Alkisahnya jiran saya tersangkut kat kampung akibat PKP. So semasa tolong siram pokok dia, rasa minat pula pada pokok-pokok tu. Terus saya order pokok dari online. Baru saya taw, seronok jugak tanam pokok niee ye. Tapi sebelum saya citer pasal pokok nie, jom baca dulu cara bisnes taufufah masa pkp nie.
Jual taufufah dari rumah semasa PKP…Laku giler.
Waktu pkp nie ramai yang teringin taufufah. Memang laku jual taufufah dari rumah macam akak tu. Dapat order, terus hantar ke rumah pelangan. Kalau ada group wasap & fb taman, lagi senang jual. Kalau tiada group tu , boleh bagitahu mulut ke mulut jiran berdekatan. Bila sedap, sekejap jee tersebar. Yang bestnya untung besar jual air soya dan taufufah. Nak belajar, klik gambar wasap di atas tu atau klik >>> www.rahsiataufufah.com
Siap Pokok Baru Rumah ku
Jiran saya letak pokok semua kat luar. Tapi saya terbalik pulak. Semua letak dalam carporch. ha.ha.ha. Bukan apa… kalau letak dalam carporch, boleh menikmati kehijauan dan kecantikan pokok-pokoknya. Dalam rumah pun boleh tengok pokoknya melalui sliding door kaca. Kebanyakkan pokok nie, jenis indoor. So memang sesuai letak dalam carporch.
Tips beli pokok online
1. Mana nak order pokok online? Anda boleh beli di secara online . Waktu PKP nie kedai pokok memang tutup semua. Nasib baik laa ada kedai online. Order dari rumah dan sampai di depan rumah.
2. Betul ke pokok diterima sama dalam iklan? Sebelum beli pokok, mesej dulu seller dan minta gambar pokok yang terkini. Sebab ada seller yang tak update gambar pokok terkini. Pokok dalam gambar iklan pula dah dijual. So mesej dulu seller minta gambar pokok yang akan diterima. Kalau puas hati, barulah beli.
3. Cepat tak dia hantar? Dari pengalaman saya semasa pkp nie, ada seller yang hantar lambat dan ada yang hantar cepat. So sebelum order, tanya dulu pada seller, bila dia boleh courier . Kalau dia cakap esok, bolehlah terus order. Kalau dia cakap kena ikut giliran sebab ramai order, eloklah cari seller lain dulu. Kalau tak… mau sakit jiwa menunggu pokoknya
4. Boleh percaya ke seller online nie? Nak tahu boleh percaya ke tak seller tu, kena rajin baca komen dan review pembeli lain. Kena baca review pelbagai produk seller tu. Kalau banyak komen positif, boleh laa beli. Tapi beli online nie ikut nasib juga. Orang lain dapat elok, belum tentu kita dapat elok. Lagi-lagi stok seller tinggal yang reject.
5. Tak rosak ke pokok tu? Rosak ke tak, bergantung pada cara seller packing pokok. Dari pengalaman saya, banyak yang sampai dalam keadaan baik. Tapi ada juga yang sampai rosak. So baca dulu komen atau review pembeli lain. Elok order sikit dulu. Kalau sampai ok, baru order yang lain.
6. Tengok juga seller tu dari mana. Berhati-hati supaya tak terbeli pokok dari seller luar negara. Sebab ada seller luar negara menyamar jadi seller dalam Malaysia. So kena extra checking. Caranya masa nak place order, pada detail penghantaran, ada tertulis penghantaran dari luar negara atau dalam Malaysia. Bahagian tu dia tak boleh tipu.
Tips Bonus: Masa pindahkan pokok ke dalam pasu. buat perlahan-lahan ye. Jangan tekan tanahnya kuat sangat ke dalam. Takut akarnya cedera atau rosak. Bila akar dah cedera, daunnya akan layu dan gugur satu persatu.
Tips Siram Pokok – Extra Subur
Saya siram pokok guna air akuarium dari span penapis akuarium. Saya perah span penapis akuarium masuk ke dalam jug plastik. Kemudian siram pada pokok-pokok. So dapatlah pokok tu menjamu taik-taik ikan yang yummy tu. ha.ha.ha. Dan menikmati air akuarium yang bersih dan sihat. Tapi takde laa buat hari-hari. Time malas, guna air paip juga. Tapi saya guna air paip yang disimpan dalam tong untuk kurangkan klorinnya.
Jemu laa pokok minum air kosong jee
Selain air akuarium, boleh guna air basuhan beras. Nak lagi senang, taburlah baja slow release tiga bulan sekali. Banyak jual online. Secara logiknya, tak kan laa pokok tu minum air jee memanjang. Dia nak juga makan sedap-sedap macam korang juga. kan.kan.kan.. Kalau pokok tu boleh cakap. Mesti dia komplen “Woiiii. tak kan laa hari2 air kosong jee, kasi la pulak air blue lemon hawaian kee”. ha.ha.ha
Tips Bonus Pokok Lagi subur.
Kalau nak pokok lagi sihat, tabur baja organik tahi kambing. InshaAllah sihat dan cepat membesar pokok tu. Elok beli dalam bentuk pallet, tahan di lama di atas pasu.
Jual roti buku dari rumah semasa PKP…Laku giler….
Kalau jual roti buku semasa PKP memang laku macam akak tu. Jual kat jiran-jiran dan hantar ke rumah. Atau letak di kedai runcit berdekatan. Memang laris sebab anak-anak memang suka makan roti sapu dengan kaya atau jem. Cepat jee habis. Kalau buat sendiri, lagi laaa puas makan. Nak belajar buat roti buku ala gardenia klik gambar wasap di atas tu atau klik >>> www.rahsialoaf.com
Kelemahan Beli Pokok Online
Bila beli online nie, penuh laa kotak-kotak kosong kat rumah. Kena seller yang guna kotak tebal-tebal lagi laa leceh. Entah nak buang kat mana kotak-kotak tu. Lori yang ambil surat khabar lama tentulah tak kerja sebab PKP. Kena simpan dulu lah kotak-kotak tu.
Ok.. semoga artikel ini bermanfaat.
Azhafizah says
Wah banyaknya beli pokok. Dah boleh buat jualan semula tu. Beli kat shopee banyak pilihan dan boleh survey daripada review.
Hairul Hissam says
kira pelaburan juga nie.. nanti beranak pinak, boleh jual semula di shopee. Kira mcm duit pencen juga..