Baru-baru ini saya terbaca kisah selebriti Afiq dengan Ibunya. Geleng kepala dibuatnya. Tapi saya bukan nak mengulas tentang hal nie. Cuma saya nak beri sedikit nasihat buat kita semua terutama pada diri sendiri. Manalah tahu, nanti esok2 jadi macam brother afiq nie. Tentu artikel ini menjadi peringatan yang berharga buat diri sendiri dan kita semua. Semoga kita semua dijauhkan dengan sikap buruk ini…..
Pertama sekali, kita perlu sedar yang ibu bapa kita bukan malaikat. Mereka manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan seperti orang lain. So kita kenalah bersabar dan menerima kekurangan mereka. Mungkin kita terlupa atau tidak sedar. Yang mereka jauh banyak bersabar di atas kesilapan dan kekurangan diri kita selama bertahun-tahun. Dari kita kecil hingga besar, mereka dah banyak sangat bersabar dengan kita. Mereka sentiasa memaafkan kekurangan kita dan tetap bersama kita. So janganlah sebab satu atau dua hal, kita lupa akan jasa pengorbanan mereka.
Cuba fikirkan. Ada tak orang lain yang sanggup membesarkan kita selain dari ibu bapa kita. Ada tak sesiapa yang sanggup bersama kita disaat kesusahan selain dari ibu bapa kita. Ada tak orang lain yang sanggup menjaga kita di saat kita sakit selain dari ibu bapa kita. BIla kita senang, memang lah semua berkepit dengan kita. Tapi bila kita kesusahan, ibu bapa jua lah tetap bersama kita. So janganlah disebabkan kekasih kita cantik, kita lupakan kecantikkan pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa kita.
Bila tulis artikel ini, teringat pula artikel lama saya berkenaan Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki (Klik Sini) yang saya tulis sebelum ini. Saya sendiri selalu membacanya semula untuk mengingatkan diri sendiri. Bahawa betapa pentingnya ibu bapa dalam meneruskan kebahagian hidup kita. Bagus juga kalau anda klik button share dibawah untuk mengingatkan rakan anda atau anak anda.
onlajer says
gua tak baca cuma secara tak sengaja gua di jamu oleh melodi dengan cerita ini, serius beb mana lah ada mak yang tak sayang kan anak dia. Kalau lah mak dia buruk ke apa ke yang penting mak tu lah yang mengendong kita selama sembilan bulan, tapi kalau itu pun tak boleh masuk kepala cuba la ingat semua benda kita boleh beli tapi cari lah mana ceruk mana lah nak beli mak dan bapa.
Hairul Hissam says
Betul kata bro… walaupun apa juga kekurangan ibu bapa kita.. mereka lah manusia yg byk berjasa dalam hidup kita. Jasa yg terbesar ialah mengandung dan melahirkan kita spt kata bro… 😀
hafizmd says
ambe ade jugak terbaca pasal kes ni…sama2 kita ambil iktibar..
moga mana2 yg ada buat salah kat mak ayah, elok mintai ampun siap2…
Hairul Hissam says
Betul tu bro, minta ampunlah sebelum terlambat… 😀
takai says
betul tu ibu-bapa adalah mahkota kita, kecantikan yang paling penting adalah dalaman…
Hairul Hissam says
Biasanya kecantikan luaran tidak memberi kebahagian yg berpanjangan sebalik kecantikkan dalaman membuatkan hati kita bahagia spt kata bro.. 😀
akubiomed says
Sebenarnya saya malas hendak ulas isu ini. Tidak kiralah ibubapa kita jahat sekali pun. Sebagai anak perlu hormati mereka dan mendoakan mereka kembali ke jalan yang benar.
Hairul Hissam says
Setuju ngan bro… Jalan terbaik ialah mendoakan mereka agar berubah kepada yg lebih baik. 😀
TehR says
bagi aku mudah je nak fikir dan buat
hidup kita akan bahagia bila kita dapat gembirakan hati mak ayah
Hairul Hissam says
Mmg terbukti benar kata2 bro tehr tu.. 😀
puteri kasih says
Istilah si tanggang moden seringkali terjadi apabila anak-anak dibutakan dengan cinta atau kekayaan, mereka buang keluarga terutamanya mak ayah. Mereka rasa seperti mak ayah tu menjadi penghalang. Tak salah sebagai anak jika kita nak pilih cara hidup atau buat keputusan sendiri tapi kita kena pastikan ibu dan ayah tidak disisihkan dan jangan sampai ketahap airmata mereka menitis kerana kealpaan kita.
Tanpa mereka kita tak mungkin berada di sini, di tahap kita berada sekarang ni. betul tak?
Hairul Hissam says
Betul.. betul.. dan betul. heee . Wah best pulak ayat puteri malam nie… 😀
puteri kasih says
wah tiga kali betul tu…hehe.
Hairul Hissam says
tiru gaya upin dan ipin.. ha.ha.ha 😀
suri says
itulah tuli andai bercinta kasih pd org tua tidak nampk tpi perhatian dari org lain dia blh nampak. betapa teruk seorang anak yag tak manfaat apa yg ada pd kehidupan mereka.jgn dah tiada baru sesal masa tu tdk berguna lagi..wahualam..
Hairul Hissam says
Tu lah cik suri.. kasih ibu bapa yg bertahun2 lamanya tidak nampak dan dilupakan kerana org yg baru dicintai.. kejam sungguh.. 😀
suri says
ibu bapa bukan semua bgtu ada juga masa silam lampau..tapi seburuk2 mrka bak kata bro dia ttp besama kita sakit, susah mahupun senang…
hai..anak2 andai ibu bapa kmu tahu tingkah kamu bgni mesti dia akan sedih..
Hairul Hissam says
suatu hari nanti mereka akan kena balik dan rasai spt ibu mereka rasai.. Allah itu maha adil.
cik tom says
sedih gak bc kisah pergaduhan mereka b2..dah mcm peribahasa ibarat buka pekung didada sendiri…mn2 pihak yg nmpk buruk pun akan tetap terpalit pada kedua2nya…harap mereka berdamai dan berbaik..kerana air yang dicincang takkan putus…kdg2 reporter yg suka memburukkan lg keadaan bak curah minyak ke dalam api..tujuannya?? semata2 utk lariskan akhbar/blog dsb..wallahualam..
mintak kita semua dijauhi dr semua tingkahlaku yg buruk ni..dan yg terlanjur tue diberikan kesedaran utk berubah..amin…
Hairul Hissam says
Betul tu cik tom.. kekadang tu akhbar yg memburukkan keadaan dan menyebabkan situasi lebih tegang.. Semoga mereka berdamai spt kata cik tom dan menjadi pengajaran kepada kita semua…
cik tom says
itulah tgk mn2 isu pun mesti lebih sudu dari kuahnya…org lain yg lebih2..kl tgk kt sekeliling kita pun camtu..
kdg2 tgk org melayu yg beragama islam jd camtu..syg btul..
Hairul Hissam says
Betul tu cik tom.. org kita nie suka sangat tokok tambah cerita tanpa fikir kesannya… 😀
Izzuddin Fauzi says
Ya, ibubapa bukan malaikat – tiapkali solat doakanlah untuk tuhan tutup aib mereka…
Hairul Hissam says
Jika kita buka satu aib org lain, Allah akan buka satu aib kita.. Janji Allah itu benar. JIka tak mau aib kita dibuka, jgnlah buka aib org lain 😀
Oneblogsocial.com says
Perlu difikirkan,jika bukan kerana jasa orang tua manalah kita dapat beli Rumah,kereta,bahkan kahwin.
Hairul Hissam says
dan tanpa org tua, kita tak mungkin ada kat atas bumi nie 😀
Hafizul says
Emm sedih sgt artikel ni..tersentuh gak la..ibu bapa adalah insan yang paling saya hormati dan sayangi dalam hidup ni..susha senang saya, dia sentiasa memberi sokongan dan bantuan..wang ringgit, jasa dan pengorbanan, memang tak pernah lekang dari pandangannya..pantang tengok anak susah, mesti akan bertanya khabar..sampaikan kita naik segan juga bila dah besar ni..dah ada anak, baru tahu betapa besarnya pengorbanan mak ayah..
Hairul Hissam says
Teringat pula masa saya accident.. bila mak tahu macam mak pula yg accident.. sayang betul mak dgn anak-anaknya. 😀
suri says
belajarlah jaid anak yg terbaik utk merka walau mereka tak dpt asuh kita dg sebaik2nya..
Hairul Hissam says
Bagus sangat macam tu cik suri.. usahakan jadi anak yg baik 😀
titan says
setuju. sangat setuju.
Hairul Hissam says
alhamdulillah.. 😀
mancai says
tak tau apa nak dikatakan lagi… apapun ulasan yanga sangat baik…
Hairul Hissam says
semoga kita tidak mengulangi kesilapan mereka ini.. 😀
Khairul Zamri says
suka baca artikel ini huhu thanks yea
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat 😀
kakiblog says
terbaik punya artikel..
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat 😀
devi says
artikelnya sangat bagus dan berguna sekali terutama buat saya pribadi.terima kasih sudah mengingatkan
Hairul Hissam says
semoga memberi manfaat buat kita bersama..