur – pukul sedikit
=1 tangkai daun kucai
=sedikit sos tiram
=sedikit serbuk lada putih (optional)
=sedikit kicap cair
*kalau suka pedas boleh tambahkan dgn cili kisar
Cara-Cara Membuat Resepi Kue Teow Goreng:
1) panaskan sedikit minyak,masukkan kuetiaw.masak seketika dengan api kuat.keluarkan dan ketepikan.
2) tumis udang dan kerang – masak seketika.
3) tambahkan sos tiram,kicap cair dan serbuk lada putih.perasakan secukupnya.masukkan telur.masak seketika
4) masukkan kuetiaw,taugeh dan daun kucai,kacau rata.masak sekejap – berhati2 agar kuetiaw tidak hancur.
5) jika rasa dah ok,matikan api.hidangkan panas.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi kue teow goreng
Leave a Reply