Lemah betul bila orang tegur. “Eh Hairul, badan ko bertambah berisi laaa. Nie mesti hati senang, tu yang bertambah-tambah naik”. Memang tension beb mendengarnya. hu.hu.hu. Bila ramai tegur, saya mula cuba kuruskan badan agar kembali slim segak bergaya macam dulu 😛 . Yesss… Akhirnya berjaya dengan satu formula yang paling hebat setakat ini. Tapi sebelum tu, jom baca satu lagi testimonial terbaru dari pembeli pakej bun.
Cara Kuruskan Badan Yang Proven Dari Pengalaman
Ok, kita kembali kepada cara untuk kuruskan badan secara semulajadi nie. Beberapa minggu lepas saya balik menjenguk emak dan atuk. “Eh mak tengok, badan Erol dah bertambah kurus laa”. Yesssss. Inilah yang kita nak dengar selama ini. ha.ha.ha. So berjaya juga saya kuruskan badan dengan formula paling hebat setakat nie. Tapi yang lemahnya, seluar dah mula longgar la. Leceh pulak nak pakai tali pingang. hu.hu.hu.
Formulanya mudah sahaja iaitu pada waktu malam, anda hanya makan buah-buahan sahaja. Nasi dan makanan berat, jangan disentuh. Dan makan buah-buahan jika lapar sahaja. Buah dan sayur yang kerap saya makan ialah mangga, betik dan lobak merah. Anda boleh makan apa sahaja buah atau sayur yang anda suka. Memang berkesan. Duit pun jimat dan badan pun lebih sihat dan bertenaga pada waktu siang.
Memang benar, makan banyak pada waktu malam hanya menyebabkan anda letih dan lemah pada waktu siang. Yelah apabila organ badan anda terpaksa bekerja overtime pada waktu malam, tentulah esoknya keletihan. Kesian kat organ badan anda, terpaksa bekerja non-stop. Ini seterusnya merosakkan organ badan anda dengan lebih cepat. Tu yang tiba-tiba kena sakit jantung laa, darah tinggi laa, kencing manis laa atau yang paling teruk kanser. Ini semua berpunca dari kerosakkan pada organ-organ dalam badan anda.
So elok sangatlah anda ubah tabiat makan seperti yang disarankan oleh Rasullullah s.a.w. “Berhenti makan sebelum kenyang”. Dan guna nisbah makanan yang terbaik iaitu 1/3 perut untuk makanan, 1/3 perut untuk minuman dan 1/3 perut untuk udara. Barulah organ di dalam badan anda dapat memproses makanan dengan lebih baik dan berkesan. Badan pun akan bertambah sihat, kurus dan slim. Inilah cara kuruskan badan terbaik dari pengalaman saya. Semoga artikel nie bermanfaat yeee.
ahmadyani says
Makan nasi sebelum maghrib. Malam kalau lapar, alas perut dengan buah atau biskut je….
Hairul Hissam says
Itulah yg terbaik kan bro…
Noriza Rahman says
Makan malam memang kena elakkan..saya pun tak makan makanan berat dah selepas pukul 7
Hairul Hissam says
Betul tu..Makan makanan berat selepas pukul 7 yg melemahkan organ tubuh kita shj..
Sitie says
Kalau badan kurus, tandanya lebih sihat dan kurang penyakit…
Hairul Hissam says
Mmg tepat sekali tu..
titan says
yup, itulah yang gua buat selalu.
dan lebihkan senaman jugak untuk bentuk badan yang lebih seksi. haha
Hairul Hissam says
Memang penting senaman tu.. kalau tak, mau boroi perut nanti. heee
Mek ila Jual Vitamin says
Paling penting minum air masak yang mencukupi. Air bukan sahaja penting untuk kesihatan tetapi membantu meningkatkan metabolisma.
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tips terbaik tu. Rasanya ramai yg kurang minum air masak akibat kesibukan kerja kan..
mrhanafi says
makan berat waktu sarapan pagi dan tengahari ringan dan malam lagi ringan..insya Allah menten hensem slim
Hairul Hissam says
Itulah cara yg terbaik kan bro…
Raihanah Ahmad says
kurangkan portion makan sekaligus boleh kurangkan kalori yang diambil. insyaAllah berhasil
Hairul Hissam says
Mmg bagus nasihat tu. Berserdehana dalam menikmati juadah menjadikan kita lihat sihat kan…
Hafizul says
Huhu..bulan puasa ni hilang habis formula 1/3 air, 1/3 udara dan 1/3 makanan..haha.. harapnya saya pun dapat terus kekal mengamalkan sunnah makan tu.,.hehe
Hairul Hissam says
Samalah kita bro. heee.. Kena usahakan juga kurangkan mana yg patut…
ira says
yang penting kalau nak kurus badan ni, kena azam betul2, jangan culas, jangan malas…yang kejap diet kejap tak ni yang masalah
*peringatan kepada diri sendiri 🙂
Hairul Hissam says
Mmg benar tu..kena usaha bersungguh2 jika benar2 nak kuruskan badan… Itulah cara yg terbaik kan..
Yeen says
Dekat Qatar buah mahal.. so tak berapa jimat hahahaha
Hairul Hissam says
sapee laa suruh duduk qatar. heee
ridhwan says
tips yang terbaik.. sebab sekarang ni,ramai da yang gemuk …hahha
Hairul Hissam says
semoga artikel nie membantu mereka2 yang badan gemuk, kembali kurus
Wan MH says
Stuju yg kite amik mknn berkalori rendah especially malam. sbb scr logiknya, mlm kite x perlu bnyk tenaga sbb kbnykn kite akn tdo. walaupun ms tdor, kalori akn terbakar tp kite xpatot menambah kalori sblm tdo
Hairul Hissam says
Betul tu.. malam kita kena lebih banyak berehat…