Masa itu emas. Namun sejauh mana kita menghargai masa. Adakah kita benar-benar telah mengurus masa dengan baik. Atau lebih banyak mensia-siakan masa. Disini saya ingin berkongsi dengan anda teknik menguruskan masa dengan menggunakan Notepad. Agar masa anda dimanfaatkan dan dibahagikan dengan bijak.
Pernahkah anda mengalami masalah seperti ini. Pagi-pagi on Komputer. Rancangan awal nak belajar membina laman web dan grafik. Bila buka je komputer. Otak mula terfikir nak layan forum la sekejap. BIla buka forum, tak henti-henti pula reply post sana sini dan baca post member. Teringat pula facebook, dah layan pula ngan facebook. Dapat pula mesej ajak chatting. Pastu layan pula youtube, blog dan bermacam lagi. Akhirnya sampai ke petang “Apa yang aku buat hari ini”.
Saya juga menghadapi masalah yang sama. Dan saya sering berfikir bagaimana untuk mengguruskan masa dengan lebih baik. Pada mulanya saya menggunakan perisian menguruskan jadual harian. Namun perisian ini kebanyakkan rumit dan menyebabkan masa dihabiskan mengguruskan perisian ini. Sehinggalah saya menjumpai cara yang amat mudah dan senang iaitu menggunakan Notepad. Notepad ini disediakan di dalam window anda.
Kepada yang tidak mengenali notepad. Ia sama seperti perisian Word tapi lebih simple dan mudah diuruskan. Caranya mudah sahaja. Di desktop anda, right klik mouse anda dan select New dan klik pada text document. Dan seterusnya berikan nama notepad anda dengan JadualHarian atau dengan nama yang mudah anda pahami. Jika anda masih lagi blur-blur, apa yang si hairul cerita nie. Boleh lihat panduan image dibawah
–
–
Sekarang anda telah memiliki file jadual yang mudah diuruskan. Apa yang saya buat, sebelum saya memulakan apa jua aktiviti didepan komputer, saya akan layan dulu file notepad JadualHarian ini. Saya taipkan perkara-perkara yang penting perlu saya siapkan atau lakukan pada hari ini. Dan saya letakkan anggaran waktu untuk menyiapkan tugasan tersebut. Contohnya seperti image dibawah.
–
–
Ya, inilah contoh jadual yang paling simple dan mudah diuruskan. Saya jadikan ia panduan untuk aktiviti hari ini. Dan apabila aktiviti tersebut telah disiapkan, saya akan delete terus dari jadual harian saya. Ini menjadikan kerja-kerja kita lebih tersusun. Saya juga tidak terkongkong dengan jadual tersebut dan boleh melayan internet pada masa yang sama. Cuma saya jadikan aktivti dalam jadual tersebut sebagai hutang yang perlu saya selesaikan pada hari tersebut. Dan semasa membuat kerja, sekiranya saya terfikir aktiviti baru, saya akan terus tambah dalam file notepad tersebut. Yelah kekadang tu idea datang tak menentu kan.
Bukan itu sahaja. anda juga menambah kategori aktivitinya. Aktiviti untuk hari ini, aktiviti untuk hari esok, aktiviti untuk minggu Ini, Apa yang nak belajar dalam bulan nii dan sebagainya. Anda boleh masukkan apa sahaja yang dapat membantu anda mengguruskan masa dengan lebih baik.
Harap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Jika anda rasa ia bermanfaat, bolehlah kongsi dengan rakan anda melalui button share dibawah. 🙂
Shahrul says
Bagus juga tips ni. Saya gunakan file excel ‘What To Do’ kat desktop. Tuliskan senarai kerja2 dan duedate nya. Setiap hari kene check file ni.
safwan says
teknik yang simple…thanks…cr saya..sy buat to do list setiap hari
aina says
sye start guna notepad sejak baca artikel ni…
alhamdulillah sye dpt manage masa dengan lebih teratur!!…
banyak juga aktiviti yg dirancang dapat dilaksanakan… 😀
redfar says
nampaknya banyak mas terbuang kat fb lar.. hurmm.. mcm mana nak atasi cara tu yer.
Hairul Hissam says
pada saya la redfar, yg penting kesedaran kita untuk menghargai masa…
mungkin sebelum start wat ape2 didepan pc, redfar cari aktiviti2 yg berfaedah untuk dibuat…
dan bahagikan waktu membuatnya, pagi ke.. ptg atau malam..
safwan says
betul tu fb mencuri masaku
Malik says
fb memang dah banyak curi masa sedangkan nak apa pun dah kena tanggung dulu. bak kata orang kalau nak buat tugasan kena pandai mengurus masa, tapi asyik tak buat je. saya setuju dengan artikel ini, manfaatkan saya la.
syed says
skang windows 7 dah ada sticky notes, bagi saya lebih mudah ntuk mengatur jadual, tambahan pula ia akan dipaparkan di screen setiap kali kita buka PC, saya gunakannya sbg reminder DSB…
Hairul Hissam says
Memang benar kat en. syed, sticky note memang lebih memudahkan lagi jadual harian kita.. tq ya 😀
syed says
selain boleh di’stick’ pada desktop, ia juga boleh dipelbagaikan warnanya so xla kita pening, tgk 1 kaler ja. btw, tq en hairul sebab memberi kaedah reminder guna notepad. boleh diaplikasikan pada windows xp, dsb, windows 7 pun boleh 🙂
Hairul Hissam says
Tq en syed kerna sudi berkongsi ttg sticky di window 7.
tentu lebih menarik dengan sticky pilhan warna kita.. 😀
p/s: sesape yg masih guna winxp atau vista.. cepat2 la upgrade ke window 7…