Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
kadang-kadang kita runsing memikirkan bagaimana menghilangkan kekotoran yang terdapat pada baju atau kain yang bewarna putih lebih-lebih lagi pakaian sekolah atau kemeja kerja. walaupun telah bermacam cara digunakan termasuklah clorox, kadang-kadang sesetengah kotoran tidak dapat dihilangkan. anda boleh cuba petua ini.
.
Petua Cara Mencuci Kotoran Biasa, Berkarat Pada Pakaian
1. Caranya ambil limau nipis dan gosokkan pada tempat yang kotor seperti darah, karat, tompok kuning atau bintik-bintik hitam. untuk kesan yang lebih memuaskan, selepas digosok dengan limau nipis, rendam dalam clorox sejam dan bilas hingga cuci.
Anda pasti berpuas hati dengan cucian kali ini 🙂
Admin: Terima kasih Cik Norhayati atas kiriman Petua Cara Mencuci Kotoran Biasa dan Berkarat Pada Pakaian ini.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara melembutkan daging. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
azrie amriey says
Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.
Jackysan Lombok says
Nice info gan….
gloryatie says
mungkin boleh try tambah kapur seperti c azrie tulis. tapi saya just guna limau nipis dan clorox untuk lebih putih pun dah berkesan. tahun lepas, kakak ipar saya bagitau, dia sedih sebab semua baju baby dia kuning. dah cuci pakai clorox banyak kali, tapi tak hilang2 juge. semua ada kesan karat. so saya ambil semua baju baby dia, saya gosok dengan limau nipis, dan rendam clorox 30 minit, bagi putih balik. macam iklan pula. then bilas dengan wasing machine. pastu hm, putih bersih. sukala die 🙂
'Izzah says
cara laen yg saye tahu ialah….rendam baju itu dgn air cuka selama beberapa minit…kemudian bilas….:)
choco nila says
x tau lah ni betul ke tak tapi ade org ckp taburkan garam halus kemudian .. titiskan limau nipis ke atas garam tu. biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang smpai habis hilang kesan2 tu