Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi sate ini merupakan kiriman Kak Raja. Satenya memang nampak sedap macam kat kajang la. Biasanya sate ini dijual pada waktu petang dan malam. Tetapi ada juga tempat yang menjualnya sebagai sarapan pagi. Dengan resepi sate dibawah ini anda boleh buat pada bila-bila masa. Yang bestnya, ia boleh digoreng. Jom kita pelajarinya:
Resepi Sate Ada 2 bahagian
1. Sate
2. Kuah kacang
Bahan Daging Untuk Resepi Sate :
200gm isi syam/daging dipotong nipis
40gm gula
Garam
1cawan Kicap manis
1 cawan minyak
1 Batang serai – ketuk2
Lidi sate (rendam dalam air terlebih dulu)
Bahan kisar untuk resepi sate
4-5 biji bawang merah
1 sudu besar kunyit
3 biji buah keras
1-2 ibu jari lengkuas
1 sudu teh ketumbat
1sudu teh jintan manis
1sudu teh jintan putih
2sudu besar perahan asam jawa
1 cawan santan
1 batang serai
Cara Membuat Resepi Sate
1. Ayam/daging di perap dgn semua bahan kisar, garam, gula, kicap manis dan minyak selama 4-5 jam
2. Cucuk ayam/daging pada lidi sate.
3. Semasa membakar, celup batang serai yang sudah diketuk kedalam mangkok minyak. Renjis-renjis atas sate. Terbalik balikkan supaya ayam/daging serata masak. Sate ini pun boleh digoreng di dalam minyak panas.
psst: Resepi sate ini juga boleh digoreng di dalam minyak.
Bahan Kuah kacang Resepi Sate
200g kacang tanah digoreng n kisar kasar
4 ulas bawang putih
2 bawang besar
10 biji cili kering rendam
3-4 biji buah keras
300 ml air
1 cawan Kicap manis
Daun limau purut
Serai (diketuk2)
garam, gula, asam secukup rasa
Resepi Kuah Kacang Sate:
1. Bwg putih, bwg besar, cili, buah keras kisar dan tumis
2. Masukkan kacang dan tuang air
3. Masukkan kicap, limau purut n batang serai
4. Masuk garam dan gula secukup rasa untuk kuah sate ini.
5. Tuang asam sedikit
6. Biar mengelegak dan pekat. Siap kuah sate.
Cara Hidang Sate
1. Letak sate dipinggan
2. Hiris bawang besar, timun n nasi himpit
3. Tumbuk cili kecik dengan gula merah, belacan sikit dan masukkan kicap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi sate
.
cik tom says
nampak sedap! menarik blh cuba time musim perayaan nanti..hee
Hairul Hissam says
tak yah susah2 bakar cik tom.. goreng aje pun sodapppp 😀
Laila says
Tq banyak En. Hairul…moga dapat rahmat dari Allah……
Hairul Hissam says
Amin.. terima kasih kembali puan laila.. 😀
wahida says
Terima kasih atas perkongsian resepi En.Hairul…sy nak cuba buat..Blog en. pun menarik..I like it..:-)
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan maju jaya puan wahida 😀
ojai says
Tima kasih en. hairul di atas kiriman resepi tu..insyaallah sy akn cuba.. bestla bace blog en.hairul..semoga Allah memberkati usha en. hairul..
Hairul Hissam says
Terima kasih bro.. semoga blog memberi manfaat kepada bro sekeluarga 😀
Wak Aji Sham Cheras says
InsaAllah wak cuba .trime kasih. buat sendiri lagi best. .Yang penting dijamin
halalan toiyyibah lebih berkat dan lebih jimat.Amiin
Hairul Hissam says
TEpat sekali kata wak ali.. yg penting halal bila buat sendiri.. 😀
linda says
Assalamualaikum en hairul….
T.kasih di atas kiriman resepi2 yg mmg best tu termasukle satey ni… nak tnya, klu nak goreng satey tu guna sedikit myk atau goreng dlm myk yg byk (deep fry )?
Hairul Hissam says
Biasanya kita guna minyak yg banyak utk goreng satay, kalau boleh, diri atau tegak satay dgn lidinya tu dlm minyak panas… 😀 .
linda says
ooh…tq…hihi
Hairul Hissam says
terima kasih kembali 😀
sariffah asanah bt habib omar says
saya suka dengan artikel ini. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. saya akan cuba.
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
jiha says
Bahan kisar tu.. kene tambah air ke?? Ke main kisar je??
Hairul Hissam says
Sudah tentulah kena tambah sikit air.. tapi kalau tumbuk lagi sedap… 😀
jiha says
Okay2.. thanks bebanyak nnti saye nak cuba..
Xsabar nak buat ni… ????
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga berjaya 😀
putra says
terima kasih…sy dh wat….dh Cuba…dh mkn lg… haha…sedap he he…
Hairul Hissam says
TAhniah kerana berjaya buat bro.. Tentu family bro memuji2 bro. heee 😀
rina says
memang sedaaaap… Berbaloi artikel ni 🙂
Hairul Hissam says
terima kasih atas feedback.. 😀
Familicare says
Nampak macam sedap….boleh try nie…terima kasih en. hairul
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
Nur Ahida Bt Md Ahir says
Terima Kasih atas perkongsian resepi percumaEn. Hairul. Saya akan mencuba resepi sate yg diberikan. Semoga Allah membalas kebaikan En Hairul.
Hairul Hissam says
semoga resepi ini menceriakan hidangan keluarga puan ahida..
Kak Om says
Terima kasih banyak dik. Kak Om gembira sangat terima ebook percuma. Resepi dan tips yang bagus.
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan terima kasih kembali..
Jamilah says
Tqvm atas resepi yg diberi..
Hairul Hissam says
Semoga berjaya membuat sate kajang