Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi: Kuih Vadei Magelek ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Vadei Magelek:
500gm kacang dal direndam selama 6 jam
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris halus
1 tangkai daun kari diracik halus
1 sudu makan ikan bilis dikisar halus
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan rempah kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Resepi Kuih Vadei Magelek:
1. Tos kacang dal dan dikisar sederhana halus dan ditapis. Buang airnya. Campurkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kacang dal kisar dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak panas.
3. Ulang seperti cara 2 hingga adunan habis.
4. Setelah selesai menggoreng, bolehlah dihidangkan kuih vadei magelek.
Hairul.com: Terima kasih kepada cik Azriey Amrie kerana sudi berkongsi resipi kuih vadei Magelek
azrie amriey says
slm… rasanya resepi ni salah tmpat… 🙂
Hairul Hissam says
Oh.. dah betulkan.. tqvm kerana bagiataw 😀
azrie amriey says
welcome.. 🙂