Kiriman Puan My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi sizzling yee mee ini merupakan kiriman My1981. Masakan masyarakat cina ini memang sedap. Jom kita pelajari:
Bahan-Bahan Resepi Sizzling Yee Mee:
=3 ulas bawang putih – tumbuk/hiris halus
=1 inci halia – tumbuk/hiris halus
=3 kuntum cendawan shitake – rendam
=sedikit daging ayam – dlm 5ketul saiz sederhana
=3 sudu besar kicap cair
=1 sudu besar kicap pekat
=2 sudu besar sos tiram
=1 sudu besar minyak bijan – kalau xsuka boleh kurangkan
=garam,lada sulah – secukup rasa
= 2 sanggul yee mee
=1 biji telur
=daun bawang,cili merah (sbg hiasan.)
=2 cawan air / secukup kegunaan
=1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
*jika suka pedas boleh tambahkan 3 biji cili kering /cili merah
Cara-Cara Membuat Resepi Sizzling Yee Mee:
1)celur yee mee seketika dlm air mendidih.keluarkan dan msukkan dlm air sejuk.toskan.ketepikan.
2)perap ayam dengan telur,garam dan tepung jagung.goreng separuh masak.ketepikan.
3)panaskan minyak,tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
4)tambahkan air.masukkan kicap cair,kicap pekat,sos tiram dan serbuk lada sulah-biarkan mendidih.
5)masukkan ayam yg telah di goreng tadi,cendawan dan minyak bijan.perasakan secukupnya.masukkan bancuhan tepung jagung.gaul sebati.
6)panaskan sizzling plate.letak sedikit minyak.letakkan yee mee dan tuangkan kuah ayam ke atasnya.boleh pecahkan telur kalau suka.
7)taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.hidangkan ketika masih panas.
*resepi ni boleh juga dimasak tanpa menggunakan sizzling plate..
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resepi sizzling yee mee.