Semasa cari tankmates utk arowana, minat pulak tengok kelah dlm akuarium. Apa lagi, terus lah order berjenis2 ikan kelah. So nak share sikit cara jimat bela kelah.
Tapi sebelum tu, jom tgk dulu komen swiss roll yang gebu
Kalau anda mahu belajar buat swiss roll yang lembut dan gebu untuk bisnes, boleh belajar di www.bisneskek.com
Cara Bela Kelah Yg Jimat.
Syok lah bela kelah. Duduk2 luar rumah, boleh layan ikan kelah. Bila dalam rumah, layan arowana pula. Tak de la jemu layan ikan yang sama.
Psst.. Kalau korang perasan, ada cermin kat dinding tu. Saje tayang. Ye laa dah penat-penat tampal sendiri, mesti mau tunjuk satu kampung. he.he.he.
Inilah ikan kelah yang saya bela. Kelahnya masih kecil lagi. So belum betul-betul cun lagi. Kena tunggu dia besar, baru betul-betul syok tengok.
Beli yang kecik2 jee. Jimat duit aku.
Cara Jimat Bela Kelah.
1. Nak jimat, makanan guna pellet seamaster. Harganya dlm rm11 sekilo. Harga murah sebab kilang buat dalam guni untuk farm. Dan kedai repack dlm pack kecil.
Pellet nie ada dijual onine. Beli jenis yang tengelam size S02 atau S03. Nak tgk pelbagai jenis pellet kelah,
Tapi saya campur sikit dengan pellet brand saki hikari color enhancement. Untuk naikkan color kelah. Harganya dlm rm40 sekilo.
Jimat jaga kelah dengan makanan yang murah.
2. Lampu, tak guna sangat sebab akuarium letak luar. Cahaya matahari luar dah terang. Lagipun kelah ni memang perlu sinaran matahari pagi untuk naikkan warna sisiknya.
So jimat elektrik. Cuma malam sahaja saya on lampunya. Itupun beberapa jam shj.
3. Untuk pumpnya, saya guna pump brand sunsun model hj-742 yang 8 watt. So far guna ok jee. Air bersih jee. Guna 8watt, barulah jimat jaga kelah.
4. Alat bubble & buih, saya guna brand sunsun 2 watt sahaja. Tak banyak guna elektrik.
5. Orang kata wavemaker (kipas dlm air) bagus untuk cantikkan bentuk dan sisik kelah. Entah betul ke tak. Saya kadang2 jee onkan.
6. Water heater tak perlu. Sebab ikan sungai macam kelah ni tahan sejuk.
Bela Kelah Lebih Mudah
Kelah ni memang senang bela atau jaga. Jaranglah jatuh sakit macam sesetengah ikan. So sangat sesuai dibela oleh mereka yang sibuk. Dapat juga release tension balik rumah.
Seller Kelah
Salah satu kelah yg lawa ialah kelah india. Kalau korang nak beli kelah India, boleh beli dengan seller ni. Dia boleh pos ke rumah. Klik link ni >>> seller kelah india
Leave a Reply