Teringat lama dulu saya terlibad dalam satu kemalangan jalan raya. Ia menyebabkan tulang selangka (collarbone) patah di bahagian dada. Memang menyeksakan kerana menyukarkan pergerakkan badan. Asal bergerak sahaja terasa kesakitan dan bisa-bisa di dalam badan.
Saya sungguh bertuah kerana emak saya mempunyai petua tradisional menghilangkan bisa-bisa dalam badan. Memang mujarab. Beberapa hari, terasa kurang bisa-bisa dalam badan dan badan terasa lebih segar.
Petua ini mudah sahaja dengan meminum air kunyit yang diperbuat dari kunyit hidup.
Caranya membuatnya mudah sahaja, tumbuk segengam kunyit hidup dan campurkan dengan setengah cawan air masak. Kemudian tapis air tersebut dan boleh diminum. Nak lebih sedap campurkan dengan 1-2 sudu madu madu.
Seterusnya boleh la diminum. Walaupun rasanya kurang sedap dibandingkan teh tarik mamak namun memberi penyembuhan luka atau bisa-bisa dalam badan dengan lebih cepat. Inilah herba terbaik menyembuhkan luka atau bisa dalam badan
Sebenarnya banyak lagi petua-petua tradisional dari nenek moyang kita yang hebat dan mujarab. Namun sayangnya petua ini semakin hari semakin hilang ditelan zaman. Salah satu sebabnya ialah petua-petua ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut dan tidak ditulis. Akhirnya petua-petua ini hilang bersama pengamalnya.
Semoga petua melayu ini membantu mereka mengurangkan rasa sakit.
lin says
Mmg btol ptua minum air kunyit mmg bgus utk ksihatan badn.Klu dtmah dgn pengaga lg bnyak khasiatnya. Saya sndiri mngamalkan nya semasa dlm pntang brsalin. Semasa brsalin mak saya yg jaga makn minum dan mak saya jgk yg urut bdn.Minyak kunyit jgk bleh dibuat utk smbuhkn luka jahitan.Kbanyakan petua org tua2 saya dah gunakan mmg brkesan.
Hairul Hissam says
Tq Puan Lin kerana sudi berkongsi petua keluarga.
First time saya dengar minyak kunyit, tentu byk khasiatnya.. tq ya.. 😀
wan94 says
terima kasih..
bole jugak ilangkan bisa2 badan ni…
Hairul Hissam says
Memang mujarab wan menghilangkan bisa badan…. tq ya 😀
Idir says
Mak saya ‘goreng’ kunyit yg ditumbuk dalam minyak masak biasa tu…hasilnya guna utk sapu kt luka..kudis pun boleh hilang kalau sapu minyak kunyit ni..insya Allah.
Hairul Hissam says
Tqvm En Idir.. mmg bagus petua nie untuk mengubat luka2 pada kulit….
lagi pun mudah utk membuat minyak kunyit nie.. tqvm ya 😀
Nas says
Air Kunyit ni tajam x? ade efek kat ibu mengandung?
Kalau badan kerap tumbuh bisul ade petua x?
Hairul Hissam says
Maaf Puan Nas, saya tak pasti pula… 😀
Tajul As'ari Bin Abbas says
Salam, Terimekasih atas tips2 yang di paparkan….saya minta izin utk share di wall FB saya…TK
Hairul Hissam says
Wsalam.. sgt dialu-alukan share kat wall fb menggunakan button sharefb yg disediakan..tqvm ya 😀
Leen says
Salam, TQ for the petua..saya mengalami sakit bahu yg sgt kronik tanpa diketahui puncanya, dr. kata takde apa2, cuma urat tegang je..lepas baca yr petua ni, I terus buat air kunyit.tak sampai 1/2 jam….mcm magik je, sakit bahu I hilang, badan lebih segar
Hairul Hissam says
Wsalam.. tima kasih atas info tu…. saya baru tahu boleh digunakan untuk urat tegang…. lepas nie kalo saya kena plak, boleh dicuba..tqvm ya Cik Leen..
super mak says
kunyit juga sesuai utk pelancaran haid / peredaran darah bagi wanita..
Hairul Hissam says
terima kasih ats info tu Super Mak.. Baru saya taw.. Sgt bermantaat pada kaum wanita… 😀
azi says
salm sy bru jalani pembedahan buasir..shingga skrg luka jahitan blum sembuh.mujarab ke air kunyitni utk sy
Hairul Hissam says
InsyaAllah sangat membantu.. cubalah 😀
Alinalwani Azmi says
Assalamualaikum..
Nak tanya ni.. kunyit ,air ngan madu tu banyak mane? Untuk anak2 umur setahun ke atas blh ke?,
Hairul Hissam says
wsalam, untuk bayi, saya pun tak pasti puan. elok dapatkan nasihat doktor.. 😀
syar says
Saya mmg dah cuba sewaktu lepas berpantang, Alhamdulillah mmg baik utk bersihkan rahim. Baru2 ni ibu jari saya luka teruk terkena pisau tajam, saya dah balut letak gel gamat pun , bleeding tak berhenti2..after that lepas teringatkan air kunyit yg saya minum boleh stop kan darah nifas saya, saya terus ambil serbuk kunyit tabur kat jari saya dan Masyaallah terus stop. Cuma nak ingatkan, bagi wanita, kalau tgh haid atau nifas , jgn minum nanti takut sisa daah kotor ada dalam rahim, minum lepas habis tempoh okay.. untuk baby nak bagi buat apa? jangan merapu2 nak bagi bayi benda yg bukan2… ingat, yg paling penting bagi bayi 2 tahun pertama ialah susu. kalau sapu dkt luar, ala kadar tu, bolehlah… especially bila baby selsema, ambil kunyit hidup sikit , campurkan dgn sikit minyak masak ke, baby oil ke, tenyeh sampai kuning then sapu kat ubun2 baby tu masa tidur dgn kadar sederhana supaya cpt kering selsemanya… jgn sapu sampai area dahi. paling bagus , sedutla hidung baby tu sbb dia tak tahu nak buang hingus, ada byk alat penyedut hidung jual kat kedai baby n famasi.
Hairul Hissam says
Terima kasih puan kerna berkongsi kegunaan lain kunyit ini dlm menyembukkan luka luar juga dan juga pasal bayi selsema.. betul juga kata puan, nak bagi bayi minum air kunyit buat apa 😀 .
zunaidah says
Nak tanya air kunyit tu nak minum berapa kali sehari ,saya baru lepas bedah kaki patah.
Hairul Hissam says
Saya minum sekali jee sehari…. semoga cepat sembuh..
aqmalfaiz says
Kunyit pun cepatkan sembuh luka rupenye. Saya tau ikan haruan je, memang bagus untuk sembuhkan luka
Hairul Hissam says
Lepas nie, bolehlah guna kunyit untuk menghilangkan luka dalam. insyaAllah mujarab.
anonymous says
Saya baru terjatuh toilet and on that day saya period ok tak kalau nk minum air kunyit ni. Seriously, risau jgk sebb orng ckap waktu period tak boleh jatuh atau terhentak.
Hairul Hissam says
saya tak berani nak jawab….
wani says
nk tnye ni kalo berak bdarah tu tandenye luke dlam perut ke
Hairul Hissam says
secara logiknya begitu lah kan….
Nuruljerrr says
Nak tanya la kalau org sakit makan ikut tiub boleh amalkan tak petua ni? Adk saya baru lepas operation tulang, dh sebulan bisa2 tulang. Tak tahan dah tgk dia nangis. Dah bagi ubat tahan sakit pun tak hilang jugak bisa nye. Mohon jawab, terima kasih.
Hairul Hissam says
sya pun tak pastik….
Izah says
Sy br jer terbaca petua ni. Mmg skrg tgh sakit giler… rusuk terpukul ngan pedal waktu rafting.. x mkn pain killer sbb sakitperut..
Esk nak cuber… x tertahan sakit ini…
Hairul Hissam says
Mmg elok sangat tu cuba.. semoga dapat menghilangkan luka dan bisa dalam badan tu..
Cik lin says
Salam nak tnya, air kunyit ni boleh ke buat and biar semalam baru minum?
Hairul Hissam says
Rasanya tiada masalah… semoga dapat membantu menghilangkan luka dalam badan..
sha says
Asslamualaikum saya luka dalam perut akibat kemalangan jika saya minum air kunyit tak pa ka ??
Hairul Hissam says
Masa saya kemalangan dan patah tulang selangka, saya minum air kunyit dan sangat mujarab..