Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ikan Pekasam Homemade ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Resepi Ikan Pekasam ini terbahagi kepada 2.
1. Cara Membuat Ikan Pekasan
2. Cara amengoreng Ikan Pekasam
Cara membuat Resepi Ikan Pekasam
Bahan-bahan Resepi :
1. Mesti ada ikan.(biasa org guna ikan air tawar)
2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.
3. Beras (sangai dan tumbuk).
4. Asam keping.
Cara Membuatnya: :
1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais .
2. Esok pagi dah siap tumbuk beras yang sudah di sangai tu dan gaul dengan ikan yang sudah di simpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik.Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi, tuang dalam bekas.
6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
Seminggu kemudian, barulah di goreng
Cara Menggoreng Resepi Ikan Pekasam
Bahan-bahan Resepi :
1. Ikan pekasam (tak perlu dibasuh)
2. Minyak utk menggoreng (sedikit sahaja)
3. 2 tangkai cili kering (potong)
4. 1 biji bawang besar (potong bulat)
5. 1 biji limau kasturi (ambil airnya)
Cara membuatnya: :
1. Panaskan minyak
2. Goreng ikan pekasam sampai garing. Angkat
3. Goreng cili kering dengan bawang besar dengan minyak yang sama
4. Tabur atas ikan pekasam
5. Perahkan asam limau td ats ikan
Memang enak dimakan dengan nasi panas.. Cubalah
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie kerana sudi berkongsi resipi ikan pekasam
manjaiman says
Terbaikk.thanks
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi ikan pekasam