Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Bubur Nasi Ayam ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Bubur Nasi Ayam:
1 1/2 cawan beras dimasak dengan air rebusan ayam yang banyak.
1 inci halia (ketuk2)
1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam
tumix atau garam
1 liter air
Cara Membuat Resepi Bubur Nasi Ayam:
1.Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam diketepikan
2. Basuh beras dan masukkan beras dalam periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang. Tuang air lagi jika nasi belum kembang.
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit tumix (letak garam pun boleh tapi saya suka tumix)
4. Kemudian tambah ayam rebus tadi (siat kecil atau potong dadu kecik), bawang goreng, lada merah dan daun sup.
5. Titiskan sikit dgn minyak bijan.
6. Bila bubur nasi telah siap masak, masukkan ikan bilis, kacang goreng, cili jeruk, telur masin dan sambal (bhn2 ni x letak sbb anak x suka)
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi bubur Nasi ayam
.
lokmanamirul says
nampak sedap
Hairul Hissam says
selemat mencuba resepi bubur nasi ayam nie..