Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabarannya. Meninggikan suara dengan muka bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda ia boleh menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tapi sebelum kita ke tips cara mendidik anak, jom tengok dulu komen bisnes puff dan danish yang lebih mudah ini.
Memang mudah bisnes puff dan danish ini. Simpan lapisan dohnya dalam freezer. Bila ada order baru bakar dan terus jual. Baru pelangan syok makan panas2. Anda boleh belajar puff dan danish style hotel di: www.rahsiapuff.com <<< Klik sini
Selain puff dan danish, donut pun sesuai difrozen dan boleh goreng bila ada tempahan. Untuk donut frozen, boleh belajar di www.rahsialoaf.com <<< Klik Sini
Tips Cara Mendidik Anak Kecil & Kurang Marah
Inshallah dengan cara ini, anda akan kurang nak marah-marah dan stress dalam mendidik anak anda.
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
Tips cara mendidik anak lagi…
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui kata-kata, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan dan beritahu, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Elakkan menunjukkan perangai buruk di depan anak anda. Kerana anak anda akan mudah mengikutnya. Contohnya seperti merendah2, mengata dan menghina orang lain. Nanti anak anda akan mengikut dan merendah-rendahkan anda pula..
8. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Mereka seperti anda juga, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah.
Tips Cara Mendidik Anak Kecil Dgn Rotan
Islam membenarkan merotan dalam mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran.
Dan merotan hanya selepas anak berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka.
Dan tidak boleh terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda kenapa mereka dirotan.
Akhir kata…
Semoga artikel tips cara mendidik anak kecil ini membantu anda kurang memarahi anak anda dan kehidupan anda lebih tenang dan kurang stress..
Jom share link artikel ini supaya kawan-kawan dapat mendidik anak lebih baik.
sejenjang says
saya suka tips di atas,banyak boleh membantu.saya nak tambah untuk amalan wanita Islam sahaja.semasa anak anak masih kecil,biasakan membaca surat Al Fatihah di ubun ubun anak anak anda sehingga mereka cukup dewasa.Surah Fatihah terlalu banyak khasiatnya.Ini membantu kaum ibu mudah menjaga anak anak mereka, kerana mereka lebih mendengar kata dan bersifat hormat dan lemah lembut kepada ibu bapa mereka.ini boleh dibuat semasa anak anak dibelai nak tidur, sudah tidor ataupun masa mereka ada di samping ibu.baca 3 kali.
Hairul Hissam says
memang bagus tips dari cik sejejang. harap pembaca boleh amalkan.. tq ya 😀
hidayah says
saya setuju. saya lakukannya sejak anak saya bayi hingga sekarang. dalam2 nakal dan lasak kanak2 berusia 5 tahun , dia memang menunjukkan sikap hormat dan mendengar kata kami ibu ayahnya. 😀
terima kasih atas tips.
dan terima kasih sudi berkongsi.
Hairul Hissam says
Tahniah puan Hidayah kerna dapat mendidik anak dgn baik… 😀
tqaryl says
Smoge ilmunya ditambahkan ALLAAH S.W.T.
Hairul Hissam says
amin. semoga memberi manfaat bersama… 😀
ustaz zul says
nice sharing apa yang penting
sekarang ialah Kena Amalkan dan Jangan Hanya Sekadar Baca Je(peringatan untuk diri sendiri)
Hairul Hissam says
betul kata ustaz zul. yg penting amalkan. tq ustaz 😀
robsonlian says
Ya sharing yang bernas dan juga kesedaran kepada anak2 untuk berubah .sebagai seorang anak, saya percaya masih ada ibubapa diluar sana yang masih Kabur tentang cara melayan anak.Selalu menyalahkan anak2. Tanpa dsadari punca kedegilan anak2 adalah dari cara ibubapa itu sendiri.
Anyway..Terima Kasih
Hairul Hissam says
Sikap selalu menyalahkan anak nie pun menjejaskan perkembangan emosi anak2 dan menjadikan mereka takut melakukan apa jua tindakan dan bersikap pasif apabila besar nanti…
CT says
Hi,very good information…
tumpang sharing this artikel on my FB….
thanks yer….
Hairul Hissam says
Boleh share url linknya.. . tq ya. 😀
Wan Hasni says
Assalamualaikum..saya cukup tertarik dgn artikel ini..terima kasih kerana berkongsi maklumat. Bukan senang nak buat ya..kita sentiasa perlu bertindak dalam keadaan sedar..mungkin kita tidak berjaya sebab kurang baik dengan Allah…jom kita buat sama-sama.
Hairul Hissam says
Wsalam… tima kasih cik hasni..
semoga artikel ini memberi manfaat bersama…
benar tu bukan senang nak wat.. tapi bukan mustahil untuk dibuat….
yg penting jgn berputus asa.. tq ya 😀
Ahmad Tarmizi says
Panduan yang amat baik kepada ibu bapa cuma nak tambah sikit klu rasa marah dlm keadaan
berdiri,kita duduk, bila duduk kena berdiri, klu tak boleh juga jauhkan diri kita dgn anak
kita. Banyak2 beristifar dan minta doa kepada Allah supaya kita banyak sabar.Ambil air
sembahyang dan sembahyang sunat banyak2 bg meredakan kemarahan kita.
Hairul Hissam says
tima kasih en. Tarmizi kerna sudi memberi tips..
memang bagus tip ini dari en tarmizi…
Ia merupakan ajaran Islam yg bagus diamalkan… tq ya.. 😀
Marhamah bt Mohamad says
terima kasih diatas segala artikel yg dpt dikongsi bersama. Ianya amat berguna sekali
Hairul Hissam says
terima kasih kembali kerna sudi membaca artikel di blog ini..
semoga memberi manfaat bersama 😀
Mohd Nadzri Mustakim says
Assalam…
TQ atas tips dan panduan… saya bersetuju dengan pandangan abang…
satu perkara lagi yang selalu kita terlepas pandangan…
* Ibu bapa kerap suruh anak2 solat… pertanyaan yang kerap di lontarkan “dah solat?” , “bila nak solat?”. Kenapa tidak ibu bapa ajak anak2 solat berjemaah bersama2 diawal waktu? Kenapa ibu bapa gagal untuk jadi contoh di rumah?
* Jarang dan teramat jarang ibubapa yang CHECK atau PERIKSA tentang perlaksanaan solat anak2. Bagaimana takbirnya, rukuknya, sujudnya, bacaan2 wajib, yang sunat, tatacara pengambilan wudhu’. Amat jarang yang cakna dan ambil kesah. semuanya diserah bulat kepada guru2 di sekolah.
Allah lebih tahu ttg apa yang kita buat..
Ya Allah, beri kami kekuatan untuk memperbaiki amalan kami.
Hairul Hissam says
Wsalam En. Nadzri. Terima kasih di atas tips yang cukup baik tu.. Semoga dapat diamalkan oleh ibu bapa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. tq 😀
Asmah says
Saya nak tanya la.. if ada tips untuk mengatasi perasaan cemburu di antara anak-anak.. memang sebagai ibu bapa kita kadang-kadang terlepas pandang ada anak-anak yang menyimpan perasaan tidak puas hati atau cemburu. terutama bila hadirnya adik baru..
Hairul Hissam says
Mungkin tips ini boleh membantu… Apa yg saya lihat akak saya buat la…
masa baby baru lahir…. dia suruh anak sulungnya dukung babynya..
dan sama-sama jaga babynya.. Konsepnya pupuk perasaan sayang
menyayangi antara anak-anak. Dan jangan suka membanding-bandingkan
antara anak-anak. Akhir sekali kena bersikap adil… semoga bermanfaat…
Umie says
Assalam…terima kasih ats tips di atas…sy mempunyai sepasang ank kecik berusia 3tahun dan 2tahun…disaat umur mereka skg, mereka kerap bergaduh hnya kerana mainan sdgkn sy tlh membelikn satu setiap seorg.. sy cuba utk berlaku adil, tp sikap ank2 saling bersaing untuk mencuri perhatian…sy berkerja dan masih belajar secara sambilan weekend di utm.. kdg2 sy rs sedih kerana sy selalu rasa tidak dapat memberi yg terbaik utk ank2 saya…apa patut sy lakukn?
Hairul Hissam says
Cara yg mudah dan tarbaik..kerapkan perdengarkan ayat alquran kpd mereka spt surah albaqarah dan sebagainya.. Seelok-elok Puan Umie yg membacanya. Tapi kalo tidak berkesempatan, gunakan radio atau alquran online. Cubalah utk melihat hasilnya… 😀
Umie says
Terima kasih ats nasihat tersebut…sy byk terapkn zikir utk ank2 sewaktu di dlm kereta dan sentiasa amalkn surah2 dan doa2 sewaktu mereka tidur… doa sy xpenah putus utk mereka..
Terima kasih ats segala nasihat yg berguna diatas, insylh sy akn amalkn…
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali..sebenarnya kuncinya ia dibaca dlm masa yg panjang berulang. Saya doakan anak2 puan berubah dan membahagiakan kedua ibu bapanya.. aminnn..
Ummi Amir Amirah Amin says
Assalam…
Saya mempunyai 3 orang cahaya mata, yang brumur antara 5,4 dan 2 tahun.. mereka adalah anak yang terbaik yang Allah kurniakn kepada saya dan suami.. kadang-kadang sikap mereka yang suka berebut barang dan brgaduh mnyebabkan saya beremosi,,bila saya tidak dapat mengawal kelakuan anak2 saya memarahi mereka tp selepas itu saya rasa bersalah sbb cara saya mendidik anak2 bg meleraikan pergaduhan itu tidak baik untuk emosi mereka..Alhamdulillah setelah saya membaca artikal di atas dan komen kawan2 menyedarkan saya dan memberi ilmu yg baru untuk saya betulkan segala kesilapan saya mendidik ank2..terima kasih
Hairul Hissam says
Semoga artikel ini dan komen2 pembaca disini dapat membantu puan mendidik generasi masa depan dgn lebih baik.. 😀
noorfazillah safar says
saya sangat suka dengan apa yang saya baca diatas. hati saya tersentuh kerana saya banyak memerahi anak2x saya daripada menasihatinya. insyaallah saya akan mendidik diri saya utk berlembut dgn anak2x.memerahi anak2x bukanlah cara yang betul, kasih sayang adalah penawar segala2xnya. terima kasih dgn tip yang saya baca diatas.
Hairul Hissam says
Benar tu puan, kasih sayang dan didikan yg betul adalah jauh lebih baik dari asyik memarahi sahaja. 😀
Saya teringat dengan kisah cucu Rasulullah duduk di belakangnya semasa Rasulullah s.a.w. tengah sujud solat.
Sehingga Rasulullah terpaksa sujud terlalu lama menunggu cucunya bangun dari belakangnya
Rasulullah tidak memarahi cucunya kerana kasih sayang baginda terhadap cucunya.
Rasullullah s.a.w. tidak marah cucunya walaupun dia tengah imamkan solat yg ramai org. Kalau kita, dgn emaknya kena marah 😀
Kak Chik says
Selamat sejahtera atasm….terima kasih…..nak bc berulang kali agar dapat buat yg terbaik…..syukran syukran syukran…..saya nak share ye apa sahaja yg baik….
Hairul Hissam says
Selam mesra Kak Chik.. semoga berjaya mendidik anak dgn baik..
Yg penting jgn berputus asa dan sentiasa memperbaiki diri 😀
p/s: dialu-alukan share mengungkan button2 yg disediakan…
Mazni says
Salam…
Saya ingin bertanya, bagaimana mahu mengatasi masalah cemburu anak yg bertindak, memukul atau menolak bayi yang lebih kecil, kerana cmeburu kepada si bayi. Tindakannya itu, bukan di belakang ibu bapa tetapi di depan mata. Risau dengan anak saudara yang bertindak ganas kepada anak saya, sehingga anak saya menjadi sangat takut.
Terima Kasih atas nasihat.
Hairul Hissam says
Wsalam, boleh juga perbanyakkan bacaan ayat Al Quran kepadanya untuk melembutkan hatinya yg keras. Cubalah 😀
suri says
sy suka peluk ank smbil tu ckp kesalah2 dia..ternagkn dgn mudah hee..nasiht baik2
hair rindu pula pada mak ayah kt kg huhu…
Hairul Hissam says
bagus cara tu cik suri.. tunjuk kita tegur anak kerana kita sayangkan dia.. 😀
ainun says
baca artikel ini baru sy sedar sy terlalu ikutkan hati panas selalu marahkan anak sulong yg selalu mengamuk sejak dpt adik baru, selalu pukul adik walaupun dia sgt sayangkan adiknya. saya juga selalu bandingkannya dgn si adik yg baik & tak byk kerenah. sedangkan saya tahu anak sulong ( baru 2 1/1 thn ) belum puas bermanja dgn saya, abahnya sgt jarang ada di rumah ( saya poligami ) & kalau adapun tak minat sgt nk melayan anak. selalu di waktu malam saya menangis teresak-esak krn sesal memarahinya sedangkan anak adalah permata & anugerahNya yg tak terhingga. Insya Allah, saya akan cuba kawal perasaan dan akan amalkan tips2 di atas..terima kasih krn kongsi ilmu ini.
Hairul Hissam says
Semua org tak lari dari kesilapan. Yg penting kita sedia berubah untuk kebahagian keluarga kita juga. Yg berlalu tu, tak usahlah puan ingat-ingatkan lagi. Sebab islam mangajar kita redha akan ketentuanNya. Yang penting kita terus memperbaiki diri kita dan keluarga kita yg termampu.. 😀
atie says
saya memang seorang yang pemarah pada anak saya nie pasal tak dengar apa yang saya larang. saya larang bukan apa takut dia pula yang sakit nanti. anak saya berumur 3 7/12 tahun dia jarang dapat kasih sayang saya kerna dia dibawah jagaan nenek iaitu mama saya.saya seorang yang berkerjaya dan masih sambung belajar jadi kurang masa bersamanya.suami pun sama sibuk dengan business nya. kalau nenek dia ada maka saya larang langsung tak dengar. saya akan mencuba tips yang diberikan itu. terima kasih semuaaaaaa…..
Hairul Hissam says
semoga berjaya ya… 😀
Wan says
Setuju..mcm mane nk lembutkan anak yang sangat aktif..umur anak saya baru nk masuk 2tahun..die suke gigit org,tarik rambut org..bile die tau kite nk tegur die cepat2 die manja2 gan kite..kadang2 terpaksa marah die..bile imbas kesian sgt..so cmne ye?
Hairul Hissam says
Pada pandangan saya la. kena pahami puncanya terlebih dahulu..
mungkin juga terikut dgn aksi2 di TV. Dari puncanya kita mengatasinya… 😀
Fajar says
Salam, anak sy umur setahun stgh suka sgt gigit org…baru start hantar ke taska dalam 2minggu ni, baru semalam cikgunya kata dia dah gigit telinga kawannya. saya risau jika rakannye itu tampar/ memberi tindakan refleks ketika digigit. Ada tak cara mcmane nak bg dia berhenti mengigit org?
Hairul Hissam says
Wsalam…. saya pun tak pasti Puan Fajar.. yg penting jgn berputus asa dalam berulang menasihatinya dan berdoa…tqvm 😀
nurul afiqah says
Jazakallah atas perkongsian yg sangat bermanfaat.. Semoga sy dpt mendidik anak saya menjadi anak yg solehah & hafizah.
Hairul Hissam says
semoga anak puan afiqah membesar dengan sihat dan beriman… amin.
nurul afiqah says
Ameen..jazakallah atas doanya..
FAIZ says
BAGAIMANA CARA AGAR ANAK TIDAK SERING REBUTAN DALAM BERMAIN…?????
Hairul Hissam says
Ibu bapa boleh tunjuk teladan yg baik dengan suka beralah. Mungkin juga ibu bapa ada menujukkan sikap tidak suka beralah yg menjadi ikutan anak2 tanpa disedari. Disamping berwaspada dgn pengaruh tv pada anak anda. sekadar pandangan saya sahaja….. 😀
hafiz says
salam.. mmg cantik idea2 tu.. sebab zaman kanak2 mereka hnya sekali seumur hidup..
so? pikir2 kan la…
Hairul Hissam says
wsalam.. begitu juga dgn kita.. zaman kanak2 sekali sahaja dan telah berlalu… zaman itulah yg byk membentuk peribadi diri kita… 😀
nurzana says
salam..saya ibu kepada 3 orang anak…saya sangat panas baran tetapi tak lah sampai tahap mdera…saya cepat hilang sabar…anak-anak saya sangat degil dan pemarah..saya tak tahu di mana silap saya mdidik mereka..saya perlukan kaunseling tetapi tak tahu mana nak mula…anak-anak saya dlm lingkungan 10,8 tahun dan 6bln..adakah sudah terlambat saya nak perbaiki perangai meraka..tolong saya…sejak kebelakangan ini saya asyik menangis..saya ttekan…kepada insan yg baik tolong beri petunjuk kat saya…
Hairul Hissam says
wsalam…. tiada istilah terlambat dlm islam selagi kita masih bernyawa….
cuba baca komen2 pembaca yg ada di sini 😀
Mamayuni says
Assalammualaikum,sya ada 2org anak..kakak 6thn adik pl 3 thn lebih..masalah sya mereka sllu gaduh dan sya pl sllu nk marah sampai yg kakak tk nak dgn sya dh,sya menyesal sbb dr perangai sya lh dia jauhkan dirinya…tp adiknya xla,sya x beza2kn mereka cuma sya sllu sngt panas baran…bleh ke sya lembutkan kembali hatinya spya x jauh dgn sya,sya syng anak sya cuma sya x pandai nk tunjuk..sya rasa menyesal sangat…tlg bg tip agar sya dpat jd ibu yg lebih baik dr yg klmrin2…
Hairul Hissam says
wsalam… semua manusia melakukan kesilapan Mamayuni. Yg saya lihat kanak2 nie tak mudah berdendam dan mudah melupakannya jika kita susuli dgn kasih sayang dan memohon maaf kepada mereka. Peluang masih terbuka luas Mama Yuni. Yg penting jangan berputus asa, memperbaiki diri dan sentiasa berdoa kehadratNya.. 😀
Azzu says
Maaf mengganggu…sy nk tanya ckit lah…sy br lepas bersalin,baby dh masuk 3 bulan dh pun..apa yg membimbangkan sy susu badan sy makin berkurangan…sebelum ni sy boleh pump smpi 3 botol penuh..sekarang ni hanya 1 botol penuh jer…ada tips tak utk tmbh susu badan ni tak?sbb sy berazam utk menyusukan anak sy smpi die 2 tahun…tolong bantu saya….
Hairul Hissam says
Mmg bagus menyusukan anak. Kerana zat dari susu ibu jauh lebih bagus dari susu biasa. Tambahan pula ia sebenarnya mengeratkan hubungan ibu dan anak. Boleh amalkan makan habbatus sauda untuk menambahkan susu badan dan menguatkan sistem imun.. 😀
seri terlak says
Salam. Sy ingin mohon panduan.Artikel mengenai kesan psikologi terhadap anak-anak yg menerima corak didikan@asuhan lama terutama dari sudut lontaran bahasa ibu bapa yg kasar, memukul dan sbgnya mmg byk boleh didapati di internet.Sekiranya ada yg sudi dapatlah kiranya memberikan tips bagaimana nak merawat jiwa seorang anak yg telah mengalami kesan-kesan psikologi tersebut yg kini telahpun menjadi ibu. sememangnya dia berazam kuat untuk memastikan anak2nya tidak mengalami pengalaman sepertinya, namun adakala apabila berada minda bawah sedar, dia juga mudah menjadi sepertimana ibunya dahulu..
mudahan ada yg sudi membantu. terima kasih..
Hairul Hissam says
Semoga ada pembaca blog ini yg sudi membantu Puan Seri dan menjadi pengajaran buat ibu bapa….
Zai says
Tips yg sgt Baguss..mohon share ye
Hairul Hissam says
Boleh share menggunakan button yg disediakan dibawah artikel.. 😀
ASMEDAWANI BINTI ABDULLAH says
As salam..
Terima kasih dengan tips-tips yang diberikan di atas..
Saya mempunyai dua orang anak lelaki berumur 2 dan 3 tahun.. Mereka tersangat aktif, kawan2 cakap mungkin kerana saya terlalu aktif semasa mengandung (saya wanita yang berkerja dalam sektor yang terlalu sibuk sepanjang hari).. tu yang membuatkan anak saya semua aktif..
Jarak umur yang rapat antara mereka membuatkan mereka sering bergaduh.. Sikap nakal mereka sering menimbulkan kemarahan ayahnya begitu juga saya.. mereka sering kali dirotan oleh ayahnya seawal usia 2-3 tahun.. boleh dikatakan rotan yang ada kat rumah ni telah pecah.. Betulkah cara suami saya mengajar anak dengan merotan mereka hampir setiap hari?? Saya juga selalu bergaduh dengan suami saya kerana sll rotan anak2..
Selain itu saya juga ada terasa hati dan tidak bercakap dengan biras saya kerana mengherdik anak-anak saya yang nakal itu kerana berebut mainan dan chanel TV.. Dia tidak menghiraukan perasaan (respect) saya sebagai ibu budak2 itu dengan mengherdik anak2 saya didepan saya.. Sejak itu hubungan saya dengan ipar2 tidak baik.. Mereka menyatakan saya terlalu memanjakan anak2 dan tidak boleh menegur anak2 saya.. saya rasa saya dah cukup belajar untuk mendidik anak2.. Adakah menggunakan cara diplomasi terhadap anak2 salah?? Mereka baru berumur 3 dan 4 tahun.. Saya rasa kekerasan bukan cara yang betul mendidik anak2..
Mohon pandangan saudara Hairul Hissam dan pembaca blog ini..
Hairul Hissam says
Saya cadangkan puan perdengarkan setiap hari bacaan ayat alquran utk menenangkan emosi anak puan dan juga suami puan.. disebelah kanan blog saya ada link alquran explorer yg boleh digunakan. 😀
niza says
Assalammualaikum.
arini,sy pukul ank..sy rasa besalah sgt2.dia masih kecil 7thn..hatinye bersih…knp sy tidak menegur dgn kelembutan.sy xtau knp jahat sgt sy..sedangkan sy tau,sy teramat sygkn ank2 sy…ya Allah..ampunilah aku n kasihanilah anak2ku….sy sudah pun meminta maaf pd ank sy..sy terangkan knp sy naik angin….sy xnk ank sy takde zaman gembira waktu kecilnye..sy cuba jd ibu yg mnegur dgn kelmbutan nmun ad ketegasan nye mulai esok…sy akn cuba…tlg lah utk sy trus mnjd ibu yg baik
Hairul Hissam says
Wslm, Dlm islam diajar hanya pukul anak jika tidak solat sahaja, itupun selepas 10 tahun.. Sebelum 10 tahun kena nasihat sahaja. Dan pukul dibahagian kaki sahaja jika tidak silap saya. Semoga puan banyak bersabar dgn kerenah anak2. 😀
jaja says
Alhamdulillah..info2 yg menyedarkan saya…tapi kadang kala saya rasa susah nk aplikasikan teori/nasihat2 mendidik anak..saya ada 5 org anak termasuk seorg autisma.saya bekerja 8-5, tiada pembantu rumah,suami pula hanya ada hujung minggu…kepenatan kerja buatkan saya selalu stress bila balik ptg..kadang2 kesian anak2 yg nak bermanja..dulu saya mmg cepat naik tgn tp sekarang Alhamdulillah dh boleh belajar bersabar,tp suara tinggi (marah,tengking) still ada.. :(..ditambah pula dgn anak autisma saya yg plg byk menguji kesabaran saya.banyak kesan negatif sebenarnya akibat sikap negstif saya yg selalu marah2 anak..saya perasan sekarang anak sulung saya (9thn) tak ada keyakinan diri bila nk luah/bgtau/cerita apa2,byk berahsia sbb dia takut saya marah…sedihnya rasa…saya mmg memerlukan bacaan berinformasi spt ini….tq
Hairul Hissam says
Elok sgt puan jaja berusaha bersungguh berubah utk masa depan anak puan juga 😀
jue says
Salam..terima kasih kerana beri info yg sangat berguna…saya ingin bertanya dan meluah kan perasaan saya… saya ada anak yg berusia 2 tahun.. sy duduk serumah dengan mak sedara kepada suami saya… sy agak terkilan kerana makcik sy tu suka beza2kan anak sy dengan anak kepada akak ipar sy.. dan dye selalu memarahi anak sy, hati sy sakit lalu dengan rasa marah yg membuak2 dalam hati sy menyebabkan sy memukul anak sy dengan kuat sambil menangis… apa yg harus sy buat untuk menahan rasa marah sy… sy sangat kecewa dengan sikap sy terhadap ank sy… setiap anak yg ingin membesar pasti ada kenakalan nya… yang paling sy x boleh terima orang membanding2 anak sy dengan anak orang lain dan memarahi anak sy seakan2 ank sy membuat kesalahan yg besar hingga hati sy sakit.. dan ank sy lah yang menjadi mangsa untuk sy melepas kan kemarahan… tiap kali itulah sy akan menangis sendirian… minta nasihat yang berguna untuk diri sy… wassalam…
Hairul Hissam says
Elok sangat puan jue cari rumah sewa utk membesarkan anak puan ju… dalam islam sendiri hanya suruh pukul anak hanya jika tidak solat dan hanya selepas 10 tahun. so sebelum 10 tahun mmg tak boleh pukul anak sebenarnya…. Minta juga tolong suami atau emak puan jue bagi warning pada saudara puan jue tu. Kena bagi dia warning utk kebaikkan anak puan jue juga.. org macam tu mmg kena bagi warning dan bagi rasa takut utk ia tidak buat lagi. 😀
norbaizura binti zainal says
Asslamualaikum,saya ingin dapatkn pendapat tentang anak2 saya,terutama yang sulung.sukar mendengar arahan kadang2 saya kesian hari2 kena marah kelasakan dia agar susah untuk orang lain kawal melainkan saya,saya nak orang sekeliling kurang kan marah pada dia sesungguhnya dia anak saya tentu laa saya sayang ssngat2.macam mana saya nak bagi dia tidak terlalu aktif dan macam mana nak kawal kemarahan saya.
Hairul Hissam says
wslm.. elok juga banyak dan kerapkan perdengarkan ayat alquran pada anak utk menenangkan emosi dalamannya.. 😀
Ummi Amir Amirah Amin says
Terima kasih ats semua info yg berguna..mohon share.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat.. Dialu-alukan klik button share dibawah artikel.. 😀
Butik Bengkung Moden says
info yang sangat bagus..mohon share..:)
sebagai ibubapa kita kena faham perwatakan anak kita..perwatakan ini pasti berbeza dengan anak2 yang lain..
Hairul Hissam says
SAngat di alu-laukan klik button share dibawah artikel..tqvm..
elis says
sy tertarik dengan artikel ini kerana saya juga seorang yang cepat naik darah bila penat. kadang-kadang kesian pada anak kecil saya kerana saya selalu meninggi suara dan memarahinya walaupun dengan kesalahan kecil sahaja. Membaca artikel ini membuatkan saya rasa bersalah terhadap anak kecil itu. terima kasih atas perkongsian artikel ini.
Hairul Hissam says
Saya doakan agar puan dapat lakukan yg terbaik buat anak2 puan. Sebenarnya kita dilahirkan dengan emosi dan kita perlu belajar mengawalnya. Jika kita sendiri tidak mampu mengawal emosi kita sendiri, bagaimana anak2 dapat mengawal emosi mereka. Bila anak2 tak dapat mengawal emosi mereka, itu yg jadi mereka degil dan tidak mendengar kata. Tambahan lagi mereka belajar dari ibu bapa mereka.. 😀
Hasmulini says
Salam semua ibu2 dan ayah2 sekalian..didik anak memang tak mudah..perlukan kesabaran yang tinggi..bagi ibu2 yang sering tertekan dengan sikap anak2..banyakkan sabar dan banyakkan berdoa pada allah..doa selalu..kalau rasa nak marah pun..doa “ya allah lembutkan hati anak ini..ya allah”..jangan putus asa ye..insya allah niat kita dipermudahkan. banyakkan solat taubat agar allah ampunkan dosa kita sebagai ibubapa..mubgkin sikap keras anak2 berpunca dari dosa2 yang kita buat secara tak sengaja..Saya juga dalam proses memperbaiki diri..bila saya amalkan apa yang saya tulis ni alhamdulillah.anak2 tak sekeras dulu..makin kita tengking makin kita pukul akan menjadikan anak2 kita makin ganas..
Hairul Hissam says
Terima kasih atas nasihat tu.. 😀
mama arif says
saya sangat setuju dengan pendapat anda dan anak merupakan anugerah dan amanah Allah. tanggung jawab ibubapa bukan setakat keperluan hidup didunia sahaja bahkan sehingga kehidupan akhirat juga.
Hairul Hissam says
Ya memberi didikan keduniaan dan keagamaan penting utk anak2 membesar dgn lebih baik..tqvm
Farizah H says
Info yang sangat bermanfaat untuk ibu bapa. Terima kasih 🙂
Hairul Hissam says
semoga tips mendidik anak-anak ini membantu ibu bapa di rumah. insyaAllah. .
Sal says
Assalam…terima kasih atas perkongsian ni…saya ada praktikkan sedikit sebanyak tips ni..anak sulong baru umur 2 tahun…bila anak mula buat perangai, saya cuba untuk kurangkan kemarahan tu..kata2 marah yang nak diluahkan saya tukar dalam bentuk nasihat atau soalan…kadang2 tersasar juga, biasalah kita pun manusia…akan cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa…TQ 🙂
Hairul Hissam says
Wsalam. Baguslah puan sal sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk masa depan anak dan kebahagian keluarga. Pada pandangan saya, anak menjadi degil kerana mereka sukar mengawal emosi mereka. so ibu bapa perlu mendidik mereka mengawal dan meredakan emosi mereka. Tetapi sekiranya ibu bapa sendiri tak mampu mengawal emaosi mereka dgn kemarahan dan sebagainya, so bagaimana anak2 nak belajar mengawal emosi mereka. fikirkanlah. tambahan lagi anak2 belajar dari tindakan/contoh dari ibu bapa mereka..
Salwa says
salam
Saya juga ada mendapat petua dari kawan dimana kita perlu ingat anak kita adalah AHLI SYURGA, maka wajarkah kita memarahi ahli syurga?
Ini susah utk dipraktikkan tapi saya yakin, kita perlu usaha sehabis baik utk mendidik anak-anak
🙂
Hairul Hissam says
Wsalam, bagus pandangan puan salwa. Dan satu lagi anak2 tu hamba Allah bukannya hamba kita.. Jadi kalau kita menyakiti hamba Allah yg lain, kita akan disakiti balik. Sebab Allah itu maha Adil.
Kalau kita tidak mahu disakiti atau dimarahi, janganlah marahi dan sakiti hamba Allah yg lain termasuk anak kita..
Kalau nak marah juga pun boleh, tapi bersiap sedialah kena marah balik nanti samada melalui bos, org lain dan sebagainya.. 😀
Laila says
Tips yang bagus. Mendidi anak-anak perlu seni. Perlu sabar. Perlu teknik.
Saya baru berjinak-jinak dengan MENDIDIK ANAK MENGGUNAKAN TEKNIK NABI.
Rupanya banyak kesilapan yang saya lakukan.
Hairul Hissam says
Alhamdulillah puan sedar.. semoga artikel tips mendidik anak ini bermanfaat..
Nurul Shuhada says
tips yang sayer suka ikut adalah bila syer nak mare anak cepat-cepat syer peluk dia,, t anak balas peluk balik sambil tepuk belakang kita.. adush, terus sejuk at mak ne..
Hairul Hissam says
Bagus cara tu.. disamping dpt meredakan kemarahan kita, ia juga dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.. 😀
Fairuza Mansor says
Hi Hairul, 😉
Ternyata tips2 yang diberikan hairul memang sentiasa terbaik…
Untuk sekian kalinya, terima kasih di atas perkongsian… 🙂
Hairul Hissam says
semoga dapat kita bersama2 mempraktik dan memanfaatkan..
Faizah HJ says
Assalamualaikum,
Saya merupakan ibu kepada 5 orang anak; 10, 9, 7, 6 dan 5 tahun..insya allah, saya akan memanfaatkan perkongsian ini kerana saya juga ibu yang agak panas baran dalam melayan kerenah anak-anak. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini
Hairul Hissam says
Wslm, semoga artikel nie dpt mengurangkan panas baran puan dalam melayan kerenah anak….
bengkungmoden says
nice info. tq
Hairul Hissam says
semoga tips ini memberi manfaat bersama utk ibu bapa…
Farina Al-Khareid says
selalu dengar kes pasal penderaan anak anak ini. harap harap x berlaku la dalam kluarga kita. nk didik anak ni perlu banyak bersabar. mereka tu anak kita, kena la layan baik baik. jangan smpai mencederakannya dan memberi kesan buruk kepadanya.
Hairul Hissam says
Mmg betul tu, kena didik dgn penuh kesabaran. Dan selalu berfikiran positif terhadap anak2..
Siti says
Tips yang sangat menarik..Melayan kerenah anak2 adakala agak menguji kesabaran..
Hairul Hissam says
Mmg perlukan kesabaran dan tidak boleh terlalu ikut emosi… Nanti anak2 pun akan terlalu ikut emosi mcm kita…
Noraizah mohd says
Alhamdulillah, jumpa juga tips ni. nak kurangkan marah pada anak , kadang-kadang sesetengah hal membuatkan kita hilang sabar, astagfirullah alazim …
dalam masa mereka makin membesar ini, elok juga kita latih mereka menjaga kebersihan sejak dari kecil, sebab kebersihan kan amat penting kan .. moga-moga hingga ke dewasa amalkan nanti.
Hairul Hissam says
Elok sangat didik anak dari kecil utk menjaga kebersihan. Bak kata org tua2, melentuk buluh biar dari rebungnya…
Ctnur says
Artikel yang memberi manfaat buat para ibu bapa. Thanks atas ilmunya.
Hairul Hissam says
semoga memberi peringatan buat kita bersama..
Lin Chalo says
Thanks untuk info yang sangat bermanfaat ni.. Nak share salah satu tip yang saya amalkan untuk atasi rasa marah pada anak ialah, setiap kali marah akan sentiasa fikir masa dengan anak cuma beberapa tahun je.. rugi kalau tak membuat memori yang indah-indah dan tak buat banyak perkara yang hepi dengan anak.. 🙂
Hairul Hissam says
Bagus tips tu…memori indahnya mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan anak …
jida says
Tips yang berguna buat saya dalam mendidik anak-anak. Sebab itu anak-anak boleh diibaratkan seperti kain putih. Kita sebagai ibu-bapa lah yg kena pandai mencoraknya.
Hairul Hissam says
Selain dari ibu bapa.. persekitaran juga mendidik anak2 kita tanpa kita sendari. Terutamanya rancangan tv yg byk mempengaruhi diri anak kita tanpa disedari….
byte jannate says
ibu bapa memang kena kawal emosi marah tuh…nak elak anak rasa terasing dalam keluarga…sebelum anak tidur..bacakan surah taha ayat 1-5….tiup pada umbun2 dia…pesan yang baik-baik…in sha Allah anak kita soleh dan takkan buat perkara yang kita tak suka….
Hairul Hissam says
Terima kasih atas nasihat yg diberikan…
Yourfabulousmama says
Tips yang sangat berguna dalam membantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Dalam hal ini, kesabaran itu penting untuk mengawal diri semasa melayan kerenah anak-anak yang tidak disukai.
Saya pun selalu terlajak di dalam memarahi anak-anak. Marah sering buat kita jadi lupa. Apa yang saya sering lakukan ialah cepat relakskan diri dan pujuk anak dalam masa 30 minit.
Maksudnya jangan marah lama-lama, cepat baiki hubungan dengan mereka. Kalau dibiarkan lama, ia akan meninggalkan kesan, persepsi , prasangka buruk atau lebih buruk lagi perasaan dendam anak terhadap kita.
Hairul Hissam says
Mmg benar tu kesabaran tu amat penting.
dan kita kena sentiasa ingat yg anak2 itu hamba Allah dan amanah Nya..
dan jika kita menyakiti hambaNya, pasti ada balasan utk kita juga daripada Nya yg Maha Adil….
citradesi says
maaf klau boleh minta saran kepada anda bagaimana cara menghadapi ibu yang pemarah, umur saya sudah 25 tahun tapi saya di marahi masih seperti ketika saya masih kecil, terkadang karna sudah tak tahan akhirnya saya melawan juga kepada ibu saya. saya takut jadi anak durhaka tapi bagaimana cara menghadapi seorang ibu seperti itu.
Hairul Hissam says
Pada saya elok tinggal di rumah lain. tapi sentiasa menjenguk dan membantu ibu bapa kita.
elok baca artikel saya di: https://hairul.com/blog/ibu-bapa-kita-bukan-malaikat-so-kita-kenalah/
citradesi says
terima Kasih atas sarannya.
Hairul Hissam says
terima kasih kembali..
Kakda says
Terima kasih atas perkongsian Tuan tips didik anak
Macam sy, Anak sulung kerap jadi mangsa marah berbanding anak yang lain.
Dan sy perati memang sikap anak sy yg sulung (kuat marah) banyak terikut-ikut perangai saya.
Sebab anak saya lahir rapat. Bila saya stress, yang sulung akan jadi mangsa sebab dia suka buat adik-adik nangis.
Lepas baca tips ni, ia banyak memberi teguran kepada saya.
inshaaAllah bertekad untuk jadi lebih penyabar dan tenang dalam menghadapi karenah anak-anak.
Terima kasih juga tips dari rakan-rakan di bahagian komen.
Hairul Hissam says
Semua org buat silap.. yg penting kita perbetulkan utk kehidupan yg lebih baik..
Anak2 tetap hamba Allah dan Allah tu maha adil pada semua hambanya. Apa yg kita buat pada mereka akan tetap kita dapat bailk melalui org lain. Fikirkanlah yee..