Petua ini kiriman Cik Rafi dah (adif Fida dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Setiap kita kejadiannya adalah sama, yang membezakan cuma rupa paras dan jantina sahaja. Bila sebut cantik, ianya memang dikaitkan dengan wanita. Tanya lah kepada semua wanita, siapa yang tak mahu cantik.
Demi untuk kelihatan cantik, sanggup pula berhabis wang ringgit. Wahai ibu, kakak, makcik dan adik-adik sekalian, diingatkan demi untuk cantik janganlah sampai mengubah kejadian Allah. Di sini saya sediakan petua-petua tradisional yang baik untuk diamalkan untuk memutihkan dan menghaluskan kulit muka
.
Petua Cara Menghaluskan Dan Memutihkan Kulit Muka
Memutihkan Kulit Muka
Parut isi dalam timun dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis dan bedak sejuk. Seterusnya dipakai dimuka tiap tiap malam. insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
Selamat tips ini membantu anda menghaluskan dan memutihkan wajah anda.
Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Menghaluskan Dan Memutihkan Kulit Muka ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara badan kurus slim dan menawan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
gloryatie says
kalau bab kulit muka, banyak petua tambahan yang boleh saya kongsikan…antaranya, ambil ubi kentang dan potong nipis2 kemudian tampal dimuka hingga kering. bagi yang rajin, boleh kisar halus dan buat masker. ia dapat membantu kulit muka licin dan putih berseri.
selain itu boleh guna buat tomato, ambil lendirnya dan buat seperti masker. kemudian bilas bersih2.
Petua Emak says
Perghhh. mmg byklah petua dari cik yatie nie.. tqvm 😀
Mohd Rujhan says
cara lain ialah ambil satu sudu besar susu pekat manis,campurkan susu tersebut dengan air panas,kacau campuran tu sehingga cair,kemudian ambil kapas dan gunakannya untuk meratakan campuran susu dan air ke seluruh muka.biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih.
Petua Emak says
Kalo guna fresh milk, terntu lebih power kan en rujhan….
nooraini says
ada lagi satu cara ambil serbuk koko dicampur dengan susu dan madu. kemudian disapu pada muka sbagai mask biar selam 20 minit. ia bukan sahaja memutihkan kulit wajah malah ia mengurangkan kedutan di muka.
Petua Emak says
Susu mmg bagus mencantikkan wajah.. Kalo campur ngan madu.. tentu lebih power kan Cik noraini 😀
chii says
banyak nya cara..cuma rajiin ngan tak je kan nak wat nya.ehehe..thanks..chii nak try cara yg guna isi timun tu la..kat umah ada byk timun..eheh
Petua Emak says
betul tu cik chii… petua tradisional nie mmg leceh sikit….. tu yg kadang2 malas betul nak but… 😀
Ummy Ziela says
Nak hilangkan muka berminyak…selalu mekap xtahan lame…Ada petua x?
azrie amriey says
Ummy Ziela, apa kata cuba petua ni… Ambil ais batu, sapu kt muka.. Kalau xtahan, ambil ais tadi, masukkan dalam bekas air, gunakan air 2 utk cuci muka… Ada jugak yg letak tuala dlm peti ais (tempat beku) dan lap muka dgn kain tersebut sebelum pakai mekap.. Amalkan selalu, sbb kaedah ni membantu mengecil liang roma.. Jd muka xberminyak, dan make up pun tahan lama dan tak nmpak lebam…
hadidah man says
Terima kasih, bru i thu…..,aida sweet.
eiracayoo says
wahh~ terbaik! ^__^
shima says
best la petua-petua ni.. Thanx.. Iema nk cuba la
queen_fatin says
Bagus la jugak ada blog nie,senang nk cari information kt sini…Bagus x3.