Sekarang nie saya dah beralih ke produk tempatan Sawanah Koko. Ia sama seperti Milo. Tapi lagi sedap dan berkhasiat. Sawanah koko ni mengandungi madu dan kurma yang baik untuk kesihatan. Mudah disediakan kerana dah siap gula dan susu.
Sebelum kita buat ice blended sawanah koko, jom tengok komen kek ala secret recipe yang sangat sedap.
Ramai kata kek-kek yang diajar di rahsiakek.com macam kek di secret recipe. Terutamanya indulgence cake. Bila keknya betul-betul gebu dan sedap, maka senanglah jual. Siap dapat pujian customer nanti.
Kalau anda teringin makan kek macam di secret recipe, bolehlah belajar di www.deco.rahsiakek.com <<< klik linknya. Lagi puas hati buat sendiri.
Jom buat ais blended sawanah koko.
Ini produk tempatan sawanah koko. Ia macam milo juga. Anda boleh beli secara online.
Resepi Sawanah Koko Original
Sawanah koko ni dah siap gula dan susu. So sangat senang disediakan.
Kalau nak buat air sawanah koko panas, caranya seperti di bawah:
Bahan-Bahan Air Sawanah Koko
2-3 Sudu Besar Serbuk Sawanah Koko
1 Gelas Air Panas
Cara Buat Air Sawanah Koko:
1. Hanya bancuh 2-3 sudu sawanah koko dengan secawan air panas. Siap.
2. Dah tak perlu tambah susu atau gula kerana dalam serbuk sawanah koko sudah ada.
3. Kalau rasa kurang kick, tambah jee serbuk sawanah koko lagi ke dalamnya. Memang sedap.
Jom buat ice blended pula….
Resepi Sawanah Koko Ice Blended
Bahan-Bahannya
3 Sudu Besar Serbuk Sawanah Koko
7 Sudu Besar Air Panas
2 Sudu Besar Kacang Tanah
1 scoop Ice Cream Untuk Hiasan
Cara Buat Ice Blended:
Langkah 1: Goreng dulu kacang tanah tanpa minyak dengan api sederhana. Nak tahu dah masak, baunya berubah kepada lebih sedap dan sebelum baunya hangit. Sekejap jee dalam 3-5 minit.
Kemudian tumbuk kasar, kacang tanah tu. Nak kisar kasar guna blender pun boleh. Kemudian letakkan tepi dulu. Kulit kacang tanah tak buang pun tak pe sebab untuk makan sendiri.
Langkah 2: Bancuh dulu 3 sudu serbuk sawanah koko dengan 7 sudu air panas. Kacau hingga cair.
Sediakan satu cawan ais batu.
Aiskrim tu, optional sahaja, sebagai hiasan di step terakhir. (Psst: Tapi kalau nak masuk aiskrim ke dalam blender pun boleh. Lagi sedap.)
Langkah 3: Masukkan 1 cawan ais batu, air sawanah koko pekat ke dalam blender. Kisar hingga ais menjadi halus. (Boleh masuk 2-3 sudu aiskrim jika mahu lagi kick)
Kalau bahan dalam blender susah nak pusing/kisar, kacau dengan batang blender atau sudu. Tak boleh juga, tambah sikit air. Saya biasa goncang jee blender tu dengan tangan.
Psst: Elakkan guna bekas blender yang lepas kisar bawang, nanti rasa bawang ice blended nya.
Langkah 4: Selepas siap blend, tuang ia ke dalam cawan. Dan masukkan 2 sudu kacang tanah tumbuk dan kacau dengan sudu hingga bercampur.
Untuk hiasan anda boleh letakkan 1 scoop aiskrim di atasnya, tabur sedikit kacang tanah tumbuk dan cucuk wafer stick.
Lepas siap, makan cepat2 ye ais blended tu. Kalau tak, cair leee.
Jenis Ice Blender
Inilah ais blender yang saya guna. Ia ada function ice crush. Memang halus ice blended nya. Ini model lama sebab dah lama beli. Ada lagi model yang baru sekarang.
4 Sebab saya suka sawanah koko.
1. Rasanya memang sedap. Kalau kurang kick, tambah jee serbuk sawanah kokonya.
2. Ia lebih berkhasiat kerana mengandungi kurma, madu, barli dan gula nano.
3. Ia mudah disediakan kerana telah siap susu dan gula di dalamnya.
3. Ia produk tempatan. Kena support produk tempatan. Yang milo dan vico produk luar negara swiss.
Info yang anda perlu tahu
Milo ialah air koko berjenama milo keluaran nestle. Nescafe ialah air kopi berjenama nescafe keluaran nestle. Planta ialah marjerin berjenama planta. So milo, vico, nescafe dan planta adalah nama jenama.
Semoga resepi ice blended yang sedap ini, menceriakan keluarga anda. Tak perlu lagi beli ais blended di kedai yang mahal-mahal tu. Buat sendiri baru puas minum.
Di alu-alukan klik button share untuk rakan2 anda boleh buat juga.
Leave a Reply