Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Lontong ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Lontong:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
2 sudu udang kering
2 batang serai-dititik
1 peket tempe – dipotong
kacang panjang – dipotong
kobis – dipotong
carrot – dipotong
sayur suun-rendam dahulu
1 biji kelapa – diambil santan
3 keping asam
12 ekor udang basah
garam dan serbuk perasa
1 bungkus nasi himpit saiz besar
Cara Membuat Resepi Lontong:
1. nasi himpit direbus sehingga betul2 masak
2. bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, udang kering diblend dengan santan
3. masukkan bhn blend di dlm periuk, masukkan carrot,kacang panjang biar agak2 empuk,kemudian masukkan tempe,sayur suun,serai,asam keping ,cili merah dan udang basah dan perasakan dengan garam & perasa
4. bila semua bahan sudah empuk,tutup api dan boleh dihidang bersama2 dengan nasi himpit yg telah dipotong
5. lebih enakdimakan dengan kuah kacang(kuah pecal segera) sebagai penambah perasa
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi lontong
mary says
Tdk sbr nak cube resepi ni…mesti sedap…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. 😀
zainah salleh says
Memang sedap..best…
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
siti mashidayu says
Nie mesti cube nie
Hairul Hissam says
selamat mencuba..
Asmah Abu Bakar says
Alhamdulillah, sy suka blog ni mcm2 ada. Tkasih berkongsi.
Hairul Hissam says
tq juga sudi singgah ke blog ini..