Petua cara mengelak mata berair semasa potong bawan gini adalah kiriman Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah. Petuanya memang menarik dan praktikal. Ia juga mudah dibuat ketika memotong bawang. Jom baca petuanya:
Tentu ramai yang menghadapi masalah mata berair ketika memotong bawang kan. Pastinya ia sangat menyukarkan anda memotong bawang dan merimaskan anda. Lebih-lebih lagi jika mengupas atau memotong bawang dalam kuantiti yang banyak. Tentu serik nak memotong bawang lagi. Okay, saya ada beberapa petua untuk mengelak mata berair ketika memotong bawang
Petua Cara Mengelak Mata Berair Semasa Potong Bawang
1) Rendam bawang dalam air dalam 15mint. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan mata anda berair malah memudahkan anda mengupas kulit tu. Rendam janganlah banyak sangat, ikutlah kuantiti yang diperlukan. Karang busuk pula bawang yang dah direndam itu kalau tidak dikupas semuanya.
2) Kalau rasa mata sudah mula berair, cepat-cepat basahkan dan rendam kedua belah mata dengan air. Ini dapat eengeluarkan wap dari bawang yang menyebabkan mata anda berair. Disamping itu ia juga dapat menyegarkan mata anda semula. InsyaAllah pedih kat mata akan hilang.
3) Buka kipas yang menghala pada anda semasa memotong bawang. Angin dari kipas dapat meniup wap dari bawang yang menyebabkan mata anda berair.
4) Sapukan cuka pada tangan dan pada bawang tersebut semasa mengupas atau memotong bawang. Cara ini juga sangat berkesan mengelakkan mata anda dari berair. Tapi jangan letak banyak jangan letak banyak sangat, nanti masam pula masakan anda.
InsyaAllah petua ini dapat membantu anda mengelak mata dari berair. Selamat mencuba
Admin: Tima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Mengelak Mata Berair Semasa Potong Bawang ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghalau semut. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
Mohd Rujhan says
selain itu, boleh juga hiris bawang sambil makan gula2 getah…ia juga dpt menghilangkan mata berair…
gloryatie says
bagus info ni, nanti boleh la cuba. maklumla tiap2 hari kena potong bawang. dan yang tak tahan selalu mata berair. sampai terpaksa tinggalkan bawang seketika hingga mata rest sikit baru boleh sambung kupas bawang. sedih tul cam nangis takde sebab je sob..sob…sob…
azrie amriey says
ada org kata, cucuk hujung pisau dgn bawang… biar je bawag tu kt situ, smpai habis kita potong bawang2 yg lain… agaknya, bawang2 yg lain tu takut kena cucuk kot… hahaha…