Musim kemarau nie, serangan semut makin menjadi-jadi laa di rumah saya. Pantang letak makanan sekejap. Sekejap jee geng-geng semut nie serbu. Sampai air masak pun dikerumunnya. Ish.. ishhh ishh. Nak kena halau geng-geng semut nie. Yang tensionnya, water dispenser pun penuh semut di dalamnya. Dah satu kerja nak kena bersihkan dalam water dispenser tu tu, hu. hu. hu.
Pening juga mencari cara untuk menghalau semut nie. Pada mulanya saya sapu minyak masak di badan sekeliling water dispenser tu. Tak jalan juga laa. Esoknya ada lagi semut mencuri air di dalam water dispenser saya. Siap bermandi manda lagi semut2 tu 😛 . Nasib baik teringat Shieldtox Outdoor. Saya pun spray leh kat sekeliling water dispenser di bahagian bawah. Alhamdulillah, sampai sekarang geng-geng semut tu tak berani mencuri air di dalam water dispenser saya 😛 .
Ada satu lagi cara menghalau semut dan anai-anai yang diajar oleh pemilik kedai perabut. Kebetulan saya ke kedai perabut mencari sofa minggu lepas. Caranya mudah juga dengan menyapukan minyak diesel di sekeliling tempat tersebut. InsyaAllah semut dan anai-anai tak berani dekat. Semoga bermanfaat yaa.. .
ema says
kat rumah memang banyak anai-anai..pernah katil dan almari dimakan anai-anai…nanti boleh trylah tips utk halau anai-anai ni….pastinya, bau agak kuat nanti.
Hairul Hissam says
Minyak diesel nie agak kuat juga baunya.. Tapi kalau anai2 dah bersarang, rasanya legi elok beli racun anai2 dari kedai utk halau semut dan anai-anai 😀
Mizz Aiza says
wah.. menarik tips ini.. nak bunuh tak sampai hati.. kalau spray tu kita tak membunuh dia kan? selalu kat rumah aiza ada semut aiza sapu masuk ke dalam penyodok dan buang ke tong sampah je..
Hairul Hissam says
Kalau spray awal sebelum semut tu datang…. semut tu tak akan berani dekat dah..
tapi kalau spray direct pada semut tu. confirm kiok semut2 tu.
bagus juga cara mizz aiza tu.. tenang hati kan 😀
Mizz Aiza says
teringat kisah semut dengan nabi sulaiman, tu tak sampai hati nak bunuh dia.. hehe..
Hairul Hissam says
Bagus betul la mizz aiza… 😀
Azie Namico says
memang pun , rumah saya pun mcm tu jugak , pantang tinggal sekejap makanan , confirm askar2 semut tiba dengan lajunya….tak bagi signal pulak tu…he3
Hairul Hissam says
Yg tension nyee.. bila time nak makan jee. dah penuh dgn askar semut.
Tapi lepas saya spray shieldtox outdoor tu.. dah berkurangan sangatlah semut2 tu…
bila guna cara menghalau semut nie, lega hati.. tak de la kebulur di tengah malam lagi. 😀 .
akubiomed says
Pernah dengar kapur penghalau lipas. Boleh dikatakan berkesan juga.
Hairul Hissam says
Pernah juga beli bro. Dari org yg jual datang ke rumah ke rumah..Tapi di kedai susah juga nak cari 😀
Hafizul says
Hehe..tak pernah cuba lagi penyembur ni..biasalah bro..rumah bro kan manis..sampai air masak pun smeut tu rasa manis..haha..mau tak mandi dalam air tu..siap buat kuad lentang lagi kot..haha
Hairul Hissam says
he.he.he.. agaknya geng2 semut tu tgh buat sukan sea acara kuak lentang kot. tu yg penuh semut kat dalamnya.
psst: kalau tak halau semut tu, satu rumah dia buat temasya sukan sea. he.he.he..
puteri kasih says
kena cuba jugalah tips ni..rumah puteri pun banyak dah geng geng semut. Letak cawan berisi air suam atas meja pun penuh dengan semut.
Hairul Hissam says
Mungkin sebab musim kemarau nie kot puteri. Dah kehausan sangat semut-semut tu kot.So puteri kenalah buat satu tempat minum air utk semut heee 😀
puteri kasih says
semut tumpang mandi agaknya, tu yang geng geng semut cari air bersih..hehe
Hairul Hissam says
Kena semut yg berminggu tak mandi, penuhlah air tu dgn daki semut. hu.hu.hu..
puteri kasih says
dari air suam jadi air cincau..hehe
Hairul Hissam says
Air cincau awet muda khas buat puteri.. heee
Juan says
saya x tau plak yang Shieldtox ada shieldtox yang “lain” yang gunanya untuk perkara begini, thanks bro, boleh try nih
Hairul Hissam says
Shieldtox outdoor baunya tak kuat sgt mcm shieldtox biasa bro juan. Bagus di spray ke laluan lipas atau semut utk halau semut dan lipas di dalam rumah kita..InsyaAllah mereka tak masuk lagi 😀
hafizmd says
Nak kena p beli gak ni..tp kesian plak kat semut…tp takpe kot…sbb tak sembur mat semutkan?
Hairul Hissam says
Betul tu bro Hafiz, hanya spray kat kawasan laluan semut dan lipas.. kalau ada aemut, sapu dulu 😀
onlajer says
ooo kena pakai sheildtox out door ya
Hairul Hissam says
TEpat sekali bro onlajer.. try la 😀 ..
fiza aizawa says
Terima kasih atas tips yg diberikan.. Fiza beli ubat semut je.. atau kapur khas untuk halau semut.. mmg menjadi..
Hairul Hissam says
Terima kasih fiza atas tips cara tambahan menghalau semut yg berkesan. 😀
Amirul says
Tips yang sangat berguna… paling geram bila tempat kita simpan air tengok2 ada semut… fuh terpaksa isi air lagi sekali
Hairul Hissam says
Kena air dispenser, lagi tension bro Amirul. Bukan senang nak turunkan tong air yg berisi tu utk bersihkan dalamnya 😀 ..
Myra Jay says
TQ sharing 🙂
Ada baca kita kena cakap dengan tentera semut insyaAllah lepas tu semut tak mai dah..
Hairul Hissam says
Macam mana cara tu myra jay. nak gak belajar kalau berkesan…
psst: nanti boleh suruh semut tu bersihkan dapur sekali. heee
Myra Jay says
Ada dalam al-quran cara untuk kita bercakap/menghalau semut dari rumah.
Ada ayat2 tertentu kita boleh baca kat semut ataupun ayat lebih kurang begini la
“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika
kamu mahu membuat sarang
untuk meneruskan hidup kamu,
kamu hiduplah di luar rumahku yg
berdekatan dengan rumahku agar
kamu selamat”..
Hairul Hissam says
Terima kasih Puan myra atas perkongsian nie.. Cuma ada terbaca dalam satu fanpage ttg kesahihan perkara nie.. nie linknya https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/710632068954843
Myra Jay says
Mungkin masing2 punya fahaman kan..
Sebab ari tu tersebar pasal hal ni kan
Apapun tq sharing
Hairul Hissam says
Bab agama nie, kita kena check dgn org berilmu samada pernahkan Rasullullah s.a.w. atau para sahabat melakukannya…
kalau mereka pun tak pernah buat, tentulah bukan dari Islam kan 😀
ultradya says
Mmg guna spray ni pon sbb bila bilik air kering..semut ni mai serang selipar sy yg dlm tandas…dia makan dh nak habis tapak dah..menggigit plak semut ni..besaq
Hairul Hissam says
Lagi teruk sampai serang selipar…… mmg bagus guna spray tu.. 😀
ann says
saya slalu guna yang macam kapur/chalk tu… lukiskan kat laluan semut… Insya Allah berkesan…
Hairul Hissam says
cara guna kapur juga bagus dalam menghalau semut . cuma susah juga ank tulis di tempat sempit 😀
saiful amsari. says
assalamualikum.
abang hairul.sye nak tnye.
bgai mnakah care nak ubah email d cimb click??
mksud sy,sye nak ganti email sye mse buat cimb click(yahoo.com). kdpe email yang bru(gmail.com).
saiful amsari. says
trimsih sblumnya atas ptunjuk aja yang d berikan. 🙂
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali 😀
Hairul Hissam says
wsalam… saya pun tak pernah tukar email id..
dan tak terfikir nak tukar..
Elok tanya dengan pegawai cimb yg berdekatan.. 😀
Nur Azmanie says
Bgus en hairul nie..pandai cari kwn..pandai jg korek2 rhsia..:-Dtp bestla kan ramai kwn..byk mnfaat kta dpt.. Cian pla dgn smut tu..kbuluran sgt kot diorang tu siap mndi manda lg..haha..lucu..
Hairul Hissam says
Terpaksa jugalah halau semut2 tu.. kalau tak, saya pulak yg kehausan nanti. heee 😀
Haganiea says
ur comment was verry funny.
nila anggraini says
Thanks for info….sangat bermanfaat sekali..
Hairul Hissam says
semoga dapat membantu menghalau semut dirumah.. tqvm
mizzura says
ooo….meja makan sy pon semut rajin drop by…patutla asben sll suh spray kaki meja makan tu..
Hairul Hissam says
Mmg elok tu spray bawah kaki meja..
Nurani says
Nak tnya,klau spray tu kan kne buat brp kali dlm seminggu?untuk dapatkan hasil yg maksima supaya semut2 tu dah xdtg terus.geram tgk semut makin menjadi2 je menapak kt rumah sy.nk bunuh kesian,ckp baik2 dorg xnk dgr.agknya cra penyampaian sy x bgs tu yg semut tu xnk dgr.dlu je skali masa suami sy pnh seru kt semut2 tu supaya keluar main jauh2 mmg lama rumah sy xde semut.skrg pindah rumah br byk je semut,pnt nk berseru2 ni tp semut kali ni xdgr kata.
Hairul Hissam says
Bergantung juga kepada keaadaan… kalau nampak semut lalu lagi, spray lagi… InsyaAllah berkesan dengan izinNya sahaja.. tqvm