Kiriman Puan Gloryatie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi roti arab ini merupakan kiriman Puan Gloryatie. Ia kelihatan kekuningan kerana kesan cahaya diambil gambar waktu malam. Resepi ini tentu sedap dan menyelerakan bagi pengemar roti arab. Jom kita pelajarinya:
Bahan-bahan Resepi Roti Arab:
1 kg tepung gandum
1/2 paket (5g) yis
1 sudu makan garam
1/2 gelas minyak masak
2 gelas air (secukupnya)
boleh ditambah sedikit gula
Cara Membuat Resepi Roti Arab:
1. Gaulkan tepung dengan yis
2. Masukkan minyak dan garam (boleh ditambah gula)
3. Masukkan air dan uli sebati hingga menjadi doh
4. Pastikan doh tidak terlalu melekat dan tidak terlalu cair
5. Tutup doh dengan plastik 1 jam
6. Selepas 1 jam doh akan naik 2 kali ganda
7. Panaskan oven 280’C
8. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan uli bulat2
9. Ambil setiap doh dan canaikan (pastikan tidak terlalu tebal dan nipis)
10. Bakar dalam oven satu persatu
11. Apabila warna roti bertukar keperangan, keluarkan dan masukkan kepingan lain (masa bergantung kepada keperangan roti)
12. Ulang bakar setiap keping hingga habis
13. Siap untuk hidangan
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Gloryatie Kerana sudi berkongsi resepi roti arab
muhammad danial zainal says
wow jadilah roti arab yang saya cuba dirumah
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya buat roti arab dgn resepi ini..