Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Tomyam memang sedap dan sangat digemari ramai. Resepi Tomyam ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Tomyam
1/2 Kilo udang/ayam atau ape saja
2 batang serai
3 cawan air rebusan ayam
4 helai daun limau
5 biji cili padi ikut pedas
1 cawan santan
4 perahan limau nipis (saya guna yang dalam botol)
1 sudu besar susu pekat
1 Senduk Kecil Tomyam paste
2 Biji bawang besar dihiris bulat
gula dan Garam secukup rasa
Cara Membuat Resepi Tomyam
1. Dalam periuk masukkan semua bahan -udang/ayam,serai, daun limau, cili padi, bawang yang di hiris bulat. Masak dengan air rebusan ayam / stok ayam. Boleh gantikan air rebusan ayam dengan kiub ayam dan air biasa jek
2. Seterusnya masukkan tom yam paste dan susu pekat
3. Selepas air mendidih dan ayam masaik, masukkan santan segar dan jus limau
4. Letak garam, gula secukup rasa
5. Bila mendidih, tutup api dan tabur daun ketumbar
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi tomyam
Leave a Reply