Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Macaroni Fruit Salad ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Macaroni Fruit Salad:
=50gm macaroni – kuantiti ikut suka
=fruit cocktail (tin) – secukup kegunaan – jgn buang airnya
=4 sudu besar mayonis – kalau nak lebih boleh tambah,ikut suka/kuantiti macaroni yg di masak
=4 sudu besar cream cheese – suhu bilik (pukul sekejap bersama sedikit syrup fruit cocktail)
=susu pekat – kalau dah cukup manis boleh abaikan
=susu cair – optional
=air sirap dari fruit cocktail – secukup kegunaan(jgn tuang semua sekali,takut terlalu cair.tuang sedikit demi sedikit)
cara-Cara Resepi Macaroni Fruit Salad:
1) rebus macaroni sehingga lembut.toskan.
2) sediakan mangkuk besar.campur semua bahan kecuali susu pekat dan susu cair.gaul rata.
3) rasa.jika kurang manis boleh lah ditambahkan dengan sedikit susu pekat.
4) jika tidak suka pekat,boleh lah ditambah dengan sedikit susu cair.
5) sejukkan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Resepi Macaroni Fruit Salad
Leave a Reply