Ini merupakan permintaan dari seorang pembaca. Katanya amat merimaskan dengan rakan sekerja yang suka menyakitkan hatinya. Tentu ramai pembaca menghadapi masalah yang sama ditempat kerja. Disini saya berkongsi tips yang boleh membantu.
.
Petua Cara Mengatasi Tekanan Rakan Sekerja
1. Biasanya tekanan berlaku apabila kita memikir masalah atau kata-katanya berulang kali. Semakin berulang kita memikirkan, semakin tertekanlah kita. Biasanya kita memikirkan berulang kali bertujuan untuk menyelesaikannya.
Namun sebenarnya ia hanya memberi tekanan dan menyebabkan emosi dan minda kita bercelaru. Emosi dan minda bercelaru menyukarkan kita menghadapi rakan sekerja kita. Oleh itu mulakan dengan berhenti memikirkannya berulang kali.
2. Mungkin juga, kita telah menyakiti hati rakan sekerja kita tanpa kita sedari. Oleh itu muhasabah diri kita dan cuba berbaik-baik dengan rakan sekerja kita. Dan sentiasa bermaaf-maafan.
3. Jika rakan kerja mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Percayalah mereka pasti akan mendapat bala dari perbuatan mereka. Ada orang lain akan menyakitkan hati mereka nanti. Yang penting jangan sampai kata-kata mereka menganggu pemikiran kita.
Semoga tips Petua Cara Mengatasi Tekanan Rakan Sekerja ini membantu. Tentu pembaca-pembaca lain lebih berpengalaman menghadapi rakan sekerja yang suka menyakitkan hati ini. Sudilah kongsi untuk manfaat bersama.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan nafas berbau. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
insyaAllah saya cuba amalkan petua ni, bagus tuk mengelakkan berlakunya pergaduhan dan dendam yang berlanjutan. kadang2 susah tuk menangkis perasaan sendiri. harap2 saya tidak menghadapi masalah dengan rakan2 di sekeliling saya 🙂
Petua Emak says
begitu juga dgn saya…
choco nila says
kat ofis tu bwk lah earphone utk dgr bacaan alquran .. insyallah dipermudahkan kerja dn dijauhkan dri perselisihan
Petua Emak says
Al quran mmg berkesan menenangkan dan menguatkan hati dan perasaan kita.. tq 😀
azrie amriey says
Dlu keje sy mmg stress sgt.. Kena maki, kena hamun.. Silap sikit, kena maki.. Pernah kena maki dpn org.. Gaji lewat.. Masa 2 mmg stress sgt2. Bincang dgn boss pun masih sama… Tp sy sabar.. Sentiasa mengalah.. Cuba ikut rentak rakan2 sekerja… Alhamdulillah, hubungan 2 makin baik.. Smpailah sy dpt offer keje lain yg lebih relaks, sy berhenti.. Rasanya lebih baik sy berhenti masa keadaan tgh baik.. Sbb klau sy tunggu lg, mungkin masalah2 akan timbul dan sy akan semakin tertekan… Apapun, kunci utamanya ialah sabar dan beralah.. Wlalaupun bkn salah kita, xrugi klau kita yg mengalah..