.
Artikel ini kiriman Cik Azriey Amriey. Di dalam Islam kita amat digalakkan bersedekah dan membantu hamba Allah yang lain. Sebaliknya sifat kedekut hanya merugikan diri kita sendiri. Jom baca artikel bermanfaat ini.
Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:
Dalam hidup ni kita akan sentiasa diuji dan diduga. Ujian yang datang dari Allah sekadar untuk menguji sejauh mana kekuatan iman yang ada dalam diri kita sebagai seorang hamba. Seringkali kita lalai dan leka dengan rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita lupa bahawa segala kemewahan yang kita miliki hanya sekadar pinjaman yang boleh ditarik kembali pada bila-bila masa sahaja. Kemewahan yang melimpah ruah itu juga seringkali menghanyutkan kita, menjauhkan serta menjarakkan diri kita dengan orang-orang disekeliling, kerana bimbang dianggap tidak setaraf dan sama darjat dengan kita.
Cuba kita tengok keadaan disekekliling kita. Cuba tengok balik hidup kita boleh dikatakan hidup kita agak mudah. rezeki berlimpah ruah. Bukan sahaja makanan yang sedia ada banyaknya malah berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran. Sedangkan ada manusia lain yang hidupnya melarat, membanting seluruh kudratnya hanya untuk mencari sesuap nasi. Kita ini sepatutnya bersyukur, Allah murahkan rezeki kita. Cuba letakkan diri kita ditempat orang-orang yang melarat, yang dilanda musibah, mangsa kebuluran. Alangkah sedihnya nasib diri mereka.
Anak-anak remaja masa kini juga tidak pernah diajar erti kesusahan. Mintalah apa sahaja dari bu bapa mereka. Pasti akan ditunaikan dengan begitu mudah sekali. Jangan hairan sekiranya anak-anak yang berusia setahun keatas sudah bijak menggunakan gadget-gadget terkini yang ada dipasaran. Berbeza sungguh dengan anak-anak zaman dahulu. Untuk mendapat sesuap nasi, seluruh keluarga harus memerah keringat, tiada istilah pembaziran dalam kamus mereka. Begitu juga dengan gaya hidup anak muda masa kini. Anak-anak remaja mana mahu duduk dikedai-kedai, warung-warung tepi jalan. Sekurang-kurangnya kalau nak menjamu selera pun di tempat berstatus tinggi seperti di Starbuck atau Secret Recipe yang harga segelas kopi atau keknya mencecah hampir sepuluh atau belasan ringgit.
Pernahkah mereka terfikir segelas kopi yang harganya mencecah sepuluh ringgit itu, bagi orang-orang fakir dan miskin, nilai tersebut boleh menampung perbelanjaan dua hari untuk mereka sekeluarga! Renunglah dan muhasabahlah diri kita agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur. Bukan sahaja diajar untuk hidup bermewah, malah untuk bersedekah, jauh sekali. Sekiranya kita tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang suka bersedekah, pasti kita tidak akan lupa untuk menghulur sumbangan walau seringgit cuma.
Hairul.com: Terima kasih Cik Azriey Amriey kerana sudi berkongsi artikel yang bermanfaat ini. Marilah di budayakan amalan bersedekah.
akubiomed says
Selalulah bersedekah dan menyumbang kepada golongan yang memerlukan terutama saudara seislam.
Hairul Hissam says
Itulah yg sebaiknya kan bro. Rezeki yg kita perolehi ada hak bahagian utk org yg memerlukan.
UmmiKami says
Salam tumpang lalu.. =D
Air masin merembat titi,
Dekat selangkah kaki disimbah;
Fakir miskin dekat di hati,
Berkat sedekah rezeki bertambah.
Hairul Hissam says
InsyaAllah banyak kita bersedekah dgn Ikhlas, banyaklah ganjarannya…
TehR says
jangan kedekut dan jangan juga boros
rezeki biar berkat
Hairul Hissam says
Kena berserderhana dlm kehidupan.. 😀