Inipun kuih yang sangat saya suka iaitu karipap sardin. Waktu petang pekena karipap nie memang best. Kalau buat sendiri lagi puas makan. So saya nak share resepi karipap sardin yang sangat sedap ini.
Ada dua Bahan dalam Resepi Karipap Sardin
1. Kulit Karipap
2. Inti Karipap
Bahan Kulit Resepi Karipap Sardin
500gm tepung gandum
1/2 sudu teh aji shio papper (serbuk lada putih)
10gm gula pasir
secubit garam sbb marjerin dah masin
50gm marjerin
50gm minyak masak
Air suam untuk menguli
Cara Membuat Kulit Karipap Sardin:
1. Campur dan gaul kesemua bahan kering dan letak tepi. Kemudian panaskan minyak dan marjerin dengan api hingga marjerin cair.
2. Tuangkan marjerin/minyak cair panas ke dalam bahan kering. Gaul dan ramas-ramas adunan
3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air suam ke dalam adunan. uli sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Jika doh melekit, boleh tambah sedikit tepung dan uli lagi
4. Perapkan doh karipap sardin dalam 1/2 jam dan dtutup dengan plastik. Selepas setengah jam boleh digunakan untuk membuat karipap sardin.
Bahan Inti Resepi Karipap Sardin
1 biji bawang besar dipotong mayam
3 biji bawang putih di cincang
1 sudu besar cili giling
1 tin sardin ambil isi dan hancurkan dengan garfu.
3 sudu besar sos dalam tin sardin.
3 biji bawang besar di potong dadu.
5Garam & dan gula secukupnya
Cara Membuat Inti Karipap Sardin
1. Tumis 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih hingga naik bau. Kemudiaan masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan 3 sudu besar sos dalam tin sardin. Kacau sekejap je
3. Masukkan isi sardin. Pastikan anda buang tulang di dalam sardin dulu.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Kemudian masukkan 3 biji bawang yang dipotong dadu. Kacau sekejap dan tutupkan api.
6. Biarkan sejuk dahulu baru digunakan
Cara Siapkan & Goreng Karipap Sardin :
1. Ambil sedikit doh karipap sardin dan leperkan ia. Kemudian masukkan inti dan kelim karipap tepi karipap sardin. Boleh juga gunakan acuan karipap yg dijual dikedai.
2. Gereng karipap sardin dengan api yang sederhana. Goreng hingga kuning kekuningan
Jika anda mahu buat karipap inti ayam yang berbeza cara nya boleh belajar dengan klik >>> Resepi Karipap Ayam
Leave a Reply